Aku tak suka orang cakap perli-perli. Kalau tak suka, cemburu atau dengki apa-apa sekalipun dengan orang lain lakukan, cakap depan-cepan. Kenapa mesti nak cakap berkias-kias dan perli bagai? Bukankah itu penakut namanya?
Aku tak suka nak mendengki dengan apa yang orang lain lakukan. Buatlah apa yang anda suka. Selagi ia tidak menjejaskan kehidupan saya. Selagi ia tidak buat saya mati dalam keadaan teraniaya. Buatlah!
Kita bukan budak-budak sekolah, yang bila tak berkawan baik lagi kita mula perli memperli antara satu sama lain. Kita dah tua. TUA! Sepatutnya peningkatan umur kita mematangkan bukan menjahanamkan. Kita belajar dari pengalaman selaras dengan 'tua'nya diri kita mengikut peredaran masa. Sepatutnya kita jadi lebih baik, malangnya yang berlaku adalah sebaliknya.
Aku ni, manusia biasa-biasa sahaja. Ada masanya suka menyendiri. Suka untuk tidak ambil peduli hal orang bila aku rasa ia tidak perlu diambil peduli. Tapi aku menjadi pelik, kenapa manusia suka berkata-kata sehingga menimbulkan rasa luka di hati orang lain. Kenapa? Kenapa nak perli-perli bila aku lalui saat gembira dan senyum tawa? Sedangkan senyum tawa anda tidak pernah aku sakit hati. Jauh sekali untuk cemburu dengan kebahagiaan itu. Hidup masing-masingkan, pandai-pandailah kemudi rasa bahagia dalam diri.
Aku bukan 'kera sumbang', tapi bila aku rasa ia menyakitkan ... baik aku bawa diri. Mencari yang menerima seadanya. Atau menyendiri! Hati lebih tenang. Sorang-sorang tidak semestinya kita tidak 'friendly' jalani kehidupan. Depan mata mungkin nampak sorang tapi bila pandang dengan mata hati, aku tidak pernah keseorangan!
Sejujurnya aku tidak pernah selesa dengan cakap perli-perli. Tidak pernah! Kebudak-budakan di usia tua. Sudah-sudahlah! Marilah sama-sama kita hidup dalam suasana damai. Senyum tawa bersama. Tak guna berserius muka bila bertentang mata. Tiada untungnya. Walaupun kita berbeza taraf sekalipun, kita tetap hamba. Hamba kepada Maha Pencipta. Jangan lupa!
CK : Aku buang jauh segala perasaan terasa hati. Aku senyum. Aku diam. Bukan beerti aku suka diperlakukan sedemikian. Tapi sampai masa, kau akan sedar ...."tak ke mana pun hidup nak membangga diri dan tidak mahu kalah dengan orang lain. Kerana kesudahan kita adalah MATI!". Merugikan lagi adalah!!
tak suka jugak org ckp perli. sebab bila kita tanya dia. mesti dia ckp dia tak sebut pun nama kita. nak terasa wat pe...
ReplyDeletesbb tu sy suka abaikan orang macam nie. Buang masa je ... org macam nie jiwa dan hati dia tak bahagia sebenarnya.
DeleteEeee xsuke x suka, JM pun penah alami perkara yg sama bengkerk je dlm hati tp buat x tahu je buat x dgr sbb JM ingat apa yg korang buat yg boleh menyakitkan hati korang tggu je balasan dari yg maha esa. Sabar ye cik kamoo xsuker
ReplyDeletekita jgn balas....biarlah dia dgn labu2nya dan kita pula hidup bahagia...hehehhe
DeleteSeseorang yg pernah baik dan rapat pada suatu masa ....
ReplyDeleteHi sis.. Sy pun pelik ngn manusia yg sudah tua tapi x pernah matang.. Suka perli2 lantak la kau dengan perli kau tu.. Bukan kita yg dosa dia yg siksa.. Tua bangka x sedar diri
ReplyDelete