Hye u'olls!
Hari nie ahkak belajar buat muffin. Dah lama sangat teringin nak buat muffin chocolate chips, gigih aku google recipe. Padahal benda alah nie sonang sangat, cumanye kesempatan nak belajar tu yang non hado! Alang-alang anak buah aku balik Putrajaya ... so, bolehlah try buat muffin nie. Nak jamu anak buah aku yang super duper dumoks tu. Rindu!!
Ini 1st trial ahkak buat muffin. Dont kutuk-kutuk rupa bentuk muffin yang tak bam ini. Tapi ia sangat gebus gedebum korang tahu. Thanks to Intai Dapur sebab share recipe yang best ini. Next time aku nak cuba lagi ... guna coklat Van Houten plak. Yang aku buat nie guna coklat cap bunga raya je. So, tak rasa kecoklatan sangatlah, yang bestnye coklat chips tu ... yummie hokeh!! Resepi asal kat sini <---- korang boleh terjah skang dan cuba wat sendiri. Giler senang buat muffin neh, macam pejam mata ... celik je dah siap. Hokeh *tipu* ha ha ha
Resepi : Muffin Chocolate Chips
Sumber : Intai Dapur
Dicuba : Cik Kamoo ;p
Bahan-bahan;
1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko*( jenama van houten) *aku guna cap bunga raya jer
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar (aku just guna susu tepung bancuh dengan air je )
1 biji telur (dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips
Cara-caranye ;
Dalam satu bekas besar.satukan bahan bertanda *. gaul sebati. pastu
buat satu lubang kat tengah2.masukkan bahan lain.kacau guna senduk kayu secara
kaup balik.tak payah kacau lama2. memang adunan muffin tak cair macam adunan
kek.die memang berketul2. pastu masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh.bakar 20 min,
suhu oven 180-200 degree celcius.
Kak Intai Dapur bagi tips. Buat muffin nie tak perlu pakai mixer pun, just gaul pakai spatula tak pun senduk kayu. Tekstur dia memang pekat dan tak macam adunan kek. Ini adalah untuk membolehkan adunan naik gebus, cantik dan bam-bam. Korang kacau 4-5 kali dah cukup, dan adunan dia berketul tu akan cantik dan lawoooo bila dah masak nanti. Ini Kak Intai Dapur yang bagi tips tahu. Silalah cuba. Cuma, jangan korang compare la muffin aku dengan Intai Dapur, dia punya muffin lagi cun. Aku 1st trial, so muffin pun macam tak cukup sifat!! Tang rasa dia, memang sedap!! Iloike!!
Okeh, sempena Tahun Baru Cina nie ... dari dok umah tak buat ape, silalah belajar masak ye gadis-gadis ku. Pandai masak pun bukan untuk sape ... untuk diri sendiri. Chewaaah ... plus untuk lelaki masa depan jua!! he he he.
Korang beleklah resepi nie, aku nak pi buat gulai rebung dengan udang plak. Mak aku kasi rebung madu, tapi belum masak-masak pun lagi. Rebung madu boleh ... jadi madu takmau!! ta ta ta
CK : Pagi-pagi dah keluar pi cari labu. Bff tempah lepat labu esok .... sampai ke carrefour cari labu, Pasar Awam Presint 8 cam hampeh, dah la kotor ... labu pun takde!! Barang bersepah-sepah, nak jalan pun susah!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!