Saturday, February 16, 2013

MENU ATKINS UNTUK BREAKFAST DAN LUNCH

Assalamualaikum ...




Hye ... u'olls!



Untuk kawan-kawan yang amalkan atkins macam aku, hari ini aku nak share menu atkins yang aku ambil dalam proses induction. Untuk pengetahuan, sekarang ini aku dalam proses reinduction setelah meninggalkan atkins dalam tempoh 3-4 bulan kot. Dah lupa. Tapi lebih kuranglah! Maksud aku meninggalkan atkins itu ialah tak serius sangatlah.


Minggu ini aku dah serius atkins, nak tengok sejauh mana aku mampu berjaya menurunkan berat badan. Tahun lepas, 2012 aku mula atkins dalam bulan April 2012. Dalam tempoh 3 bulan aku berjaya menurunkan berat sehingga 10kg. Memang sukahati. But, bila aku dah main-main sikit, berat aku naik semula 2kg. Secara puratanya, aku hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8kg sahajalah! he he he


Berat asal 65kg ... aku berjaya turun sehingga 57kg! Mula-mula tu dah dapat dah angka 55kg. Akibat terleka dengan makanan sedap-sedap bila pergi jenjalan, atkins aku punah sedikit demi sedikit. Kini aku cuba insaf!


Masuk hari ini, aku dah seminggu disiplin dalam menjalani atkins. Alhamdulillah, cuma aku belum timbang berat lagi. Tunggulah 4-5 hari lagi baru aku nak timbang. Sebut pasal penimbang nie, aku ingat nak beli penimbang digital dekat Cosway. Tunggu point dululah, baru boleh dapat harga murah. Buat masa sekarang pakai ajelah penimbang konvensional tu. Janji dapat timbang!


Stop pasal penimbang, kalau aku beli aku akan share dengan korang. Sekarang nie jom share antara menu yang aku ambil sepanjang induction.


Breakfast. Aku ambil ayam panggang dan telur rebus sebiji. Timun 2-3 slices. Sos cili jangan letak ye. Itu pun aku kais-kais dah. Saje letak untuk bagi rasa pedas. Kalau boleh elakkan ye. Selepas makan, minum air suam/mineral 500ml. Menu macam nie, aku ambil antara jam 8.30am-9.00am ... dah perut boleh sehingga jam 1.00 tengahari. Sampai time je, perut itu akan melapar dengan sendirinye. Kalau korang rasa tak kenyang, boleh up lagi kuantiti menu di atas. Terpulang kepada diri masing-masing.

Menu ini bukan hari-hari aku ambil ye. Kadang ...... kadang! Bak kata P.Ramlee.

Sila faham bahawa, atkins nie diet bukan untuk lapar. Makan sampai kenyang. Tetapi pastikan setiap menu adalah halal dalam Islam dan jua halal dalam atkins. he he he




Lunch. Menu di office aku ambil chicken grill dan kubis sejuk campur mayonis. Menu ni aku tak selalu ambil. Kalau turun cafe lambat, terpaksalah order chicken grill. If pergi cafe awal, bolehlah aku ambil sayur, ikan dan lain-lain yang lebih menarik tetapi halal atkins ;=). Air suam/mineral semasa lunch 500ml. Sebelum sampai waktu lunch, sila ambil air suam/mineral di antara 1L-1.5L! Air suam/mineral selepas lunch pula ambil dalam 1L-1.5L. Untuk waktu malam ambil 500mlm air suam/mineral pun dah cukup. Janji sehari cukup 4L air suam/mineral. Pandai-pandailah adjust ye ;=)


Dinner. Sorry takda gambar makanan. Biasanya aku ambil sup sayur campur telur. Tapi kalau perut tak lapar, cukuplah dengan sebiji telur goreng. Makan sebelum jam 9.00malam sebaik-baiknya. Lagi baik kalau sebelum 7.00malam. Kalau mampulah! he he he



Untuk sesiapa yang baru nak berjinak dengan atkins, aku nasihatkan kuatkan semangat. Apa-apa diet sekalipun yang anda cuba, kekuatan semangat, kekuatan mental dan disiplin adalah antara perkara yang penting. Bila anda dah mula diet, perhatikan ada pelbagai cabaran yang akan mendatang. Terutamanya mulut-mulut puaka yang berada di sekeliling anda. Abaikan ... abaikan ... abaikan .... biarkan mereka dengan labu-labunya. Cubalah apa-apa diet sekalipun, kalau tiada disiplin maka tiada kejayaan di situ. Full stop.


Diet inilah paling jimat, aku tak mampu nak beli produk diet seperti Herbalife dan SDII Alpha Lipid tu.  Kalau mampu, mungkin dah beli kot. he he he. Cepat sikit kurus ;=)









CK : Aku diet atkins, ramai yang kutuk aku .... perli, mengumpat. Tapi aku buat pekak je . Cuma sekarang aku dengar orang-orang yang kutuk aku tu dah makan Herbalife dan sorang tu pulak SDII Aplha Lipid. Eh, tercabar ke?? Aku senyum ajelah ;) Kau mampu ... tapi aku tak mampu semua tu. So, baik ukur baju di badan sendiri!

24 comments:

  1. kesungguhan itu penting

    akak x tahan kalau x makan nasi .. sbb tuu akak guna herbalife , dgn herbalife still boleh makan nasi ;)

    gud luck dear !

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sy pun tak boleh makan nasi....tp pelan2 cuba, Alhamdulillah dah ok. Teringin juga nk try herbalife. tp buat masa skg belum mampu lagi kot..geggegege

      Delete
  2. bila baca entry ni rasa insaf pulak. berat kita 60 kg je. nape le tak boleh dapat 55kg.

    saja le tu tak mau diet. abeh dah BF cam no. tak pe. lepas ni nak ikut la cara ni. makanan pun sedap nampak tu. ayam mayo bagai.

    bukan tak makan, cuma ubah benda yg kita makan tu. betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 60kg tp tinggi takpe...sy nie katek....dulu berat 65kg nampak sgt chubbynye. Skang 57kg pun masih tak sesuai dgn ketinggian.


      Yup, ubah benda yg kite makan je...sbb tu sy mampu juga la nk teruskan atkins nie...sbb tak perlu berlapar

      Delete
  3. Hm..try la diet dgn shaklee plk.kontek kite klu nk k..hehe.


    tp mcm scary je tgk menu diet ni...huhu.sbb dl b4 kawen diet jgk.tnp mkn ape2 ubt or suplimn kurus.bjaye jugak trun dlm 6kg.tp bfast heavy bak raja.tgh ari mkn bak ape ye..just amik bubur gitu.or oat.mlm mcm org xde duit nk mkn.hihi.kdg mkn megi.or bihun je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaklee sy amek ESP .... utk pagi je. Supaya perut kenyang. Sehari sekali je amek pun...

      Delete
  4. ok..klu kt sni kak (mesir) klu x mkn nasik,entah apa la sy nk mkn,xkn nk mkn roti tiap2 hr,lg gemukla sy,so..sy mkn jela nasik mcm biasa..goog luck tuk akk :)

    ReplyDelete
  5. wah...jeles ni, teringin jugak nak diet, petang tadi pi jogging, pastu malam member ajak pekena sate, ada jer halangan kalau niat nak diet tu, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kalau sate memang takleh nampak juga. makan je 2-3 cucuk wat hilang kempunan. tp 3-4bulan skali la...ehheheheh

      Delete
  6. saya pun baru start diet atkins hari ke-4... masa belajar dulu pernah gak atkins sebulan dan berjaya turun dengan ketara... ni dah kahwin, makan pun asik org rumah masak sedap jer... he he he... ni baru insaf nak kuruskan badan.... baju nikah pun sempit2 dah... huhuhuuu.................

    yang teringin nak join atkins, sila fahamkan betul2 rules dia, ok?

    pedih gak telinga bila kawan2 sindir kita makan kat kafe makan lauk jer...

    ReplyDelete
  7. waaa...gud info..tapi saya ni jns yang susuh pula naik berat badan...time hamil je naik ..lepas bersalin maintain ja...tapi info ni bagus..sebab tak semestinya yang berisi ni sakit..sebalik nya yang urus kena hati2 dalam pemakanan juga..kan2...

    ReplyDelete
  8. sis..boleh ke ambil esp ketika buat atkins ni? sorry tanya..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ambil, kalau kita dah melepasi induction ... dan dah2 dekat dapat berat ideal. Sehari sekali je amek .... boleh mengenyangkan perut dan mencantikkan kulit juga

      Delete
  9. Saya tgh cuba diet ni.dh trn 4kg dlm msa smggu..tpi cbarannya..aduh...btoi2 mencabar.

    ReplyDelete
  10. akak masa mula2 diet atkin ni akak breakfst lunch gan dinner mkn apa ye?masa tu akak mkan nasi tak?boleh tak mkan nasi stu senduk biasa untuk satu hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bfast makan telur hancur .... sama ada rebus atau goreng. Lunch sllu akk amek ayam goreng dan sup sayur

      Nasi tak boleh dik, nasi tu kan karbo ....

      Delete
  11. akak makan apa ye untuk lunch breakfst gan dinner masa mula2 buat diet atkin ni?saya baru nak mulakan...jadi saya boleh tak mkan nasi sesenduk untuk sehari?

    ReplyDelete
  12. sis, sy mkn telur rebus + kicap + lada sulah + bawang mentah + air suam. ok x utk bfast?

    ReplyDelete
  13. sis boleh ke at the same time i makan supplement ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...akk pun ada juga ambil supplement masa diet atkins. Skang ni akk stop atkins sbb busy keje...tak sempat masak sendiri

      Delete
  14. nak tanya pasal penimbang.. penimbang yg paling tepat macamane ek.. yg konvensional ke..yg digital ke.. yg kat mall tu yg masuk rm 1.00 tu.. sbb saya guna penimbang2 tersebut dpt angka yg lain2...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btter guna digital. Lagi senang. Beli je dekat Lazada, murah jugak.
      Make sure guna penimbang yg sama sepanjang masa ye.

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!