Hari nie ulangtahun kelahiran mak aku yang ke-61. Mak aku lahir pada tarikh hari ini tahun 1952! Dah 61 tahun usia dia. Dah tua. Dah tak larat ... kadang-kadang ada benda yang dia lupa. Tapi Alhamdulillah, mak dikurniakan kesihatan yang baik. Kalau sakit pun sikit-sikit. Sakit tua. Mak juga ada kencing manis, tapi tak serius.
Sempena ulangtahun kelahiran mak, aku cuma hantar sms macam biasa. Macam biasa sejak mak dah ada handphone. Mak tahu baca sms, tapi tak pandai nak reply! Terima ajelahkan walau sms tak berjawab. Kalau sms lebih senang nak luah apa pun, kalau aku call nak wish birthday kang aku pula yang berair mata dengan ayat-ayat touching sendiri. hiks hiks ...
....
Mak, walaupun mak tak tahu pun anak mak ada belog tapi mak tahu anak mak ada FB. ha ha ha. okeh, anak mak tengah nak mula merepek. Sempena ulangtahun kelahiran mak yang ke 61, saya doakan mak dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dikuatkan daya ingatan, dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan kebaikan dan diberkati kehidupan olehNya.Dalam usia mak 61 tahun, susah saya nak tengok mak mengalirkan airmata. Mak cukup hebat di mata saya walaupun kadangkala ada masanya kita berbeza pendapat. Walaupun ada masanya kita tak sehaluan capai sepakat. Walaupun ada kalanya, anak mak ini mengguriskan hati mak. Tapi, mak tak pernah jemu ucap, "mak maafkan semua anak-anak mak. mak mana yang tak sayangkan anaknya sendiri!". Hati mak memang kuat dengan melayan ragam anak-anak yang macam-macam terutama saya :(Mak, tahun nie tak tahu nak bagi hadiah apa .... cuma, nanti saya akan sampaikan satu perkhabaran yang tak pasti ia gembira atau tidak buat mak ...!! Selamat Hari Lahir Mak .... dua minggu lagi, kita tunggu hari kelahiran ayah pula ye! Sayang mak ... miss u so much ... :( :( :(#walaupun mak tak baca pun belog nie, walaupun kdg kita selalu mengguris hati masing-masing ... mak tahukan, anak mak sayang mak sangat. sangat sangat!!
CK : rindu
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!