Tuesday, April 29, 2014

SITI NURHALIZA DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



Gambar adalah dicilok dari FB Perbadanan Putrajaya. Pinjam sat na. Achik tak pi event tu, so kira halal la cilokan ini. hehehehe. Kata kawan-kawan, sangat ramai yang datang semata-mata nak tengok Dato' CT. Masih beraura Dato' rupanya. Masih cantik. Cun dan Mantoop.


Dia masih comel. Serius sangat cantik! Amboi abang baju merah belakang tu, kontrol senyum ke hape?


Bila tengok teletubbies merah tu kan ... teringat akan seorang artis tu. Fesyen yang ermmmmmm tak boleh blah kak oi. Nak berfesyen pun biar bertamadun sikit kot. Pendapat achik la....huhuhu



sekian, entry hari ini. takmo merapu panjang lebor. kepala pening pulak dah!



p/s : baju belum pack lagi nk travel. hoooi letih. pasni nak rehat dah

Monday, April 28, 2014

SEMAKIN GEMUK

Assalamualaikum ...


Malam baru terhegeh nak update. Siang terkejar sana sini. Tak sempat. Ini entry asal boleh je ni sebab teringatkan menu yang mak mertua masak untuk weekend. Lately, aku dan hasben tiap-tiap minggu balik Somban. Hoooi punggung tak sempat nak letak kat rumah. Weekdays dah keje, weekend plak ... pepagi Sabtu dah pack kain baju balik Somban. Eden ikut jo. 

Masalah aku bila balik rumah omak mertua cuma satu je .... nafsu aku cepat tergoda dengan masakan omak mertua. Dia masak main campak je kadang, tapi umang aih bukan main sodap. Nak-nak makan ramai-ramai. Bila sodap, makan wajib bertambah ... sekali pun cukuplah bertambah. So, bila balik Somban, lupalah bab ko nak diet tak makan nasi bagai. Menipu je semua tu! Pagi mungkin aku boleh tahan nafsu, tapi bila bab makan tengahari dengan malam ... sanggup ko nak tahan gelojak nafsu bila terbau masak lomak cili api ... ikan goreng berlado ... masak asam rebus ... masak asam podeh! Mampu ko nak tutup hidung tak pun tutup mata.? Ghontikan jelah .... memang aku la yang terkinja-kinja jadi orang pertama yang duduk di meja makan. Time tu, hasben pun aku dah lupa sekejap. Penangan masakan omak mertua.

Pernah tau ada satu malam tu, dah pukul 1.00 pagi ... aku boleh bangun ajak hasben aku makan nasi dengan ayam kampung masak lomak cili api. Sekali dengan adik ipar and isteri dia pun join kitaorang. Malam tu aku tak boleh tidur sebab asyik teringat masak lomak omak mertua aku masak. Dan-dan tu perut aku berkeroncong, terus aku kejut hasben bangun dan melantak nasi sama-sama. Nasi sepinggan je, tang ratah ayam je berketul-ketul. Sebab itulah sekarang ni aku makin bulat je orang tengok. Dah la katek, serupa ikan buntal daaa ... he he he he.

Macam Sabtu Ahad yang baru lopeh nie, omak mertua aku masak ikan keli goreng lado api. Mak aih ... berketul-ketul aku makan. Sampaikan kakak ipar aku siap tegur lagi ... "berpoluh-poluh aih makan ....!". ha ha ha ... Selamba je aku balas, "bondo sodap kak .... memang berpoluh la!".  Masa hari Sabtu mak aku masak lomak cili api ikan talapia, itupun sodap gak. Kuah masak lomak pekat. Nak pula makan nasi panas. Kasi taruk kicap sikit ... terus tak pandang omak mertua lalu belakang. Sorry la, aku kalau balik rumah omak mertua memang cenggini. Jenis makan takde brek dah. Main redah je. Bila rasa badan dah berat, menangis sendiri la.

Dan setiap kali aku balik kampung, tak pernah aku nak amek gambar makanan yang omak mertua aku masak. Tau kenapa? Makan awal tu lagi penting dari sibuk nak amek gambar .... nak amek gambar kat tempat lain. ha ha ha ha ha ..... Itu sebab entry ini tiada sebarang gambar. Semua dah jadi zat dekat tubuh badan.


#apa pun tak boleh ....



p/s : Lepas ni dah Rejab, boleh puasa. Weekend pun puasa. he he he he

Thursday, April 24, 2014

KESIBUKAN LA SANGAT

Assalamualaikum ...


Semalam aku tak sempat langsung  nak update blog. Busy mengalahkan TPM ko! Pengsan. Dekat office sekarang pun tak sempat dah nak berinternet bagai. Apatah lagi nak berblog. Biasanya 5.30 petang baru aku boleh melayari alam maya ini. Kalau sebelum tu jangan haraplah. Kejap-kejap, boss besar panggil. Keja-kejap dia call. Pasrah okey. Apapun aku bersyukur, boss besar aku kali ini sangat baik dan tegas orangnya. Bukan setakat tegas sahaja, malah sangat detail orangnya. 

Walaupun mula rasa kekok, rasa macam ermmmmmm but aku mengambil positif segala teguran. Now, aku dah boleh kerja dengan senang hati sebab aku positifkan minda aku dengan teguran dan ketegasan dia. Lagipun boss besar yang baru nie, follow the rules. Sebab itulah aku double suka dekat dia. Susah kerja sikit takpe, asal esok-esok tak menjerat leher sendiri. Kan kan kan.

Tak boleh menceceh panjang sangat, baru masuk opis nie. Lagipun aku kan dah berazam tak nak guna time opis untuk blogging. Kalau lepas kul 5.30pm blogging takpe … boss  tak marah. Jadi, aku kenalah tunaikan azam aku. Blogging sebelum jam 9.00 am … atau time rehat 1-2pm atau lepas waktu keje 5.30pm. Kat rumah, ikut sukahatilah nak blogging bilakan? Asal hasben tak bebel sudah. Asal makan minum dia cukup, no hal!

Owh, sebelum tu … nak share event minggu ni di Putrajaya. Ada Dato’ Siti Nurhaliza di Santai @ Dataran Gemilang, Presint 4. Silalah datang meramaikan! Datang … jangan tak datang. Nanti leh jumpa dengan Tok CT ye! Aku tak dapat la pergi, sebabnya aku balik kampuang. As usual!







p/s: Entry pagi tadi tak sempat publish. ekekekek. Sibuk bonar!

Tuesday, April 22, 2014

BEKAL KE OFFICE

Assalamualaikum ...


Sejak sebulan ni, setiap pagi kecuali weekend aku bangun awal. Sebelum ni pun awal juga, tapi tak seawal sebulan ini lah. Macam pagi tadi, 5.00am aku dah bangun. Itupun sebab semalam kami suami isteri tertidur jam 9.30pm. Penat gamaknya! Yelah, aku sekarang keje dekat office dah bertingkek-tingkek. Hasben pula, dah kena tukar office ... mungkin keje dia pun sama banyak dengan aku.

Memandangkan hasben dah kena tukar office, sekarang ni setiap pagi aku masakkan bekal untuk hasben. Untuk breakfast dan juga lunch. Sekaligus! Hasben sendiri yang buat permintaan macam tu, masak simple-simple sudahlah katanya. Isteri akur yang mampu. Bangun pagi, mata pun antara pejam dengan celik ... susah jugalah nak siapkan masak lomak cili api, asam pedas ke ... ayam masak merah ke ... kan? Jadinya hasben minta menu simple tapi mengenyangkan. Office baru dia takde cafe. Sangat melecehkan. Nak keluar pula jauh sikit katanya, kena bawa kereta or motor. Itu yang dia rasa macam malas. Apa kata sayang je masak? he he he ... aku ok je kalau bangun awal. Kalau terbabas tidur, bye bye la bekal ke office tu! Pernah sekali aku terbabas tidur, sedar-sedar dah 6.45am. Mana sempat nak masakkan? Nak senang punya keje, aku beli je dekat kafeteria rumah aku. Balik malam aku tanya la hasben, sedap ke bekal breakfast kedai bawah tu? Jawapannya tidak sodap! Nampaknye kenalah masak hari-hari. hu hu hu



Ini bekalan untuk hasben aku pada hari Ahad dan semalam, Isnin. Hari Ahad hasben kena keje jugak. Aku cuma masakkan bihun goreng untuk breakfast dan juga lunch. Cumanya untuk breakfast aku letak segulung tortilla. Malas nak letak dalam banyak bekas, aku letak je tortilla tu sekali dengan bihun goreng untuk breakfast. Sonang kojo den. Untuk lunch pulak aku cuma tambah sambal sardin. Hasben aku suka makan bihun goreng dengan sambal sardin, isteri masaklah apa yang suami suke makan kan. Walau takdelah pandai sangat masak pun. Main campak je. Kadang hari ini sedap, esok pula kurang rasa .... uiks langsung tak konsisten!

Untuk hari Isnin pula aku cuma buatkan nasi goreng. Breakfast and lunch menu yang sama juga. Nasi goreng biasa + ikan bilis goreng dan telur dadar. Korang nampak 2 bekas nasi goreng tu ... bukannya satu untuk aku dan satu untuk dia. Tapi dua-duanye untuk dia. he he he. Aku masakkan untuk suami je, tapi aku sendiri breakfast dekat kafe office.  Aku kan makan nasi weekend je, itu pun kadang-kadang. Bihun goreng pun aku tak makan sangat sekarang nie. Kat office biasanya aku makan sup-sup tak pun kuih muih. Diet sangat kononnye! Tapi still bam bam .... hukhukhuk


Bekal hari ini pula, mee siput goreng for breakfast dan nasi putih berlauk sambal burger untuk tengahari! Simplekan? Biasanya tengahari buat satu lauk je, takdelah sampai 3-4 jenis lauk macam makan dekat rumah ataupun kedai. Yang mana mampu kita buatkan? Resepi mee goreng siput tu aku share kemudian yek. 

Harap hasben aku suke dengan menu hari ini. Isteri masih tengah nak belajar masak lagi. So, mesti ada kurang sana sini. Biasalah tu. Ada yang kurang kita lebihkan. Mana yang lebih kita kurangkan! Setiap kali masak, pastinya aku tanya hasben ... ok ke tak? Sedap ke tak?

Walaupun penat kadang, tapi aku rasa macam seronok pulak masak pagi2. Sekurang-kurangnya dapat ajarkan aku untuk lebih hargai masa .... kadang ada masanya dulu, aku tidur tak hengat doooonia! ekekekeke



p/s : Semua isteri mengejar title isteri mithali, tapi aku cuma mampu mencuba dan terus mencuba untuk jadi yang terbaik. Itu sahaja!

Monday, April 21, 2014

MAKAN SEDAP DI KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN SILATURAHIM, TELOK MUROH, LUMUT

Assalamualaikum ...


Hi readers ku sayang!

Semalam aku tak sempat update apa-apa. Den kene kojo! Jadi, kojo ajelah .. dapat juga duit lebih untuk simpanan raya nanti. Puasa dah nak dekat ni, dah ganti puasa ke belum (untuk wanita sahaja ye yg uzur di bulan Ramadan)? Bagi yang belum, silalah ganti dengan segera. Jangan nak terberry berry baru nak korek lubang hokeh. Not good!

Okeh-okeh ... aku bukan nak cerita bab puasa or ganti puasa ke hape. Tak arif sangat bab itu! Aku cuma nak korang tinjau lokasi makan tengahari yang agak best bagi aku di Telok Muroh, Lumut sana. Ini adalah renteten daripada entry sebelum ni. Boleh klik di  SINI ---- SINI --- dan SINI juga! After kami suami isteri check out dari Best Western Marina Island, tetiba dalam kereta teringat satu kedai makan yang diperkatakan oleh seorang kawan. Berdasarkan clue-clue yang telah dipersembahkan ... masa balik tu pergi la cari. Rupanya dokek je dari simpang keluar Best Western Marina Island. Lokasi sebenar dekat simpang masuk ke Teluk Batik, sebelah kanan jalan. Dalam 10 minit kalau naik kereta dari hotel BW. Dokek la tu kan? Beriya sangat nak cari makan dekat kedai ni sebab ... tak tahu bila lagi akan sampai ke Lumut dan sebab makanan kat hotel tak berapa sedap. Perut asyik minta makan je.


Ini dia kedai makanan dan minumannya. Kami sampai time tengahari dalam 1.00pm camtu. Ramai la orang. Kedai Makanan dan Minuman Silaturahim (Masakan Ala Kampung). Memang terbaik jugalah menu yang ada. Tapi yang penting, makanan dia sedap kot ... dan agak murah bagi kami yang dok Putrajaya! Aku plak sanggup makan sikit kat hotel sebab nak makan dekat kedai ni. Penangan cerita orang punya pasal la nie.


Terus makan nasi! Jangan marah ye ... sejemput je nasi tu. Sesenduk pun tak sampai. Yang pasti ulam daun yang lemak-lemak tu aku ambil banyak. Lama sungguh tak makan ulam ni. Aku suka sangat! Daun dia segar, baru ... memang menyelerakan. Aku ambil burung puyuh masak kicap, kerabu daun selom dan sambal belacan. Hasben pulak amek sup suhun, ulam daun selom dan masak lemak siput sedut! Pastu aku suruh hasben up kan kari kepala ikan nyok-nyok! Orang Kedah ... pantang nampak kari. Terliur la apalagi.


Yang bestnye ... semangkuk kari kepala ikan saiz kecik ni cuma RM3.00-5.00 sahaja. Murahkan. Dah la kuah dia sedap. Rasa nak hirup. Memang kari utara punya. Terbaik ko! In Shaa Allah, kalau aku pergi lagi ke Lumut sudah pasti aku singgah makan kat sini lagi. Cuma nak ke sana bila, belum pasti. ekekekeke

Kedai makan nie buka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Hari Jumaat tutup tau. Apa-apahal boleh hubungi nol telefon tuan kedai makanan dan minuman Silaturahim di talian 019-5747491. Mana tau kot korang sesat. he he he. Silalah cuba, pasti korang pun tergoda dengan pilihan lauk pauknya yang banyak. Paling penting, sedap dan murah! Namapun dok Teluk Muroh kan ... ekekekeke




p/s : Asal jenjalan je, perut minta makan. 

Saturday, April 19, 2014

STEP BY STEP SOSEJ ROLL

Assalamualaikum ...


Happy weekend readers ku sayang! 

Segar bangun pagi ni, semalam plan nak pergi keje. Nak settle apa yang patut. Tapi dah terseronok pulak dok kat rumah. he he he. Alasan baik punya. Apa yang dirancang tak menjadi, but it's ok ... kita buat plan lain pulak. Kejap lagi nak keluar makan dengan hasben. Mood tak rajin nak masak pulak, sesekali cuti masak tak salahkan? 

Untuk tengahari ni je aku tak masak ... tapi petang semalam lepas balik keje aku pulun buat sosej roll untuk stok minum petang lepas balik keje. As usual, hasben aku kalau balik keje mesti nak minum petang. Itupun kalau balik awallah. Nak terus masak yang heavy mestilah tak larat sebab sama-sama keje. So, aku kena la pikir apa yang perlu buat untuk mengatasi masalah ini. Kesian hasben aku, takkan nak minum nesccafe o je manjang. Kang terbaling pulak mug tu sampai ke dapur. Tak ke naya! 

Hasben aku takdelah demand sangat bab menu minum petang. Cuma aku je rasa tak syok sebab nak menunggu time dinner ... memasak tu ambil masa skit. Mesti perut hasben berkeroncong menunggu nak makan. So, kesian hokey! Dan kerana itu, semalam aku pun pulun buat sosej roll. Sementara nak siapkan sosej roll tu aku cuma buat air panas dan gorengkan french fries untuk hasben. Ada jugalah alas perut dia. Hasben sendiri, mestilah tahu pe'el perut dia camnekan. Kata nak jadi isteri mithali! hohohohohohoho ...

Dengan itu, aku berbesar hati share dekat korang step by step untuk buatkan sosej roll yang sangat mudah. Simple bangat! Idea ni aku dapat dari blog Kak Zalin Zalina. Blogger nie pengusaha kuih frozen. So, aku banyak jugalah refer dekat blog dia. Dia adalah sangat tidak lokek ilmu. I like!! Mari kita belajar buat sosej roll okeh. Aku bagi bahan-bahan je. Step by step dia korang belek je gambar yang ada hokeh.

Resepi : Sosej Roll
Sumber : Blog Zalin Zalina


Bahan-bahan;

  • 1 pek roti gardenia/top bakers
  • Sosej
  • Telur
  • Bread Crumb (beli yang warna oren/kuning tu ... cantik sket)
  • Tepung gandum + air (bancuh untuk buat pelekat)

Cara-cara ;

  • Sila rujuk step by step seperti gambar di bawah.
  • Untuk gamabr 4, dah habis roll ... jangan lupa gamkan dengan bancuhan tepung gandum ye.
  • Dah siap, boleh pack dan masukkan dalam peti sejuk beku.

*Tips : nak cantik sosej roll tu, potong tepi roti ... baru jadi cun! Aku nak makan sendiri, so sayang nak buang tepi roti. Kang kena buat bingka roti pulak. Mood tak rajin.

Gambar kat bawah adalah hasil yang aku dapat. Hasil lebih kurang 28 ketul sosej roll yang comel-comel. Boleh la untuk 3-4 kali petang untuk hasben aku. Aku ni memang amek keje mudah je. Kalau buat popia sardin, karipap ... sekali buat banyak-banyak pastu frozenkan. Nak makan keluarkan dari fridge kemudian goreng. Nampak, senangkan? Balik keje tak perlu kelam kabut pulun masak sangat. Dah makan, solat maghrib baru kita start masak untuk dinner ... itu pun masak simple juga, setakat bihun goreng, bihun sup, mee goreng. Okehlah kan ... menu malam tak boleh berat sangat. Nanti cepat ngantuk!

[kuning habis sosej roll aku]


"Selamat mencuba ye!"



p/s : Sekarang nie mood tak rajin sangat, so buat keje senang je manjang. kui kui kui

Friday, April 18, 2014

YANG TAK BERAPA BEST DI BEST WESTERN MARINA ISLAND, PANGKOR

Assalamualaikum ...


Hari tu dah review pasai Best Western Marina Islandkan? Bagi yang belum baca boleh jenguk review aku hari tu. [sini] dan [sini] juga! Review itu hari semua part best-best je. Yang best kita dahulukan, yang tak best pulak kita kemudiankan. Biasanya kalau menginap mana-mana hotel atau resort, perkara yang selalu diperkatakan ramai adalah ... tilam yang lembut, bantal yang empuk dan makanan yang sedap. Untuk Best Western ni, bab tilam dan bantal semuanya bagi aku dan hasben adalah yang terbaik juga la. Nak-nak bilik dia yang luas dan ekon yang sejuk gedi tu. Tidur nyenyak selalu sampai tak sempat nak mimpi punya best tidur!

Namun, bila part makan ... bagi kami agak kuciwa sedikit la. Hotel dah ok, bilik dah besar, ekon dah sejuk ... view dah mengadap pantai, tapi bila tang makan agak hancus sikit. Yelah, mana ada perkara yang betul-betul perfectkan? Nak-nak kehendak manusia ni pelbagai. Bagi orang lain O.K je, bagi kita ada pula yang tak O.K. So, nak memuaskan hati banyak pihak memang susah. Aku memang memahami sangat bab tu.

Dekat Best Western ni, menu dia tak pelbagai. Biasa-biasa je. Nak kata tak sedap sangat, tak pula. Cuma takde langsung menu kick yang boleh dikenang-kenang sampai Putrajaya. Selalunya kalau makan kat hotel nie, banyak pilihan menu. Pilihlah mana yang kau suka, dan kadang ada juga yang membazir. Itu yang tak best tu. Malaysiakan kaya dengan makanan, kadang sakit orang Malaysia pun sebab makan terlebih! Sebab itulah obesiti kat Malaysia ni makin meningkat.


Macam malam tu, kami ada bbq dinner. Menu dia ada cucur udang, spaghetti (tak sodap langsung), sosej grill, kepak ayam madu (takde rasa), lamb grill (ini ok juga ... boleh tahan la), potato bakar (lagi la tak sedap). Dah makan free, makan ajelah ... jangan nak banyak ngomelkan. Ada 3-4 menu je yang tekak aku boleh terima. Ada juga yang aku makan berkais-kais [untungkan orang Malaysia ni], nak telan pun tak lepas. Sebabnya tak sedap langsung. Akhirnya aku asyik melantak je daging kambing ... itu je yang rasa best. Makan udang bakar rasa loya tekak, sebab udang bakar dia tawar!


Yang aku pulun kambing grill tu je t au [gambar bawah sebelah kiri]. Lan-lain tu, hasben la habiskan. Aku memang tank kecik ... bila tak berapa sedap je, mulalah tekak aku tak boleh terima. hu hu hu. Teruk betul! Tapi bagi, hotel sepatutnya makanan dia mesti sedap-sedap! Yang masak tu chef kot ... kan kan kan


Nama Best Western ... haruslah menu dia western je ada. Gambar atas ni menu breakfast. Hari keberapa ntah. Menu breakfast dan lunch dia tak sampai pun 10 menu. Menu utama dia cuma 3-4 je. Yang lain-lain sumer dessert je. Aku nie tak gemar sangat dessert pelik-pelik. So, makanlah mana yang ada. Dim sum tu biasa je, nampak macam menarik ... tapi kurang rasa. Bolehlah makan. 

Selalunya, kebanyakan hotel yang aku pergi ... kalau room dia best, mesti makanan dia pun best jugak. Tapi untuk Best Western nie ... tak pula macam tu. Apapun, bersyukurlah ada jugak makan. Dah pe'el suka memilih makan, ada je benda nak ngomelkan. 

Tapi, ada satu kedai makan yang best ... makanan sedap dan agak murah juga la dekat-dekat area Best Western ni yang korang boleh try! Lokasi kedai betul-betul dengan Flat TLDM Telok Muroh tu! Nanti aku story yek. Banyak sangat citer makan kang, bernafsu pulak nak makan ... kemudian gemuk! Nak salah sapa? Salahkan diri sendiri aje .... Belaajr-belajarlah kontrol nafsu makan okeh!



p/s : Aku paling suka kalau buat trip jalan-jalan cari makan ... seronok mencuba masakan orang lain ni. Nak-nak masakan negeri-negeri lain.

Thursday, April 17, 2014

JALAN-JALAN KE LUMUT, PERAK

Assalamualaikum ...


Seronok dapat jalan-jalan, tapi sebenarnya dalam keseronokan ada penatnya juga. Penat bila kena pack kain baju. Uikhs leceh hokay! Entry aku ni kira sambungan daripada review dekat Best Western Marina Island. Buat review hotel dulu, baru best nak jalan-jalankan? Untuk review hotel tu, korang boleh klik dekat SINI dan juga SINUN! Boleh baca dulu yek pasai hotel nie.

Sekarang aku hanya nak bawa korang jalan-jalan ke Pekan Lumut, Perak. Pertama kali aku sampai ke Lumut tahun 2002 ke 2003 camtu kot. Lepas tu, aku sampai ke sana pula dalam tahun 2004 (yang ni betul-betullah kenang, sebab masa tu dah kenal dengan hasben ... cuma setakat kawang-kawan ajelah) sebab join family day office. Tahun tu juga merupakan pertama kali aku jejak kaki ke Pulang Pangkor. Jakun plus seronok! After 10 years aku datang lagi kat sini, dah banyak berubah Pekan Lumut.



Pekan Lumut dah ada dua jeti untuk ke Pulau Pangkor, malah ada satu pulau baru iaitu Pulau Marina. Kalau tak salah aku, Pulau Marina adalah pulau yang ditambak. Untuk ke Pulau Pangkor, korang boleh menggunakan boat di Jeti Lumut ataupun di Jeti Marina. Jeti Marina ni berdepan dengan Best Western Marina Island Hotel .

Sekiranya tergerak hati korang nak ke Pulau Pangkor, naiklah feri dari Jeti Lumut yang mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk sampai ke Pulau Pangkor. Aku dah pernah naik feri dekat jeti ni 10 tahun lepas. Dari Jeti Lumut, tambang feri untuk dewasa adalah RM10.00 dan untuk kanak-kanak hanya RM6.00 sahaja!. Perjalanan feri dari jeti Lumut ke Pangkor seawal 7.00 pagi dan dari Pangkor ke Lumut pulak jam 6.30 pagi. Untuk perjalanan akhir pulak, dari Lumut ke Pangkor jam 9.00 malam dan dari Pangkor ke Lumut jam 8.30malam. Perjalanan feri adalah setiap setengah jam ye! Takyah risau menunggu lama di jeti. he he he he



Haa ini adalah terminal Jeti Lumut. Tak banyak berubah dengan 10 tahun lepas. Gambar kat tengah tu dulu, aku pernah bergambar dengan hasben (dulu officemate je). Pergi sekali lagi pun bergambar kat tempat yang sama juga. Masa kami pergi kat jeti tu dah dekat 7.00pm, lengang. Orang tak ramai. So, bolehlah bercanda sekejap. Bercintan cintun kat situ. Kawasan jeti masih bersih dan nampak kemas.


Dan ini pula adalah Jeti Marina. Dari apa yang aku baca, kadar tambang feri adalah sama seperti di jeti Lumut. Jadual aku tak pasti pulak. he he he rasanya sama juga kot. Perjalanan dari jeti Marina ke Pangkor lebih kurang 10 minit sahaja. Dekatkan? Boleh balik hari ye anak-anak. Dekat Jeti Marina ada night ferry. Untuk jeti Marina nie aku tak boleh cerita lebey-lebey sebabnya aku amek gambar pun dari dalam kereta je. Malas pulak nak melawat apa yang ada dalam kompleks jeti tu. Lagipun masa tu dah petang sangat, nak berkejar ke jeti Lumut sebab nak beli ikan bilis mata biru! Orang cakap, kalau datang Lumut jangan lupa beli ikan bilis mata biru. Pertama kali aku dengar pasai ikan bilis nie.


Mula-mula kita jenjalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Keluar masuk kedai untuk melihat harganya. Nak cari yang murah tapi ikan bilisnya cantik. Harga ikan bilis kat sini boleh tahan jugalah mahalnye, tapi lebih murahlah dari Putrajaya. Nampak ikan bilis dia baru-baru je. Putih! kalau buat sambal ikan bilis versi kering mesti sedap giler neh!


Aku teringin nak beli ikan talang yang tergantung tu. Tapi macam banyak sangat. Tekak masa tu macam mengidam masak merah ikan talang je. Dah lama sangat aku tak buat masakan tu. Teringin giler kot. Takpe, next time lalu balik Kedah boleh je ajak hasben singgah Lumut, kasi borong itu ikan talang. Korang tengoklah ikan bilis dia, meriahkan! Cantik-cantik tau dan harga adalah pelbagai. Ada duit, kasi borong lebih yek.

Hari tu aku cuma borong ikan bilis mata biru, ikan kering yu, jelly fish, snek sotong gula ... dan ikan kering pari. Ikan kering pari dia punyalah sedap. Goreng pun dah macam keropok. Rugi pulak rasanya tak beli banyak hari tu. Bila datang ke Lumut, rasa tak sah kalau tak borong habis-habisan ikan bilis. Lagi satu aku nak pesan, harga barangan laut dekat Lumut lebih murah berbanding harga di Pulau Pangkor. Jadi, kalau korang pergi Pangkor ... cukuplah jenjalan, balik tu baru beli dekat jeti Lumut. Jimatlah seringgit dua kan.... duit gak tuh!

Panjang pulak entry nie ... bersepah gambar. Nantilah sambung lagi. Pasai benda tak best dekat Best Western pun aku tak story dekat korang lagi. Next entry yek!




p/s : Sekarang nie keje office dah berlambak, semua entry siang kena autopublish je. 

KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN JALANRAYA

Assalamualaikum ...


Info Berita Harian Online : Pengerusi DAP, Karpal Singh serta pembantunya, C Selvam meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi.


[sumber gambar : theportalperaktoday.com.my]


Aku sendiri dengar berita kemalangan maut ni dekat radio Sinar.FM! Karpal Singh, ahli Parlimen Jelutong maut dalam kemalangan berkenaan. Dah ajal. Tak silap aku, dulu dia pernah accident dan menyebabkan dia berkerusi roda. Kali kedua kemalangan telah meragut nyawa beliau. Dah ajal. Karpal dikenali sebagai 'Tiger of Jelutong'!. Beliau tak pernah kalah dalam pilihanraya sepanjang dia bertanding di kawasan Jelutong, sebab itulah dia dikenali dengan gelaran ini.

Lepas ini akan ada Pilihanraya Kecil di Jelutong lagi. Apapun, janganlah pengikut parti politik membuat spekulasi mengenai kematian beliau. Janganlah nak kata Kerajaan itu ini. Jangan sebarkan khabar angin bukan-bukan. Pastinya akan timbul isu yang menjadikan fitnah, namun kita yang berakal wajiblah untuk menyelidiki terlebih dahulu dan kita (orang Islam) perlu percaya kepada Qada dan Qadar,


[Setiap yang hidup pasti akan mati, walau siapa pun kita. Kematian itu pasti]



p/s : Tunggu pilihanraya kecik Parlimen Jelutong .......

Wednesday, April 16, 2014

REVIEW BEST WESTERN MARINA ISLAND PANGKOR LAGI

Assalamualaikum ....


Hari tu aku dah review pasai Best Western Marina Island Pangkor. Malam ni nak review lagi, tapi simple-simple ajelah. Bawa korang jenjalan dekat persekitaran Best Western je. Untuk makluman korang, persekitaran BW ni sunyi, aman ... dan tenang. Hotel ni mengadap betul-betul jeti kedua untuk ke Pulau Pangkor. Sekarang ni, kalau nak ke Pulau Pangkor dah ada 2 jeti. Satu Jeti Marina (berdepan dengan Best Western) dan satu lagi adalah jeti Lumut. Nanti kita cerita pasal jeti yek! Sekarang kita cerita sikit pasal BW dulu.


Ini adalah persekitaran di BW. Gambar pertama tu berdepan dengan pantai buatan aku rasa. Tak sempat aku nak melawat kat kawasan tu. Setakat pandang dari jauh je lah. Gambar ke dua (atas kanan) tu mengadap bilik aku. Boleh nampak bot-bot dari bilik. Macam best je kalau dapat naik bot tu ... keliling pulau. Romantiknye! ngeh ngeh ngeh

Gambar ke-3 tu lobi BW, biasa-biasa je tapi selesa, bersih dan kemas. Siap ada kerusi mengurut lagi. Hasben aku pun pulun mengurut kat kerusi tu. Yelah, nak suruh isteri dia ... tak berapa pandai sangat pun mengurut. Tangan kecik, nak mengurut pun dah jadi macam meraba. ekekekeke


Dekat BW pun ada pool, tapi pool dia kocik sangat. Siap ada curve pulak. Bila tengok pool ni hati melonjak nak swimming. Bertahun jugalah aku tak swim. Hasben ada juga bagi greenlite untuk aku swimming semula dekat Marina Putrajaya tak pun dekat Kompleks Sukan Air Putrajaya, tapi aku macam kekangan masa pulak. Hasben siap nak temankan lagi. Takpelah, akan kucari masa untuk kembali berenang-renang ke tepian. 

Okeh, dah habiskan jalan-jalan kan ... tapi aku belum cerita apa yang tak bestnya Best Western ni bagi aku. Walau nama awalnya Best, tapi tetap ada juga yang tak best kat hati. Nak kata tak best sangat pun, tak la juga ... biasa-biasa je la. Tapi next entry yek aku story, pastu aku story apa yang ada kat Lumut plak, sambil nak imbau kenangan lalu. Aiiicheehhhhhh!!



p/s : Update blog sensorang, hasben pi dinner ngan boss dia .... siap pi tengok Afgan dan Krisdayanti ke hape dekat PICC. hukhukhuk. Isteri dok rumah ... tengok Anugerah Terindah kat TV3 je.

NASI GORENG DAGING BURGER

Assalamualaikum ...


Malam tadi takde idea langsung nak masak apa. Ada nasi putih lebihan bekal hasben untuk lunch dia semalam. Sah-sah kena buat nasi gorengkan? Takkan nak buang ... membazir. Walaupun malam mood untuk menyediakan menu berasaskan nasi macam not good sikitkan. Bila hasben makan nasi dia cepat je nak lolap ... aku kat rumah sendiri memang tak makan nasi la. 

Disebabkan taknak membazir, maka malam tadi aku buat nasi goreng daging burger atas permintaan hasben. Mula nak buat nasi goreng ikan masin je, hasben taknak. Nasi pun ada sepinggan je pun, cukup untuk hasben sorang ... so takdelah rasa leceh sangat nak menggoreng. Nasi goreng daging burger pun ok gak le. Daging burger tu aku guna dua keping dan  hancurkan dulu, kemudian goreng sekali dengan cili boh. Macam nak buat kuah spaghetti tu. Bila cili boh dah masak, masukkkan mix vege then serbuk perasa ... mix vege tu dah masak lembut elok baru masukkan nasi putih, kemudian gorenglah macam biasa.


Ini adalah hasilnya, aku letak la popia sardin 2 ketui kat pinggan tu ... buat cam lauk sket. he he he. Dalam gambaq pinggan ada dua ... tapi sebenarnya sepinggan je pun. Satu ada sudu garfu dan satu lagi takde. Aku plak malam tadi makan popia 2 ketul dengan nescafe o takde gula. Cukuplah tu, nak tidur perut tak boleh kenyang sangat. Hasben aku macam mana pun malam memang kena makan juga. Perut dia jenis tak tahan lapar sangat. Aku risau kalau hasben tak makan kang, tak boleh tidur pulak.

Lepas je dinner dengan nasi goreng daging burger ni, hasben cakap mata dia dah berat. Agak dah, dia dah tak boleh makan nasi malam ... mata cepat sangat ngantuk. So, malam ni aku kena pikir nak masak apa dekat hasben selain nasi. Jenuh juga memikir.

Semalam ada juga bincang dengan hasben, aku bagi idea nak buat cucur atau kuih je memalam. Senang sikit, lagipun perut takkan terasa penuh sangat. Tunggulah aku rajin nak buat kuih frozen ... balik keje je terus goreng. Sonang kojo den! ekekekekek



p/s : sorang makan senang je, kalau dah berfamily nak masak apa pun pikir berjam-jam.

Tuesday, April 15, 2014

TEKANAN

Assalamualaikum ...


Lately, aku agak tertekan sikit dengan kerja-kerja di office. Semua benda nak kena buat. Nak kena settle kerja office dan dalam masa yang sama nak kena arrange time turun site. Turun site adalah part yang agak tak berapa nak rajin. Tapi kena juga turun kadang-kadang. Bukan sekadar tunjuk muka, tapi ada jugalah kerja yang kena buat. Biasalah, dah nama pun kerja makan gaji. Suka tak suka ko kena hadap juga. Kalau tak, siapa nak bayar loan study aku yang belas-belas ribu tu. Itulah dulu taknak study rerajin, kalau tak ... dah boleh bye-bye kat loan tu. Tak perlu bayar kalau CGPA kau bagus! Ini so-so .. suam-suam kuku je, wajiblah bayarkan, name pun hutang! Hutang dibawa mati tau, wajib jelaskan.

Harini baru masuk keje, pepagi dah ada meeting. Kena bambu lagi ... walau tak banyak, tapi tempias jugalah sikit-sikit. Ini semua sebab aku tak boleh nak susun kerja aku seminggu ni. Macam mana nak susun, belum siap dah datang kerja yang baru. Dah tu aku kena kursus lagi. So, dah 2-3 hari tak masuk office. Pastu ada pulak kerja yang lagi urgent nak kena siapkan. Memang agak parah jugalah aku nak kejar itu ini. Aku usaha jugalah macam mana pun siapkan apa yang patut. Nama pun kerja, so aku sentiasa cuba ikhlaskan hati aku. Sebab tu balik rumah aku tak suka sebut soal kerja, nak bawa kerja office lagilah aku tak mahu! Baik dok rumah layan TV dengan hasben je. Borak dan rancang soal masa depan ... lagi bagus!

Dalam keadaan sedikit tertekan dengan tugas-tugas office, ada juga kerja yang rutin aku terlepas pandang. Banyak sangat, jadi adalah silap kat sana sini. Boss dah selalu pesan ... benda ni aku kena hantar awal setiap bulan. Tapi dah masuk minggu ke-3 kot, tak sampai kat meja dia lagi. Walhal semua benda dah siap dalam pc, nak print je pun .... itupun aku tak sempat! Aku pasrah je kalau esok dia nak marah aku. Memang salah aku pun, bukan salah orang lain. Nak buat macam mana ... manusia tak semuanya sempurna walaupun telah berusaha sebaiknya untuk jadi sempurna. Cheeewaaah, ayat baek betul kau nie kan!

Aku harap, esok Allah swt permudahkan urusan aku. Aku janji kali ni je aku lambat ... next month dan seterusnya aku akan mematuhi segala dateline! Fhhuuuuuuuuuuuuuhhhh harap mood  boss esok adalah yang terbaik dari segala yang terbaik. Ameeeen!


[maafkan saya boss, saya yang salah ....]





p/s : Hidup aku mudah, kalau salah ... mengaku je salah. Tak perlulah nak bohong bagai. Nanti yang susah diri sendiri juga.

PEREMPUAN SATU BAKAT

Assalamualaikum ...



Aku rasa, apa yang adik aku tulis ini memang betul ... korang baca dan faham sendiri yek.


Perempuan ada satu bakat yang saya rasa paling menyerlah. Bukan bargain shopping,bukan diet sampai sakit,bukan buat sesuatu sekarang dan reka alasan kemudian,bukan sedapkan hati,bukan hidup dalam penipuan, bukan pendam perasaan, bukan pandang rendah diri sendiri, dan bukan menangis untuk dapat apa yang dia nak.Bakat perempuan yang paling hebat ialah berfikiran jauh.Dari bakat berfikiran jauh ini, barulah bercabang bakat-bakat yang lain. Bakat meramal masa depan lalu kita mesti beli benda murah itu banyak-banyak sebab satu hari nanti kita akan perlu! Bakat membaca minda manusia lalu sebelum hubungan kami gagal,baik aku depressed dari sekarang.Bakat menghidu kejadian pra-buruk lalu sebelum dia disahkan ada penyakit,baik kita bersedih awal-awal supaya kalau jadi betul kita dah kuat. ARGH.‘Elok sangat’ bila kita perempuan berfikiran jauh begini. Memanglah tak dinafikan kadang-kadang ada juga kebaikan,tapi itu kira cerita lain… Perempuan dan bakatnya.
  1. Risau sebelum berlaku.
  1. Sedih sebelum terjadi.
  1. Marah sebelum sah.
Sebagai perempuan yan dicipta unik dan istimewa begini, ada tiga perkara utama yang saya cuba sumbat dalam kepala otak setiap kali bakat-bakat tadi mula ‘menyinar’.
  1.  Kau tak boleh dan tak akan dapat semua yang kau nak.
  1.  Kau dalam kesedihan sebab kau ada kemahuan.Kalau kau kurangkan kemahuanmesti kegembiraan kau bertambah.
  1.  Tuhan lebih tahu apa yang kau perlu dan Dia akan bagi apa yang kau perlu.
Full stop.


p/s : aku suka cara adik aku menulis. buat kepala banyak fikir!

Monday, April 14, 2014

ASAL HUJAN, SUP MENJADI PILIHAN

Assalamualaikum ...



Hasben aku ni jenis pemakan orangnye. Sejak zaman baru kawan-kawan pun memang dah tahu, hasben kuat makan. Bukan setakat hasben, tapi family hasben memang jenis suka sangat makan. Aku pun boleh ter'join' jadi kuat makan. But, selepas dah berkahwin ni ... akulah hamba Allah yang asyik kontrol makan hasben. Kalau dulu, siang malam hasben makan nasi berlauk. Sekarang tidak lagi. Hasben cuma makan nasi seminggu 3-4 kali. Beberapa minggu kebelakangan ni je aku nampak kerap pulak hasben ambil nasi. Haippp ... nak degillah tu! Walaupun agak kerap, kuantiti nasi dah berkurangan. Tak macam dulu lagi, sepinggan baaaak nasi sekali hadap. Siap bertambah lagi! Sekarang ni, potion nasi dah kurang serta tak tambah dah kecuali bila selera hasben tengah meloncak tak tentu pasal .... tambah juga lah, cuma tak selalu!

Macam petang tadi hujan, hujan lebat sangat. Bila hujan je hasben aku pasti request nak makan maggi sup tak pun maggi kari macam selalu. Malangnya stok maggi dah habis kat rumah. Memandangkan stok maggi tak ade, maka kenalah buat menu lain. Tapi mesti berkuah. Katanya hujan-hujan sedap makan sup. Apa sahajalah hasben, janji senang nak masak. Jangan suruh masak nasi malam-malam sudahlah, isteri kalau bab masak nasi kena tunggu weekend je tau. 

Bagus punya isteri, hasben nak makan nasi pun tak kasi. he he he. Ala, hasben aku dah kebal tak makan nasi malam sekarang. Perut dia dah biasa dah setakat 5 bulan ni dan aku harap biarlah macam nie selalu. Aku senang, hasben pun senang juga ... sebab nanti hasben takdelah nak mengeluh perut dia makin tinggi sebab asyik makan nasi je.

Dengan jayanya, dinner kami malam ini adalah bihun sup chicken ball. Pekena pula dengan nescafe jalang tak bergula. Sejuk-sejuk, makan sup minum nescafe jalang panas-panas plak .... uiiih sangat wallah habaq hang! Terangkat kot. Bihun sup tu letak blackpepper and whitepepper bebanyak ... kasi panas, hangat sket!


Nampak sangat macam menu orang bujangkan. Alah, malam tak perlu makan banyak-banyak. Bukan nak buat kerja teruk-teruk pun. Bukan nak angkat batu bata tengah panas terik pun. Nak tidur je pun. Asal larat tarik kain selimut sudahlah. kan kan kan kan. Itu cakap mak aku la dulu -dulu. 

Sekarang ni aku tengah pulun update blog, hasben plak dah siap berdengkur kat katil. Awal plak dia tidur malam ni. Selalunya hasbenlah yang tidur lambat dan aku yang berdengkur awal. Malam ni dah terbalik pulak. Aku rasa dia terkejut kot dengan kesedapan bihun sup aku malam ni, sebab tu tidur awal. Jangan tak tau, sudah makan je terus hasben cakap, "Terima kasih sayang .... sedap bihun sup malam nie!". Seperti sudah sedia maklum, hasben aku sangat susah nak puji masakan aku. Amat susah!! Cuma bila kesedapan tu dah terkena dengan selera hasben, barulah aku dapat pujian itu. Aku pun dah faham, sebab itulah setiap kali lepas makan ... takdelah aku tertunggu pun pujian hasben. Aku suka tengok hasben makan ...

Sekurang-kurangnya kesedapan bihun sup untuk dinner tadi dapatlah ganti balik situasi pagi tadi di mana aku tak mampu masakkan breakfast untuk hasben. Semuanya punca aku terkena ciritbirit yang agak teruk. So, hasben tak breakfast .... tengahari barulah dia lunch sesama ngan aku sebelum pergi klinik.

Okaylah sambung esok. Simpan cerita untuk esok plak. Hari ini dah banyak kali update. he he he. Terlebih rajin plak!




p/s : Bersyukur apa adanya!

SUASANA KAMPUNG ORANG BUKAN KAMPUNG AKU

Assalamualaikum ...


Jalan-jalan ke kampung orang memang menyeronokkan. Melihat suasana kampung, budaya dan adat setempat sebagai satu pengalaman. Inilah kampung yang aku pergi untuk majlis wedding tu. Kampung Sawah Raja, Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Punyalah jauh perjalanan aku dan hasben nak ke sana. Kiranya perut sampai tahap minta makanlah punya jauh. 

Tak perlu nak cerita banyak sangat, mai kita layan suasana kampung melalui gambar yang aku ambil sekeping dua ni. Sorry, gambar tak secun mana sebab kamera aku sekarang kadang-kadang buat hal. Aku cuma sabar ajelah. Untuk beli yang baru ... belum masanya. Selagi boleh guna, mari kita guna sampai lebam!


Suasana kampung yang tak tercemar. Memang mendamaikan. Walaupun jalan masuk dia punyalah kecik, hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja, kena bertoleransilah sikit kalau ada kenderaan datang dari arah bertentangan. Sapa nak beri laluan dulu? Pandai-pandailah angkat tangan yek! Yang bestnya ada banyak pokok buah-buahan kat sini. Ada manggis, rambutan dan pokok durian. Bestnya la hai kalau time aku datang tu memang musim buah. Mahu aku beli dari penduduk kampung! Pastu bawa balik juai kat Putrajaya. Terus aku bergelar tauke buah. he he he he


Hye anak kerbau! Anak-anak, ini adalah seekor kerbau ye. Agak-agak anak-anak zaman sekarang nie kenal tak dengan kerbau?  Macam mana bunyi kerbau? Kot-kot ada yang buat bunyi kerbau macam bunyi lembu pulak. Sah-sah memang salah la tu.  Bunyi kerbau 'uak' ye ... bukan 'mboooo'. Sebab itu orang selalu cakap kerbau menguak dalam kandang. Hobi kerbau memang suka sangat berkubang. Kerbau tak macam lembu yang lebih pembersih. Ntah-ntah kerbau dengan kuda pun tak boleh beza ... budak-budak zaman sekarang semuanya nak kena bawa pergi zoo untuk kenal binatang. Tak macam kita dulu, memang anak kampung, so kebanyakan binatang kita boleh kenal. Kecuali rimau ajelah takde meliar kat kampung. Kalau ada, memang tak keluar la penduduk kampung tu. Dok je dalam rumah. kan kan kan!


Jalan Simpang Kuala Dadeh terletak di Kampung Sawah Raja. Bukan kampung ni jual dadeh tau. Suasana berkampung semasa majlis kahwin tempoh hari. Penduduk kampung ini masih memakai buluh untuk membuat rak mengeringkan pinggan mangkuk serta peralatan memasak. Kat kampung aku memang takde semua ni. Aku tengok depan rumah tuan rumah ni pun ada banyak pokok buluh, so lebih jimatlah dorang pakai buluh ini untuk buat rak berkenaan. Menarikkan? Aku tak rasa semua orang kampung buat macam ni lagi. Pondok yang orang memasak pun dibuat dengan buluh juga, tapi aku tak pula ambil gambar. Sorry, aku lebih sibuk ratah kari daging kerbau yang sedap tuh! Cirit biritlah lepas  tu ... tapi takdelah aku nak salahkan tuan rumah, benda dah nak jadikan. Nak buat macam mana. 


Gambar yang atas tu adalah putik manggis. Dan ini adalah pertama kali aku melihat putik manggis dan berada di bawah pokok manggis. Serius menjakun. Jadi sakai sekejap sebab pestime kan! Selalu makan je buah manggis. Pokok manggis pun aku tak kenal. Sekali, dapat berada di bawah pokok manggis daa. Dan alangkah bagusnya kalau time tu buah dia boleh dipetik. Terus makan di bawah pokok. Bestnye!

Bunga kertas biru pink itu adalah buahtangan dari tuan rumah. Dorang letak potpouri kat bunga tu. Cantik dan kemas betul buatannya. Rajin pengantin d.i.y bunga kertas ni. Kalau aku, jangan haraplah dapat secantik dan sekemas ini. Jari jemari aku kan takdelah sekretip mana pun. Tak semua orang dilahirkan berbakat seni camni. Bakat aku tercampak kat lain. he he he he.

Bestkan jalan-jalan kampung orang. Seronok. Nanti kalau aku pergi mana-mana kampung, aku story lagi. Jalan-jalan memang seronok, nak-nak kalau dapat makan freeeeeeeeeeeeeee! Itu yang best tu. Apapun lepas ni aku akan lebih berhati-hati ketika makan di majlis kahwin atau majlis apa pun untuk elak daripada jadinye keracunan makanan. Malang sikit la tang cirit birit tu. Apapun kari daging kerbau tu memang thorbaaaeeeeek! Terima kasih tuan rumah. 




p/s : Sakit tu kadang tak kira masa, makan tu penyebab aje. Kenalah redha!

KENDURI KAHWIN DAN CIRIT BIRIT

Assalamualaikum ...



Weekend aku suami isteri sentiasa penuh. Amat jarang dapat stay at home bermanja-manjaan. Memang tak dapek leer. Asyik keluar kawasan memanjang. Selalunya kalau tak balik rumah mertua, pasti kena teman hasben untuk urusan kerja dia. Paling kurang balik rumah mertua sebulan dua kali. Dah dokek kan ... konolah balik. Tak pun aku yang kena keje weekend. Itu yang badan aku rasa penat dan lotih. Haiih rumah pun kemas gitu gitu je takde berhias bagai. Sekali pandang cam rumah org bujang pun ada.

Macam weekend baru ni, hari Sabtu aku pi wedding adik kepada kawan hasben. Jauh pulak tu. Dekat Rembau, N. sembilan tak salah aku. Kawasan dia memang kampung betul. Jalan pun boleh masuk ngam ngam satu kete je. Kalau ada kenderaan lain arah bertentangan dah kita kena menyimpang dan berhenti tepi jalan dulu. Cuma suasana kampung tu yang mendamaikan. Syiiiooook!

Menu wedding ayam masak lomak cili api, kari daging kobau dan sup sayur suhun serta fuchuk. Kari daging kobau dia sedap. Daging pun fresh. Yolah, somboleh kobau sekor ... dah tu orang kampung lak masak. Dari niat hati taknak makan nasi ... ambik juga sejomput. Apapun lebih ratah lauk pauk la. Nasi tu buat alas poghut jo, dah perjalanan jauh bonar! Poie lapa balik pun lapa.

Tapi malangnye, kerana majlis kahwin tu ... aku dan hasben kena cirit birit. Hasben takdelah teruk sangat. Yang paling teruk aku. Hazabnye la hai. Tak tahulah sebab makanan daj tercemar atau sebab air sirap tu guna air paip. Belas-belas kali aku ulang pi toilet semalam. Sampai lembik satu badan. Malamnye tu aku tak boleh tidor. Asyik ulang alik bawa diri ke toilet. Hasben aku nak tido pun tak sonang. Yolah, orang rumah dia setiap jam akan terjaga je. Mata mula nak lelap ... dah merengek sakit. Rasa memulas je terus berdesup pi cari toilet. Pagi Ahad tu, aku tidur setengah hari. Cover tidur, sebab semalaman aku tak tidur. Hasben pulak sakit dia kejap-kejap je, takdelah seteruk aku. Dia pun ulang alik toilet juga, cuma tak kritikal. Aku ni sampai berry pun dah takde apa yang keluar. Tinggal air je. Badan dah jadi lembik. Petang Ahad tu, hasben aku pi beli 100plus, bagi aku bertenaga sket. 

Makan sedap. Tapi tang sakit tuh rasa mak aih ... azab bebenor! Sudahnya hari ini hasben bawa aku pi klinik. Dapatlah MC sehari. Doktor tu pun gelakkan aku sebab aku cerita kat dia, "Semalam dah 15 kali saya ulang alik toilet, pagi ni je 4 kali!".  Takdenya aku buat muke kesian nak minta MC, dah memang sakit. Aku terus cakap yang hari ini aku dah tak berdaya nak pergi kerja. Dapatlah sehari MC. Tengahari tadi dah makan ubat. Skang baru bermaya bangun, relaks-relaks, layan tv dan apalagi ... hasben keje, meh kita update blog sat. he he he 

(Hasben aku cukup tak suke aku edit gambar combine camni. Dia suke kalau aku edit sesatu. Lotih makcik!)




Hasben aku asyik cakap, " dah susut badan sayang ...!". Lawak ke der?





p/s : Baru 24jam cirit birit aku dah rasa badan dah susut sket. Kalau hari2 bolehlah kurus ... kah kah kah! Kurus dengan cara yang menyeksakan.

KARIPAP GERGASI KUALA SELANGOR

Assalamualaikum ....


Mari kita jalan-jalan ke Kuala Selangor! Aku bukan saja-saja jalan sini, tapi cuma singgah je sebelum sampai ke destinasi sebenar. Destinasi sebenar dirahsiakan. Tunggu entry akan datang. keh keh keh. Poyo sungguh! Sebelum kita ke destinasi sebenar, marilah kita tinjau apa yang di Kuala Selangor nie. Actually, ini kali kedua aku sampai dan singgah sini. Aku suka suasana kat sini. Kampung, aman, tenang ... banyak kedai makan. Itu yang penting. Sambil jalan-jalan kita cari makan. 

Aku pernah sampai ke Kuala Selangor lebih kurang 4 tahun lepas. dalam tahun 2010. Pernah up entry jalan-jalan ke Kota Melawati. Sebenarnya bukan Kota Melawati tapi Bukit Melawati. Masa tu pi Bukit Melawati pun sebab kebetulan nak tukar tayar kereta dekat Kapar, Klang. Alang-alang dah sampai, maka teruskanlah jenjalan. Time tu masih kawan-kawan lagi dengan hasben. huhuhu. Dan masa tu juga aku masih guna url blog yang panjang. secretwordfromheart.blogspot.com! hah, omputih sangat! Walhal bahasa inggeris pun tunggang langgang.

Kali ini, aku dan hasben cuma singgah je dekat Kuala Selangor. Tapi tak ikut Klang pun. Kalau ikut kan rasa jauh bebenor jalannye. Perabih minyak kereta je. So, kitaorang dari Putrajaya, masuk highway elite then masuk pulak highway LEKAS pastu LATAR! Lepas LATAR, masuklah jalan kampung yang biasa-biasa je tapi takdelah teruk sangat pun.

Sebelum melaui Kuala Selangor ni, aku ada terbaca satu blog. Blogger ni dah pergi Kuala Selangor dan makan karipap gergasi. Haih, apa lagi terus aku roger dekat hasben, "nanti kita lalu Kuala Selangor, sayang nak makan karipap gergasi!". Hasben aku on je manjang kalau bab makan. Tolak kayu dengan batu je. Tapi kalau menu western dia memang tolak juga walau ia bukan kayu dan batu! Tak dapatlah isteri nak merengek minta makan western food selalu sebab hasben tak suke sangat. Dia tekak kampung pure neh!

Akhirnya apa yang dihajat-hajatkan telah ada depan mata. Karipap gergasi yang dicanang-canangkan oleh para blogger. Aku pun tak nak terlepas untuk up entry pasal karipap ni. Harga dia RM3.50 seketui. Sedap ke? Betul ke sedap? Mai kita test dulu ... best ke idok?


Gerai tepi jalan je pun. Untuk makluman korang, gerai karipap ini ada dua ye, satu sebelah kanan jalan dan satu lagi kiri jalan ... tapi lokasi jauh sikit je beberapa kilometer. So, kenderaan yang menghala ke LATAR pun boleh singgah dan baru keluar dari LATAR pun boleh singgah. Tak sibuk nak lintas jalan ye. 


Karipap panas-panas yang baru diangkat. Besaq-besaq habaq hang. Padanlah dipanggil karipap gergasi. Besar sangat. Geram pulak tengok. Ini pakai acuan ke ... memang hentak pakai tangan je neh?


Aku rasa tempat letak karipap gergasi tu tak sempat penuh pun. Mesti orang asyik singgah je. Kakak dan abang ni jual karipap gergasi ayam dan daging serta air teh bunga yang sedap. Karipapnye sedap ke tidak?


Karipap gergasi ni SEDAP! Terutama karipap gergasi ayam. Bukanlah dia letak ayam gergasi dalam tu ... tapi inti dia ada ayam yang ketul besar bersama kentang. Kulit dia gebu. Nak-nak makan panas-panas. Karipap gergasi daging ... sedap juga cuma tak bestnye daging dia sikit tak macam yang ayam tu. Hari tu korang toksah la dok tanya pasai diet atkins aku. Dah pekena karipap gergasi, apa kekdahnye nak diet atkins lagi kan. Ko melantaklah cik puan. Yang gemuk pun ko juga ... kang hasben ko start menceceh ko gemuk nanti ko diet balik yek! he he he he


Karipap gergasi punya pasal ... nafsu terus tak tertahan. Maafkan saya .... ha ha ha ha



p/s : asal start diet je ... ada je dugaan depan mata! 

Saturday, April 12, 2014

REVIEW BEST WESTERN MARINA ISLAND PANGKOR

Assalamualaikum ...


Mari kita review hotel. Seronok kalau bercerita pasal hotel ni, nak-nak kalau hari-hari dapat dok hotel. Macam pak hang jutawan ka nak sibuk dok hotel hari-hari! Seminggu lepas, kita dan suami kita (echeeeh) pergi menginap di Lumut, Perak. Bukan sesaje jenjalan tapi pergi atas urusan pejabat. Sukelah dapat pergi, kira honeymoon sekali. Hotel takyah bayar, semua office tanggung. Bak kata makan tanggung berak cangkung. Eh, kan dan ada berak tandas duduk ke? he he he statement geli geleman neh. 

Uihs, aku suke bebenor kalau dapat pergi Lumut nie. Bukan apa ... seronok sebab kedamaian dia. Nampak laut. Nampak ikan bilis gred A ... ikan bilis mata biru yang memanggil aku untuk suruh beli. Bab berjalan memang sangat seronok. Yelah, sambil tengok tempat orang sambil perabih duit laki hang sekali. Bestkan? Takdelah, kongsi-kongsi duit. he he he. Kalau wallet aku kering, aku meraba juga wallet hasben. Perempuan kalau pergi jenjalan kalau tak membeli tak sah aku rasa. Tak cukup lengkap trip berkenaan. Macam lelaki jalan pergi mana-mana trip, makan je penting ... pastu rokok! Nasib baik hasben achik ko ni tak merokok. Selamat la di situ!

Masa ke Lumut itu hari, aku dan hasben menginap di Best Western Marina Island Resort Pangkor. BFF aku suruh review pasai hotel ni, so aku gagahkan jua menaip demi dia. Baikkan aku neh. he he he. 


Hotel Best Western ni terletak di Pulau Marina. Pulau baru yang terdapat di lumut. Lebih kurang konsep apartmentlah. Kawasan dia biasa-biasa je. Tapi ada juga yang menarik di sini. Apa yang menarik?


Bilik dia agak menarik bagi aku. Luas, bersih ... mengadap laut lagi. Aku dapat bilik yang ada satu bilik. Kiranya dalam bilik ada bilik camru. Dekat ruang tamu dia ada 2 single bed. Dan dalam bilik ada 1 single bed. Aircond memang takde masalah. Sejuk gedi je manjang. Best-best. Nasib baik ada hasben, syok je tidur berpelukan ... sampai ada satu hari tu tak sedar dah pagi. Bagus sangatkan kitaorang neh! Hanyut je manjang kalau tido dalam aircond.


Ada sinki macam dapur biasa la. Korang nak masak pun boleh aku rasa neh. Tapi bawalah rice cooker sendiri yek. Kat sini dia cuma sediakan kettle je. Dengan 2 mug. TV pulak, yang style katak besar tuh. LCD non hado. Ok je aku, dari takdekan. Ada TV pun bukan aku boleh control channel pun. Semua hasben achik yang kontrol. Pasrah hokey! Nasib baiklah line wifi kat sini tip top kau! Memang bersedup laju. Takdenye buffer-buffer. Laju je aku update blog aritu.


Pemandangan kat luar biasa-biasa je. Dapat tengok bot. Dapat tengok laut. Seronok juga. Hotel ni sesuai kalau bawa family, sebab room dia luas kot. Boleh main kejar-kejar. Cuma aku je tak sempat nak berkejar dengan hasben. ekekekeke. nak juga tu!


Dalam best-bestnye room Best Western tapi ada juga yang tak best. Nanti aku share apa yang tak best tu. Kemudian yek. Aku nak siap-siap pergi weedding member hasben sat. Hari minggu je memang tak dok rumah. Asyik keluar je .... ponek dah den nie! Lotih bonar asyik dok jalan sana sini.




p/s : Benda free orang kata semua best, tapi kadang ada juga yang tak best. ekekekekeke

MENU DIET ATKINS UNTUK SEMINGGU

Assalamualaikum ...


Bersama ini aku kongsikan menu diet atkins untuk seminggu. Cheewah ayat macam dalam surat rasmi je kan. Uweeek! Pulun dok share menu la, tips atkins la ... tapi aku sendiri tak dapat nak follow 100%! Huh, apa pun tak boleh. Sabar ajelahkan ... Takpe, bak kata hasben aku, pelan-pelan kayuh sayang. Nanti akan kembali juga ke berat asal dengan usaha dan disiplin  yang jitu dan mantooop!!


Menu ni aku dapat dari group atkins dekat facebook. Kalau korang ni jenis rajin mengoogle, pastinya korang akan terjumpa 3-4 macam page berkaitan atkins. Silalah join bagi yang berminat. Yang tak berminat tu, cukuplah sekadar membaca sebagai knowledge sahaja. Macam aku dululah, bertahun dok baca pasal atkins, haram nak cuba. Tetapi entah kenapa tahun 2012 tu tergerak hati nak cuba. Jujur cakap diet nie memang berkesan untuk turunkan berat badan. 

Ada jugalah kesan sampingan dari diet atkins ni! Nak tahu apa dia? Kalau korang dok pulun sangat diet atkins nie, kesan sampingan dia adalah ............... kurus dalam tempoh yang sekejap! Sebulan pun boleh turun 10kg dengan syarat kena follow betul-betul segala peraturan. Pasti tak menyesal punya. Yang menyesal orang macam aku, dah turun sampai 12kg lepas tu pi stop pulak atkins. So, berat naik berkilo-kilolah balik. 

Sekarang ni, ada orang cakap dekat aku gemuk walau sibuk taknak makan itu ini. Eh, aku gemuk kau pulak terasa beratnye. Baru sehari-dua kot cuba kembali berdiet takkan terus kurus kot. Agak-agaklah kan! Tapi takpe, aku memang suka orang cakap macam tu. Cakap-cakap negetif manusia ini adalah satu cabaran buat aku. Wajib rasa tercabar. Kalau tak tercabar lemak susah nak terbakar nanti. he he he.

Buat rakan alam maya yang beratkins, selamat meneruskan diet atkins anda dengan cemerlang dan jayanya! Usaha tangga kejayaan.



p/s : Aku tahu, aku pasti boleh kembali kepada atkins!