Alhamdulillah, aku nak share kegembiraan setelah sekian lama blogging. Nuffnang bagi aku BE untuk November. Walau hanya satu BE ia berbaloi. BE aku yang terakhir telah jadi meter earning, Maxis Football Hot Ticket. Sekarang hanya ada satu BE dari Maybelline Fashion Week 2011. Harap-harap BE ini bergoyang lama di blog aku seperti BE sebelum ini. Hampir 2 bulan jugaklah. Suke! Pendapatan BE aku memang tak selumayan mana, but Alhamdulillah ia berbaloi bagi blogger tenggelam timbul macam aku.
Bila korang dapat BE, sila rajin update blog ye! |
Sorry, pagi-pagi dah cerita pasal BE. Bila gembira, kena share sesama. BE nie datang pun sebab korang juga rajin berkunjung kat sini dan upkan traffic kat blog nie. Terima kasih untuk korang juga. Cuma aku entah bila nak cash out earning aku tuh, rasa tak sabar dan dalam masa yang sama macam sayang pulak! Hati lebih kuat nak kumpulkan earning tu banyak-banyak, then baru cash out!
Sekarang aku tengah terfikir, adakah aku mampu beli DSLR dengan hanya mengumpul duit blogging semata2? Berapa banyak aku akan dapat dan bila impian aku memiliki DSLR itu akan tercapai ... setahun lagi, 2 tahun lagi????
Aku share semua ini hanya untuk beri semangat kepada blogger baru macam aku juga, sila terus menulis dengan niat hati yang ikhlas, pendapatan dari blog hanya satu bonus kerana kerajinan anda!
CK : Usaha tangga kejayaan!
bagus kak.. pasni dpt lebey lg.. bolehla beli dslr..hehe..
ReplyDeleteTIna > hehehe akk tgh gigih nie
ReplyDeletewah..tahniah ea!!
ReplyDeletenuyui > tq
ReplyDelete