Saturday, June 9, 2012

BUKAN CHEF PUN NAK MASAK JUGA!

Assalamualaikum ...





AFC Channel ... TLC ... Masterfchef ... semua yang kena bab masak memasak, aku layan baeeeek punya! Tadi, syoook layan masterchef ... syoook tengok Dato' Dr. Fazley masak. *aku suka sgt dia, lelaki paling matang and cool dlm rancangan nie.*


Dalam masa yang sama aku menyampah dengan Azwan Ali punya style dalam Masterchef. Ermmmmm dulu masa dia jadi pengacara Muzik-Muzik *masa tu aku sekolah menengah lagi* aku tengok mamat nie tulen je sebagai lelaki. Sekarang nie ... aku tak sure kenapa dia berubah sampai macam tu! Kenapa yek?? Abaikanlah, hidup dia ... asal dia bahagia!!


Sonok-sonok layan masterchef, perut aku memang lapaq terlampau. Hari nie aku cuma breakfast 2 ketul daging burger kukus n grill dan lunch pun benda yang sama juga! Habis kerja kul 6pm, sampai rumah layan tv, mandi dan solat maghrib. Time nak layan Masterchef tu lah perut aku lapaqlah sangat.


Apa lagi terus masuk dapuq. Walau bukan masterchef, tapi perut sendiri tetap nak makan. Walau pun bujang tak bermakna aku kena makan dekat kedai. Aku lebih selera kot kalau masak sendiri. Sendiri masak sendiri makan he he he .... Mood memasak memang menular terlampau kerana perut berkeroncong sangat sangat tadi! *dalam sedih pun perut tetap minta makan terlampau .... takdo sms pun "jangan lupa makan ya!"*. Sedih tapi selera makan tetap ada :=)


Dah setengah jam kat dapuq dan aku bajet macam masterchef sedangkan bukan, terhasillah SUP TOMYAM AYAM SAYURAN! Rasa dia seakan-akan sup dan masam sket seakan tomyam. Entah dari mana ntah datang idea nie.




Aku sorang je memang semangkuk besar nie habis. Dengan ayam 4 ketul!! Memang Alhamdulillah kenyang sangat. Bila dah kenyang mata mula rasa nak lolaaaap je. Nape eh, kalau lepas makan sure ngantuk??  Kalau disorongkan bantal nie, sure dah mimpi belayar di Laut China Selatan dah nie.



Oklah aku nak sambung layan TV, 1st time nk layan rancangan On AIR .... best ke rancangan nie????





CK : Hari nie hp menyepi .... rosak ke????

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!