Hari tu aku tayang gambaq je dekat entry di sini <----, hari ini aku tayang gambar sekali dengan recipenye. Bukan nk suruh korang tengok je, tapi cuba resepi nie. Memang aku rekemen dekat korang! Recipe nie memang sedap dan aku berhasrat nak buat lagi sekali. Nak buat lebih kot kot leh hantar dekat anak buah aku. Kari ayam kering nie kalau makan dengan nasi impit mesti sedap rasanya nie.
Aku cilok recipe kari ayam kering dari dapur Madihaa, dan Madihaa pula ambil dari dapur Rahel! Kita saling mencuba, tapi kalau korang cuba recipe nie memang tak rugi. Sedapnye menjilat jarilah! Nak masak pun senang je. Terima kasih Madihaa dan terima kasih juga dekat Rahel sebab share recipe yang best nie.
Saje letak minyak lebih ... nk kasi tahan lama. Minyak tu takde plak aku hirup .... hiasan je kot. hehehe |
Tengok gambar je tak best. Meh la kita layan recipenya pula. Aku ikut sebiji cara Madihaa masak. Cuma part perapan ayam tu aku perap semalaman juga. Sebab aku sibuk so, malam tu aku dah perap ... bangun pagi baru aku masak. Madihaa, "saya copy resepi yeeee .... halal yeee!"
RESEPI : KARI AYAM KERING
BUKAN CHEF : CIK KAMOO
Bahan-bahan:
1
ekor, kira-kira 1 kg ayam
2 sudu
teh garam
100ml
minyak masak
250ml
santan daripada 1 biji kelapa parut
Jus lemon
dari 1 biji lemon (MaDiHaA kurangkan)
2 sudu besar rempah kari ayam (MaDiHaA tambah)
2 cawan air (MaDiHaA tambah)
Bahan-bahan
kisar:
10
tangkai cili merah
10
tangkai cili kering,direndam
15 ulas
bawang merah,dikupas
8 ulas
bawang putih,dikupas
2.5 cm
kunyit,dikupas
Cara:
1.Potong
ayam kecil-kecil dan perasakan dengan bahan-bahan yang dikisar dan garam. (MaDiHaA perap dengan separuh sahaja bahan kisar) Perapkan selama 3 jam.
2.Panaskan
minyak masak didalam kuali dan goreng ayam yang diperasakan sehingga
perang. (MaDiHaA angkat ayam & ketepikan dahulu)
3.Campurkan
pati santan dan renihkan di atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala
sehingga ayam empuk dan kuah pekat. (MaDiHaA
tumiskan lebihan bahan kisar tadi termasuk lebihan bahan kisar yang
digunakan untuk memerap ayam di dalam kuali/minyak yang sama untuk
menggoreng ayam sehingga berbau harum & agak garing. Kemudian
tambahkah serbuk kari & biar seketika. Kemudian baru dicampurkan
ayam yang digoreng tadi, santan & air. Masak hingga pekat sambil
dikacau sekali sekala)
4.Sebelum
diangkat, bubuh jus lemon & garam secukup rasa.
*Rahel
campurkan sedikit bahan perapan dan kunyit ke dalam santan.
Sedap sangat! Memang menjilat jari ... lagi sedap bila dipanaskan sampai 2-3 kali. Memang nyummm nyummm sungguh. Aku sorang je berketul-ketul habis, sebab aku bantai makan ayam je. Pastu bawa bekal kasi si teman sekali. Aku plan raya nie macam nak buat je kari ayam kering nie ... wat cicah dengan nasi impit, tak pun ketupat palas. Two thumbs up la!!!
#ini antara recipe yang paling sedap aku pernah cuba! syukur sangat sbb ada blogger masakan nie ... terhutang budi pada mereka. dari tak tahu langsung .... skang dah tahu masak menu yang tak pernah masak sebelum nie. Thanks buat semua bloggers masakan. Love laaaaaaaaaaaaaaaa!!!
CK : Orang utara kalau tak makan kari ... memang tak sah aku rasa! Tul tak??
Assalammualaikum Cik Kamoo, first time akak komen di sini, sb baru follow..hehe..
ReplyDeleteBetul tu CK, org utara wajib ada kari, org Johor dgn asam pedasnya...
Akk ltk link kt blog ye.
@~~zana@pb~~ W'salam ... terima kasih zana sebb datang kat blog saya dan sudi komen juga. Terima kasih letak link blog saya dekat blog awak... :=)
ReplyDeleteruginya dtg ke entri ni....
ReplyDeletemalang menimpa hari ini, pi kedai utk makan tgh hari lauk habis, pi ke kedai makan ke 2 pun sama
pi kedai ke 3 juga sama...sebelum terpaksa berlapar ada baiknya dapat sedikit makanan.
menu hari ini, nescafe o ais bersama nasi putih , sedikit sayur pucuk dan kuah-kuah cis....!!!
Alhumdulillah dapat juga makan
@Telor Power uits...jgnlah ckp malang ... dapat juga makankan tadi. hu hu, nanti belajaq masak la. tak yah dok makan dekat kedai tu ...
ReplyDeletemasak mmg reti...kalau kari, gulai dan pajri tu senang je...rendang suma. cuma dah malas.. pasal member2 tak membantu dan terasa jadi mcm amah...so ada baik makan di warung saja. baru adil
ReplyDelete