Gara-gara aku asyik up entry pasai jalan, order dan makan 2-3arini. Telor Power yang rajin datang dan komen kek blog den nie dah cakap aku macam tak berdiet. he he he! "Dik ... akak masih lagi meneruskan diet atkins, cuma target je belum sampai lagi!".
Sebelum disalahfaham lebih jauh ... he he he, macam bagus jer ayat camtu, aku nak habaq la ... entry makan-makan kebanyakannya semasa aku belum serius diet. Dan entry pasai makan-makan tu pun sepatutnya aku update awal dulu, tapi memandangkan kekangan masa (cheeeewah!) terus gambar-gambar tu jadi pekasam. Kalau tak salah aku la, memang banyak pic dalam HD, tapi bila dah belek-belek ada yang aku dah lupa cerita. Tu yang jadi malas nak update.
Bila ingat balik ceritanya dan ada semangat nak update, tu yang naik semua entry pasai makan-makan. Menu plak bukan menu diet. ha ha ha garu kepalalah sat, telan ayaq liuq sambil update entry makan-makan. But Alhamdulillah ... dah masuk bulan ke-3 diet nie, aku masih lagi kuatlah. Cuma aritu aku kena pi luar kawasan, ada jugalah benda pantang makan aku pi makan. Cumanya aku belum makan nasi, bihun, mee dan yang sekawannya. Kalau aku amek pun macam benda sambal or sup yang sukar dikenalpasti kadar karbo dalam rempah je. So, kira halallah ye untuk atkins. Statik jugalah berat aku seminggu!!
Sekarang nie, target terdekat aku adalah untuk capai 55kg sebelum hujung bulan June nie. Sekarang berat aku baru 57.5. Taktaulah macam mana nak usaha lagi. Makan dah cukup berjagalah. Aku cuma usaha yang termampu dan tak menyeksakan kesihatan diri sendiri. Target nak capai 48kg memang jauh lagi .... but usaha tetap usaha! Tak mau kalah tuuuuuu :=)
So, kalau korang tengok entry makan-makan aku yang menunya bukan menu atkins .... maknanya semua tu edisi makan-makan sebelum aku serius nak diet. Jangan cakap aku tak diet weeeeh, loooomah semangat den nanti. Turun 7kg pun den dah rasa ...."umaaaang aaaaai .... lama benor amek masa, dokek 2 bulan ar!! orang laen yg wat atkins, kojap eeeh capai target!".
pssssssssssssssssttttt DOAKAN AKU KUAT SEMANGAT DAN BERJAYA YE!!! HU HU
CK : Mata tak mau pejamlah pulak ...
Tahniah....kerana tidak abaikan amalan berdiet tu...bukan nantitak sampai pula target tu hehehehe.....
ReplyDeletesebenarnya saja jer cakap begitu pasal entri2 makanan tu sungguh mengiurkan
mai pn dlm tempoh berdiet ni...;)
ReplyDeleteamin insyaAllah heee
ReplyDeletenak diet mmg kena kuat semangat...tapi aku tau ko mesti boleh punya!! caiyok!!
ReplyDelete@Telor Power akk pun kecur takut tak sampai target...tp kena usaha la, ada tempoh 6 bulan lagi nie....
ReplyDelete@Mysara Ab Rahman Good luck Mai, semoga kita sesama berjaya ye....teruskan usaha
ReplyDelete@Bulan Syurga Firdausi Insya Allah juga!
ReplyDelete@wahida tgh usaha nie wahida...harap2 bolehlah! semangat jitu dari korang nie...
ReplyDeleteBiasalah berat mendatar sekejap lepas beberapa minggu berdiet. Memang macam nak tergive-up je rasanya. Kekalkan semangat... Insya Allah akan berjaya...
ReplyDeleteAkak ni pun veteren bab-bab berdiet ni. Asal pregnent naik sampai 18kg... Segala cara nak kurus badan dah try... hehehe.. So I feel you Cik Kamoo...