Sunday, June 24, 2012

SIT UP SAMPAI LEMBIK!

Assalamualaikum ...




Semalam, sebelum si teman balik kampung .... ajak dia temankan aku pergi Carrefour dekat Taman Puchong Utama. Rasanya Carrefour nie baru buka kot. Barang-barang kat sana cam best-best je tengok terutama barangan elektrik .... nampak baru! Actually, aku dah datang survey dah Carrefour Puchong nie masa balik dari makan kaw kaw burger aritu. Tengok sini <---- So, bila dah survery sebelum tu mesti dah ada  barang yang aku aim sebenarnya. But masa tu aku diamkan je lagi. Simpan dalam hati ... hu hu


Niat hati aku sebenarnya nak beli dumbell. Dumbell yang kat rumah tu ringan sangat dah rasanye. Susut juga kot berat dia sama macam aku nie ... he he he. Masa aku pergi aritu, dumbell 3kg sepasang RM39.90 kot. Aku tak tahu time tu promosi. Bila pergi semalam ... harga dah kembali kepada asal RM79.00 kot rasanye. Adehhh belum gaji lagi. Simpan balik hasrat nak beli dumbell baru. hu hu


Sudahnye aku nampak exercise mat! Terus timbul nafsu nak beli dan gantikan yang lama. Yang dulu tu bukan exercise mat pun, tapi digunakan untuk tidur masa camping. Masa beli dulu cuma RM10 je pun. 




Mat yang lama. sakit belakang juga kalau buat sit up. Nampak pun dah lusuh tapi boleh digunakan lagi. Tu dumbell yang aku nak ganti cuma belum rezeki. Mat aku dah compang camping ... hu hu dah tak cun. Aku rasa keputusan yang tepat jugalah ... tak dapat dumbell baru, aku gantikan dengan exercise mat baru. ye dak? he he he ... nak juga membeli tu!!




Exercise mat baru!! Harga RM39.00. Ini baru betul exercise mat ... siap ada gambar contoh senaman lagi. Tuh yang best. Cumanya setakat ini aku masih follow Jillian Michaels. Pagi tadi sempat juga aku sit up 50x. Dan buat senaman kaki lebih kurang 30minit. Target skang nak leperkan perut dulu. So, aku akan usahakan buat sit up sampai lembik setiap pagi. Nak perut cam dulu balik.


Lemak degil banyak kat perut nie, tu yang giler sangat nak sit up. Target setiap pagi boleh buat 100 ke 200 kali sit up. Lepas tu up pelan-pelan sampai 500 kali sehari. Dulu dah pernah buat, takkan sekarang tak bolehkan?? Usahalah sampai jaya ... sampai rasa selesa giler pakai kebaya lama aku tu!! Azam nie ....


Walaupun aku belum sampai kepada target berat yang aku inginkan ... aku rasa bangga dalam tempoh 2 bulan dapat turunkan 8kg! Tak pernah pun aku terfikir semua nie ... jadi aku ada lebih kurang 10kg untuk bakar lemak-lemak degil terutama dekat perut dan lengan. Cumanya berat aku statik beberapa minggu nie. Sedih juga ... cuma rasa syiok inch tetap kurang walau tak banyak. 


Nak buat sebarang perubahan dalam hidup nie kena ada tekad dan kesungguhan ... baru berjaya! Ini target untuk turunkan berat badan. Lepas nie aku ada target lain pula. Nak improve skills lain pulak.


Doakan aku berjaya ye!!




CK : Terima kasih kepada mereka yg memberikan semangat tanpa henti buat aku dan dalam masa yang sama terima kasih kepada sorang hamba Allah nie yang keji dan laharkan usaha baik aku nk turunkan berat badan. Tq so much!!

3 comments:

  1. Mana nak beli exercise mat tu? Saya dah lama cari yg jenis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yng ni dulu saya beli kat carrefour...skang ni dah tukar jadi AEON BIg

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!