Sunday, June 10, 2012

KERANA SEBATANG SKRU!!

Assalamualaikum ....






Kejadian sehari sebelum berada di luar kawasan .... 


Petang tu aku beriya-riya nak balik awal dari kerja dengan si teman. Nak balik masak untuk berbuka puasa. Tapi bila dah semangat naik kereta, aku rasa kereta tu lain macam pulak ... siap ada bunyi bagai. Apahal?? Terus park sebelah and turun ...


Nak dijadikan cerita, kereta pun dah masuk 5 tahun. Bila dah 5 tahun aku rasa macam-macam hal dah kereta nie. Minta dimanja lebihlah tu ... manja dengan duweeeet! hu hu. Ada 4 tahun lagi nak habis bayar, pleaselah jangan wat hal ye sayang ku mybeeeee!!



Inilah yang berlaku pada hari berkenaan ... tak pernah-pernah berlaku. Sekali diuji macam ini, aku jadi cuak. *takdelah cuak mana sebab si teman ada ... he he he*. So, aku dengan dia pun pulun tukar tayaq spare yang ada. Dan dari pengalaman ini, aku rasa bersyukur benda nie jadi. At least bila terjadi di kemudian hari mungkin kudrat aku mampu untuk menukarnya sendiri. Insya Allah!!


Untuk para wanita yang mempunyai kenderaan sendiri, selalu-selalulah check angin dekat tayar kereta anda dan bawa perkakasan yang cukup untuk tukaq tayar jika berlaku kecemasan! Nasib baik perkakasan aku cukup, yang tak cukup cuma angin tu. ha ha ha, sekali kena sound ngan si teman. Erghhhh rasanya setiap kali servis dekat Perodua aku suruh depa check, tapi hampeh plak Perodua nie. Mentang2 aku pompuan, halai balai je servis kereta aku. Mangkuk ah!! *marah*



Inilah punca tayar kereta aku bocor!! Skru sebatang nie menusuk tayar kereta aku. Bukan main tajam ... panjang plak tu! Entah manalah skru nie datang. Mesti masa aku baru balik dari bank pergi bayar duit kete si teman. Aishhhh walau aku mengeluh juga time tu, sesak beb!!


Terima kasih skru! huk huk huk

 

 Petang tu juga terus pergi kedai tayar, itupun dah dekat Maghrib ... ingat mahallah nak baiki. Upernya RM6.00 je pun, pasang cacing rasanya. Eh! aku tak tengok apa yang dia buat. Si teman yang settlekan semua. Siap bayar sekali. Terima kasih dear .... ! 


Sekarang nie aku nak kena pikir untuk tukar absorber ... nak tukar clutch kete lagi. Mak aih banyak tu nak pakai duit. Bila dah pakai kereta nie, banyak bendalah nak kena fikir bila kereta pun dah 5 tahun kan ... macam-macam dah diminta oleh si mybee nie. Accident aritu pun aku lom baiki kemek dia, walau sket tapi cam tak cunlah.


Kenalah kumpul duit pelan-pelan untuk servis baeeeeeek kete kesayangan aku nie. Nak pakai lama, so kena jaga bebaik. Dulu masa nak beli kete nie, 5 tahun aku kumpul duit. Itupun suruh ayah simpan duit, kalau aku yang simpan duit tu ... tak merasa kot pakai kereta koyak plastik! Harap kereta second ajelah! he he he



Adik-adik yang baru habis study dan dah start keje tu, berdikit-dikitlah kumpul duit beli kereta. Kalau downpayment tinggi bayar bulan rendah sket!! So, senang hati. :=)







CK : Seronok kalau beli barang pakai duit sendiri hasil usaha. Baru puas hati. Lepas nie nak kumpul duit beli rumah pulak. Tengah survey rumah tapi lom ada yang sesuai dengan bajet.

3 comments:

  1. 6 ringgit je pun

    hehehe benda yang kita tak boleh duga

    ReplyDelete
  2. @Telor Power hahah itulah, akak ingat mahal lah. risau pun ada tau. maklum ppuan nie bukan tau sangat pasai kereta

    ReplyDelete
  3. akak..sy suka smua gmbr2 yg akk ambik..nmpk cntik..tu sbb skill akk atau sbb kmera yg akk pki tu??hehehe..apa2 pun sy suka gak tngkp2 gmbr ni :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!