Korang dah sarapan ke?? Kalau belum, meh aku menaikkan nafsu korang untuk menatap nasi lemak tapak sulaiman! Huuu macam pelik je kan nama nie. Tapak Sulaiman tu nama kedai makan yang aku maksudkan. Aku pun 1st time datang sini. Orang kata makan dekat kedai Tapak Sulaiman nie ... paling sedap makan tengahari. Tapi kena call untuk booking dulu sebelum datang ya! Dikhabarkan ia sentiasa penuh. Keadaan kedai makan seperti kat bawah nie .... bukan aku yang amik gambar, aku google je. Aritu tak sempat amek gambarlah.
Keadaan kedai makan berkenaan ... kedai kampung je. Tapi menu boleh tahan terbaik. Sumber gambar dari sini <--- |
Lokasi Kedai Makan Tapak Sulaiman ni berdekatakan dengan Putrajaya, dekat area-area Kampung Limau Manis. Memang kampung betul! Best tau lepak sini, cuma keadaan kedai makan dia tak seselesa seperti yang diharapkan but suasana kampung boleh dikatakan menarik lah jugak. Ngomel panjang tak bestlahkan kalau tak tunjuk nasi lemak tapak sulaiman dan juga roti sardin kat sini. Si MB cakap, abang and adik dia kata ... roti sardin kat sini memang sedap!! Sedap ke???
Nasi lemak tapak sulaiman berkenaan! Tengok tuh meleleh telur kuning ke tepi pinggan .... sluuuuurrrrp!! Aku diet ... walaupun mood masa tu nak pelahap je sepinggan nasi lemak. Alhamdulillah aku dapat control nafsu. Sebagai penreview makanan, aku kena juga rasa ye. he he he he. Aku rasa 2 sudu je ... cukuplah tu kan. Nasi lemak dia biasa-biasa je, terlebih lembik sket. Yang sedapnya adalah sambal ikan bilis tu. Pure kampunglah!!! Sodap.
Close up sket!! Yang tak tahan tang telur kuning meleleh tu. Menjilat hokeh! Ini nasi lemak si MB. Aku order telur mata yang goyang-goyang sket dengan sambal. Itu je ... lain-lain semua aku setakat rasa je. Nasib baik sangat iman aku kuat untuk kontrol nafsu makan, kalau tak memang hancur diet aku!! Itupun dah kira out juga atkins kalau dok merasa camtu ... hu hu !! Seterusnya kita layan roti sardin yang sering diperkatakan ...
Roti sardin yang aku perkatakan! Memang sedap beb ... rasa dia amat lain dari roti sardin kedai mamak sana nun. Aku diet tapi tetap rasa 2-3 sudu, kalau tak rasa susahlah aku nak reviewkan. Aku tak tahulah apa resepi sardin yang dia guna tuh, sedap ... ada cam dia campur ngan telur ... rasa cam ada mayonis pun ya juga!!
Lepas nie aku plan nak pi makan tengahari kat sini dengan si MB and our geng. Apapun kena booking dululah. Keutamaan kepada mereka yang booking dulu ye. Sesape yang dekat-dekat Putrajaya surelah tahu pasai kedai makan yang tersorok nie. Walaupun tersorok, boleh tahan sedap. Lepas nie kalau aku pi lunch dekat sana ... aku akan review dekat korang! Baeeeek punya review nanti ... Insya Allah!!
Kalau nak pi, sila call then follow address kat bawah nie ... kalau dari Putrajaya mesti kena lalu dekat depan Restoran Coffee Village, pastu amik kiri ... jalan terus pastu nampak cam gelanggang takraw sebelah kiri ... korang belok je lalu sebelah gelanggang tuh. Then ... jalan ke depan sket pandang sebelah kiri, nanti korang akan nampak satu kedai makan berbumbung warna biru yang mencuram di bawah. Itulah kedai makan Tapak Sulaiman .... (harap korang fahamlah aku explain nie ....)
Kedai Makan Tapak Sulaiman
No. 80A, Jln Jamaluddin (Area Kampung Limau Manis)
Desa Putra, Kajang, Selangor
017-381 2246 / 017-274 7761 (Alang)
# ada yang kata hari Isnin dan Khamis, menu lunch ada ketam masak lemak .... slurrrpppp meleleh ayaq liuq aku!!
CK : Wajib pergi!!!
wow wow,nmpk yummeh nasi lemak wif telur mcm tuuu =)
ReplyDeleteSedappnya roti sardin tu... jamu mata jerlaa..
ReplyDeleteErmm Tuan Blog, terjumpa blog awak then terbaca untuk Atkins Diet, baru tau & saya nak cuba.. ^_~
Follow sini.
sambal banyak bawang lambang pure kampung : )
ReplyDelete@Cikpuan rara nasi lemak dia biasa je, tang sambal tu sodap
ReplyDelete@Cik mama Selamat ber atkins. Semoga berjaya ye .... nti googlelah pasai atkins nie
ReplyDelete@Cik Ina Do Do Cheng yuyup setuju!!
ReplyDeletetapak sulaiman eh...mcm takde rupa atau nama si penebar roti tu?
ReplyDeletekite suka telur kuning cair macam kat nasi lemak tuu. sedaapp. :D
ReplyDelete@Telor Power nama kedai dia je....tak de kena mengena kot
ReplyDelete@siti kektus Yup...mmg sedap telur cair cmnie
ReplyDelete