Monday, June 18, 2012

MENCANTAS DAN MENCARAS!

Assalamualaikum ...



Aku punya style kerja skang nie ... datang kerja balik kerja! Aku dah susah sangat nak bawa kerja ke rumah. Tak macam aku dok department lama dulu. Seminggu adalah juga 3-4 kali bawa balik kerja then siapkan kerja tu dekat rumah sampai pukul 1-2pagi. Then esok tu bangun awal pergi kerja! Itu aku dulu. Sekarang aku rasa ... aku dah banyaklah berubah. Sangat-sangat!


Ada juga aku 2-3 kali try bawa balik kerja ke rumah. Tapi esok tu aku bawa kerja tu sama je macam aku bawa balik. Tak buat pun. Sebab .. jiwa aku yang suka pada kerja jadi sengsara kerana ada orang yang suka mencantas dan mencaras. Dengar-dengarnye ... orang tu nak mencantas dan mencaras post aku!! Eh, betul ke nie? ha ha ha


Kalau betul pun ... adooo den kisah! No no no ... lantak pi hang la! Ye lah, aku memang tahu pun semua kerja yang perlu aku tahu dan buat hang dah kaut. Baik punya bodek dengan boss. Jilat dan kipas bontot boss terbaik punya. Tapi aku?? Aku tak kisah pun. Bagi aku rezeki di bumi Allah nie luas ... kau nak sangat buat kerja aku, nak sangat mencantas apa yang aku patut buat, buatlah. Aku tak heran. Selagi kau tak usik gaji aku bulan-bulan sudahlah! Aku rasa bersalah pada diri sendiri ... pada amanah kerja yang patut aku buat, tapi aku nak buat lagu mana bila ada orang yang nak tunjuk dia terror! Aku pasrah ...


Ketua lama aku dulu dah pernah pesan, jangan rasa tergugat dengan staff yang berada di post bawah atau post atas aku. Sebab mereka bukan saingan. Kalau nak tergugat pun, rasa tergugatlah dengan mereka yang mempunyai post yang sama. Itu baru saingan yang betul. Kemudian bersainglah dengan sihat. So, sebab itulah aku relax tak sudah-sudah! he he he. 


Untuk orang yang suka mencantas dan mencaras kerja orang lain, nasihat aku ... tak perlulah beriya sangat kita membelakangkan orang yang sepatutnya dalam dunia kerja. Bekerjasama itu lebih baik. Muafakat membawa berkat. Bila muafakat yang susah jadi mudah! Bukankah macam itu lebih baik. Ini tidak, dahlah dengan orang yang post lebih tinggi pun nak dicantas dan dicaras dengan orang yang sama post pun ... nak berlagak beri arahan bagai pegawai. Manalah kawan-kawan nak suka macam tu! Dengan aku pun nak bagi arahan, uihs ... tak leh blah. Tapi aku senyum2 ajelah bila orang kecik bagi arahan. Yelah, aku nie tak diberi kepercayaan but bila ada masalah, akulah yang disorong ke depan untuk menjawab persoalan. Itu yang aku marah sangat!! Yang susah-susah bagi dekat aku ... adeeeeh. Tapi aku buat ajelah, malas nak protes. Layan sudah!

Kerja nie kalau kita buat dalam suasana hepi-hepi ... buat kerja sesama, barulah hasil yang kita dapat itu dapat dibanggakan. Bukannya kita buat kerja sensorang (sedangkan itu kerja orang lain) sebab kita nak tunjuk diri  kita bagus dan diberi kepercayaan oleh yang tertinggi jawatannya! Ini tak, semua kerja nak dikaut sorang kemudian bila tak siap mulalah kata tak cukup tangan. So, sape yang rugi dan sape pulak yang telah disusahkan dikemudian hari?? Lu fikirlah sendiri ....


Kalau kita berjawatan rendah dan teringin sangat nak berjawatan tinggi, pelan-pelan kayuh dan usaha. Jika tiada kelulusan, sambung belajar sampai boleh dapat diploma dan degree. Kemudian, pohonlah jawatan yang sesuai dengan kelulusan yang kita ada. Pesan aku lagi, tak usahlah kita nak berlagak bagai pegawai sedangkan kita tidak layak berkelakuan sedemikian. Usahlah kita mencantas dan mencaras kerja orang lain semata-mata nak tunjuk kita bagus hinggakan kita membelakangkan orang yang sepatutnya. Sedangkan kalau dilakukan secara bersama ia adalah lebih baik. Apa yang penting? KERJAAAAAAAAAAAAAAAASAMA!!
.

Aku malas nak bersaing, buat apa nak bersaing dengan orang macam ni. Aku rasa rugi. Aku lebih rasa selesa bekerjasama dengan orang yang sepatutnya dan dengan orang yang memang nak bekerja bersama-sama saya (macam Pak Lah gaya ayat aku nie ... he he he). Biarlah dia sorang je menjilat mooooontot si buss tu.






Biarlah orang tak pandang aku pun, orang tak kenal aku yang comel nie aku tak kisah ... asal hati aku bahagia. Tak perlu balik rumah dan mula pening fikir pasal kerja. Mungkin masa aku dah sampai untuk relaks kat rumah. Zaman muda belia aku dah berakhir kot untuk bawa balik dan buat kerja dekat rumah. Ada hikmah juga aku jumpa orang  yang suka mencarntas dan mencaras kerja orang nie. Ada baik dan ada buruklah juga. Sekarang nie sampai je rumah terus jumpa Jillian Michael. Senamlah sampai lembik janji hati suka :=)





CK : Kalau aku boleh naik ke post sekarang tanpa mencantas orang lain, kenapa orang nak cantas aku plak? Pelik .... aku sendiri pun pi interview, tak guna sebarang kabel pun. Memang rezekilah ... Alhamdulillah.

11 comments:

  1. berganding bahu dan teamwork adalah budaya kerja yg bagus sambil didorong dengan pandangan yg positif.

    setakat nak naik cepat dgn cium bontot bos boleh jalan la

    ReplyDelete
  2. byk bsabo yer dgn org dugaan yg ade tu...mgkn org tu rajin sgt2 la tu..abis keje org pon dia nk kacau..kita lg suka x..gaji tetap sma..hihi

    ReplyDelete
  3. wonderpet kerjasama membawa berkat.naik tangga lagi baik dari naik lif.la la la

    ReplyDelete
  4. Bagus post ni. Saya harap ramai yang baca.

    ReplyDelete
  5. @Telor Power dorang lupa, cepat naik cepatlah jatuh tu...

    ReplyDelete
  6. @Qasey Honey ha ha ha betul tu, yg penting gaji sama kalau boleh kasi naik lagi :)

    ReplyDelete
  7. @Cik Ina Do Do Cheng naik tangga leh kasi badan kurus sket kan kaan

    ReplyDelete
  8. wohooooo! isu sensitip ni beb. tapi itu memang sentiasa berlaku dlm sesebuah organisasi. kadang2 malas nak fikir org yg mcm tu.dek kerana dia nak naik, sebuk memburukkan orang lain supaya org lain jatuh dan buss itu akan menampakkan dia naik. padahal kalo nak naik sangat pun, angkat diri sendiri dah ler,..tak perlu nak cantas2 org, nak jatuhkan org. ye dok? sekian, wassalam...heheh

    ReplyDelete
  9. ada dua jenis orang boleh naik. yang rajin berusaha sendiri. dan yang licik dengan tipu helah. ramai orang yang ada perasaan hasad dengki. ayah saya jadi mangsa. kena buatan orang. manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada. kita fikir diri sendiri je. rezeki Allah ada di mana-mana.

    ReplyDelete
  10. @Nuwairani Ismail yup akak setuju ngn nani, kalau nk berjaya tak payah nk cantas org lain. bawa diri sendiri sudahlah

    ReplyDelete
  11. @M Fizan manusia mmg tak reti nk bersyukur sebenarnya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!