Saturday, June 23, 2012

RAJA DATANG RUMAH!

Assalamualaikum ...






Last week adik aku jumpa raja. Terus dia ajak datang rumah. Yang datang cuma 2 raja saja. Satu jumpa aku dan satu lagi jumpa adik aku. Seronoklah tak terkata bila raja sudi datang ke rumah bila dah dibayar! Dah bayar baru sudi datang .... kan kan kan


Raja buah!! Durian oh durian. Bagi orang yang gilerkan durian macam aku, memang pantang nampak. Lupa terus pasai atkins diet (dalam atkins tak boleh makan buah!). Gilerkan?? Adik aku makan sebijik dan aku sebijik. Cukuplah buat lepas kempunan.



Yang sebiji aku punya, ada 3 ulas je pun. Nasib baik ulas besar dan tak buruk ke hape. Rasa jangan cakaplah ... memang sedap. Thankslah dekat adik aku yang sudi beli buah kesukaan aku nie. Ini antara raja hati aku juga nie. 


Ulas dia yang kuning. Rasa dia yang manis-manis pahit itulah yang memikat selera aku. Aku nie kalau makan durian, 2 biji pun boleh habis. Kalau kecik tu boleh masuk 3 biji. Selamba je!! Kalau orang lain kadang suka makan durian dengan pulut santan ... tapi aku tak reti nak makan macam tu. Aku makan buah sahaja. Kalau sebelah utara sana, kalau ada kenduri durian ... mesti dengan pulut pastu santan yang dicampurkan dengan sedikit garam. Dorang cakap sedap! Aku?? Tak berani komen ... sebab tak reti makan macam tu. he he he he


Next week si MB akan pergi Perak, katanya nak ambil durian kat dusun untuk program kemasyarakatan. Aku nak book 10 biji. he he he.... boleh buat tempoyak sekali. Ermmmmm ... buat tempoyak pastu cari ikan patin wat gulai tempoyak plak. Sure terangkat punya!!


Tak boleh lupakan kesedapan rasanya!! memang mengiurkan!!




CK : Nak try musangking plak lepas nie ....

4 comments:

  1. sye nie hari2 mkn durian..smpaikan skrg nie bile tgok durian tbe2 rase mual..err

    ReplyDelete
  2. owh sangat alergic dgn durian hehehehe

    selamat menjamu selera durian tu

    ReplyDelete
  3. @Izzati Tatie hari2 makan...belakang umah dusun durian ke?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!