Korang dah baca entry di sini <-----??? Rentetan dari entry tu, meh aku cerita pasal siri JOM aku dekat PADI HOUSE, GALLERIA PjH, Presint 4, Putrajaya. Aritu aku cerita pasai si teman yang sibuk nak cuba kelainan yang mengakibatkan kerugiaan sebanyak RM3.90. he he he ... kesian jugak dekat dia. Dalam kesian memang kena gelak jugaklah!
Bagi mereka yang tak tahu, aku nak bagi tahu yang Padi House dah buka cawangan baru dekat Putrajaya. Kalau dulu aku pergi Cyberjaya nak makan dekat Padi House, tapi sekarang tak perlu lagi. Dekat je pun dengan office aku. Jalan kaki pun dalam 15minit dah sampai. Tapi tak dayalah nak sibuk jalan kaki ... *malas*.
Ini Padi House berkenaan ... dalam dia cantik tau. Aku suke :=)
Aku sukakan suasana tenang dekat sini ... agak selesa dan memenuhi citarasa keselesaan aku. Dalam saat hati terluka nie, aku rasa tempat nie sesuai untuk aku layan perasaan ... eeeaaaauuuuuwwwww!
Ada TV, so bolehlah layan ... cuma channel je bergantung kepada tauke Padi nie ... tak bolehlah sesuka suki tukaq! Jom aku review makanan kat sini. Best ke idak???
Ini yang si teman order ... THAI STYLE FISH FINGER RICE! Harga RM10.90. Nasi dia aku tak try pun sebabnya atkins dietkan. Lagipun nasi putih je pun. ha ha ha. Aku suka fish finger dia ... sedap. Si teman pun cakap memang sedap fish finger dia. Sesuailah dengan harga makanan dan keadaan restoran nie.
Menu orang yang masih diet atkins. GRILLED CHICKEN WT. B. PEPPER SAUCE. Harga RM14.90. Ayam dia masak elok. Sedap. Rasa dia sekata. Kiranya segala ramuan meresap dalam isi ayam. *rasa cam nak repeat je*. Aku sukakan kesegaran sayur dia. Bestlah! Kentang dia tu aku tak boleh makan sebenarnya, tapi hati nak juga try .... kentang dia bestlah, aku try 2 ketul. ha ha ha. Ingat nak belasah semua je. Aku suka rasa kentang dia yang segar, berempah dan tak lembik.
Macam biasa ... minuman kegemaran. Air Mineral. Bapak mahal. RM3.30 untuk 500ml. Tambah lagi RM0.60 dapat secawan espresso. Tapi nak ke minum espresso lagi??? Taubat dah kot ...
Si teman order espresso macam aku cakap sebelum nie. ha ha ha. RM3.90, tapi mengalami kerugiaan sebab pahitlah sesangat. Rugi rugi ... itulah degil sangat. Aku suruh order cuppacino kau tak nak. Sudahnya, mengalami kerugian.
Untuk semua order di atas berharga RM38.30 termasuk tax 6%. Tapi dapat diskaun RM10.00. So, hari tu aku yang belanja ... aku cuma bayar RM28.30! Berbaloilahkan. Makanan pun sedap .... sangat!! Rasa sesuai dengan harganya.
Nak repeat kena tunggu time gaji .... :=)
Kalau korang nak terjah, sila follow address ini ye ...
PADI HOUSE
UNIT 15-17, GALLERIA PJH, ARAS G
JALAN PW4, PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA
62100 PUTRAJAYA
CK : Aku suka western food, dan si teman tak suka ... jadi amat susah nak makan western food tetiap bulan sebab dia akan mengalami kesukaran memilih menu. Ngidam nak makan spaghetti dekat Pizza Hut. ermmmm
Askm,
ReplyDeleteNak tanya, Padi house putrajaya tu halal ke?
Halal yg saya maksudkan di sini, memang ada sijil halal dari jakim ke ?Harap boleh memberi jawapan.
Halal certificate on going..take time for 6 month
ReplyDeletesekarang dah bulan may 2013, kenapa takde lagi halal? huhuhu
ReplyDeletedah 2015 dah ni. halal jakim takde jugak lagi
ReplyDelete