Tuesday, June 12, 2012

TERUKNYA TANDAS ALAMANDA PUTRAJAYA!!

Assalamualaikum ....




Sorrylah korang, pepagi aku cerita bab tandas. Jangan marah ye ... jangan jijik! Tandas nie hari-hari kita guna, sebagai pengguna mesti kita nak tandas yang bersih. Tandas dekat rumah kita pun hari-hari kita cuci dan beruskan? Ada yang tak cuci tandas rumah ke?? *jawab sendiri*


Last week aku pergi Alamanda, sekian lama tak pergi sana. So, sementara tunggu si MB siapkan kerja dia di Alamanda Putrajaya sana, aku ambil keputusan nak melepak di MPH. MPH nie memang tempat aku lepak dulu kala. *gaya cerita macam ulat buku, tapi sebenarnya tidak ... akal nk baca mag freee je nie!*


Dok belek-belek buku masakan (wajib!), rasa nak terkucillah pulak. So, aku pun terjahlah tandas Alamanda sebelah MPH tu. Aku rasa tandas (perempuan) sebelah MPH tu, ada dekat 20 unit kot. But, banyak yang rosak. Bila nak masuk ... ada yang paip takde. Klu takde paip camne nak cuci bersihkan?? Lepas tu dengan lantai tandas becak dengan air! Geli hokeeeh.




Tengok lantai dia basah .... lepas tu cam kotor la pulak. Kalau nak dibandingkan dengan tandas dekat Jusco, sepanjang pengalaman aku ... tandas dekat Jusco memang  bersih. Yang penting lantai dia kering. Maknanya di situ cleaner dekat Jusco nie rajin-rajinlah dan pihak pengurusan mesti juga rajin buat spotcheckkan?



Bekas tisu disediakan, tapi tisu takda. Bukan pertama kali ... dan banyak kali aku pi tisu kat dalam tandas memang tak pernah ada pun. Lebih baik tanggalkan aje ye tak. Ke dorang wat hiasan benda alah nie?? Aku harap pihak pengurusan Alamanda Putrajaya ambil tahu pasal benda nie. Sebabnya Alamanda Putrajaya menjadi tumpuan, ada juga pelancong ... kalau tandas tak bersih, macam mana?? Jatuhkan imej je kan??



Part nie yang aku bengang sket. Selak pintu problem. Haihs.... rasa macam buat laporan kerosakan pulak dah nie. Aku masuk tandas yang nie ... main jolok jari ajelah dekat lubang anak panah merah tu. Penyelak dia dah patah gamaknya. Dah tahu tandas antara tempat tumpuan di shopping complex, nape tak diganti yang barukan???


Masa masuk aku tawakal ajelah, tapi dalam hati risau juga ... kot kot tak boleh nak buka. Mamp*s berkurung dalam toilet pula. Pelikkan ... takkanlah maintenance Alamanda tak tengok semua benda nie. Jangan pandang sepi walau hanya bab-bab toilet je. Bayangkan yang masuk tu budak, masa masuk pandai selak ... pastu bila nak buka untuk keluar problem ... camne tu??



Aku harap, kalaulah management Alamanda Putrajaya bacalah entry aku nie ... pleaselah jaga kebersihan tandas tu. Baiki apa yang rosak. Banyak tandas yang tak boleh guna, jadi baikpulihkan. Lantai tandas kalau boleh biarlah sentiasa kering ... macam kat Jusco tu. Sinki janganlah kotor ... sediakan tisu kalau dah ada bekas tisukan?? Kalau Jusco boleh, takkanlah Alamanda tak boleh buat semua nie. Dah lah Alamanda satu-satunya shopping complex dekat Putrajaya, janganlah bagi orang lain rasa tak selesa hanya kerana tandasnya.


#tandas lelaki dekat Alamanda tak pastilah camne ... takleh masuk la :=)


Itu je kot nak share ... :=)






CK : Bab tandas memang aku concern sesangat! Aku pernah singgah dekat sebuah Petrol Pump Shell dekat Seremban (kalau dari Rantau/PD ... shell tu sebelum tol PLUS) ... tandas dia sangat-sangat bersih, kering dan bau wangi!! Owner Shell tu tak salah aku India dan tandas dia dapat gred A!


So, apa kata kita jaga kebersihan tandas!!!

12 comments:

  1. my husband pon pernah pi 1 tandas kat mane tah...wangi katanya!..tandas lelaki tu...hebat pemilik tandas tu....;-)

    ReplyDelete
  2. setujuuuuuuuuuuuuuuu...sanggup tahan dari masuk toilet kotor!eeeeeeii..

    ReplyDelete
  3. a'ah tandas dekat jj mmg okay tapi Kalau lain2 aishhhh lagi2 kedai mkn susah nk jumpe yg btol2 bersih

    ReplyDelete
  4. ya rabbi, btl la kak.. ada pernah sy msuk, bau kemain hancing!!

    ReplyDelete
  5. Dulu akak biasa juga melepak kat Alamanda ni, agaknya dah tak ter repair kot, kerap sgt rosak. Tapi kan ada supervisor yg kerja cleaner tu. Haruslah check sepanjang masa.

    Akak pernah juga guna tandas R&R menghala ke Johor, bersih, kering walaupun org tak henti2 dtg 'berkunjung'. Tandas kalau kotor, nak buang hajat pun tak senang...ngeee.

    ReplyDelete
  6. salam...

    saya mmg tak suka guna tandas di tempat lain.. paling kuat usaha juga tahan kencing hingga kat rumah..

    mmg tandas kat sini kotor sikit..dah la tisu tiada.bau apatah lagi..hoho

    ReplyDelete
  7. @:: Mrs.Eady :: tul tu ... tahan sampai tertonggeng la...last2 tandas umah juga yg best

    ReplyDelete
  8. @shaFazie kedai makan susahlah nk jumpa tandas yg bersih...sedangkan kedai kecik je...tandas...eeee boleh muntah

    ReplyDelete
  9. @MizzTina patutntya dorang nie boleh bersih pun bagi leklok...malas gamaknye

    ReplyDelete
  10. @~~zana@pb~~ tak terrepair...huhu takleh camtu tempat tumpuan kena repair kerap sket....

    ReplyDelete
  11. tandas2 kat malaysia ni memang teruk. tak tahulah kat mana kesedaran sivik orang2 kite ni. dalam banyak2 tempat yang kite pernah pergi, tandas kat jepon la kot yang paling best. huhuh... agaknya sebab jusco tu milik jepun, tu pasal dia jaga betul tandasnya. tandas di klia pon teruk macam ni jugak.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!