Entry lepas kat sini <--- aku dah kasi korang terliur. So, tak perlulah nak terliur lelama kan? Memasing cam teruja jugalah dengan burger yang aku tunjuk. Sebenarnya bukan korang je teruja, aku sendiri pun teruja masa mula-mula dengar pasal burger nie. Burger apa??? BURGER BAKAR KAW KAW Aku rasa cerita burger nie dah masuk suratkhabar dan juga JJCM tak salah aku. Nak tau lebih, rujuk laman web depa kat sini <---
Aku tak pergi burger bakar kaw kaw dekat Wangsa Maju, Seksyen 2 sana tu, jauh sangat. Dan maybe azablah nak beraturkan. So, nasib baik ada branch dia dekat Taman Puchong Utama. Dapat jugalah merasa burger bakar yang riuh rendah diperkatakan ramai orang ... adalah sedap!! Sedap ke?? Jap lagi aku cerita sedap ke non sodap yek!
Burger bakar kaw kaw yang aku pergi nie terletak di MEDAN SELERA LOKAS MAKANA, Taman Puchong Utama. Landmark dia sonang je kot .... pastikan Pasaraya Carrefour sebelah kiri korang, then korang jalan je terus sampai jumpa signboard Medan Selera Lokas Makana (cam kat atas tu!). Then belok ke kanan ... Lokas Makana sebelah kanan.
Okeh, kita dah sampai!!
Bukan setakat ada gerai burger bakar kaw kaw, tapi ada juga gerai makanan yang lain. Antaranya char kuew teow, mee goreng superb, otak-otak, mee ketam, tomyam, nasi ayam penyet, steamboat .... dan banyaklah! Tak larat nak ingat dah!
Dah sampai tu, cepatlah-cepatlah beratur. Digalakkan datang petang antara kul 5.30pm ke 6.30pm. Nanti takdelah lama sangat menunggu. Macam aku aritu, orang yang ke-4 ke ke-5 camtu. Nanti bacalah order tu apa yang korang nak. Tapi sebelum tu ...
Pilih dulu meja dan ingat no. meja sebelum korang buat pesanan ye! Ini kalau korang nak makan dekat situlah.
Nanti akak nie tanya order bagai ... korang kena cakap no. meja sekali dan bayar terus semasa buat order!
Abang machoo nie dah start bakar patty daging burger yang sodap tu! Tebal beb dagingnye! Kalau korang nak tahu, ini adalah homemade grilled patty tau.
Ini dia roti yang sedang dibakar!
Lepas turn aku bagi order ... ramai pulak yang beratur!
Tengok nie .... meleleh rasanye air liuq aku!
Terjulur dia punya baconizer .... perghhhhhhh
Addooooooooooooooi kalau ngap selalu boleh out diet aku!
Yang nie burger yang aku order. Single Chicken Cheezy Bocanizer. RM11.50. Aku makan chicken dia je ... roti tak makan. hu hu. Komen aku, ayam dia sangat sedap ... lidah aku mengatakan rasa ayam dia lebih sedap dari burger KFC! Rempah ratus dia memang terasa dan yang penting isi ayam masak sekata. Part roti aku kurang sket lah. Diet, but aku rasa roti dia tak lembut sangat. Lain-lain semua sedap sesangat!!
Yang nie Single Beef Cheezy Bocanizer RM11.50. Aku pun rasa juga yang beef nie ... sedap! Lembut .. benda yang terjulur tu sedap ... apa nama dia, baconizer kan....
Yang ini pulak, Single Beef Basic + Set Meal. So, harga dia jadi RM9.00!
Dan yang ini aku rasa paling best kot! Burger kahwin ... hu hu ingat orang je ke yang kahwin, burger pun kahwin juga tau. Yang nie, Double Beef Chicken Cheezy Bocanizer. RM17.00!! Hah kau ... terlentang makan yang kot aku rasa. Aku tak mampu ...
Ada sorang member aku tuh, siap up dengan mee goreng kerang superb sekali ... ermmmm sedap gak! Gerai dia sebelah burger bakar kaw kaw nie.
Keadaan Medan Selera Lokas Makana waktu malam, time nie baru kul 8.00pm, aku dah nak balik dah. Ramai lagi dok beratuq tunggu turn order burger bakar.
Kesimpulannya, tak rugi kot merasa burger bakar kaw kaw nie. Cumanya korang wajib sabaq banyak sebab lambat sket nak tunggu dia bakar patty burger tu. Kalau nak cepat pergi awal macam aku. Macam member aku pernah pergi tunggu sampai sejam lebih baru dapat. Tapi berbaloi kot aku rasa. Sementara nak tunggu burger tu, bolehlah order makanan dekat gerai lain dulu. Jangan makan sampai kenyang plak!!
Sesape yang nak pergi, just follow address nie;
BURGER BAKAR KAW KAW
MEDAN SELERA LOKAS MAKANA
NO. 15A, JALAN PU 13/2
TAMAN PUCHONG UTAMA
47140, PUCHONG SELANGOR.
(Depa kata tutup setiap Khamis ... but aku tak sure yang nie!)
Kalau yang dekat Wangsa Maju (Main Branch), follow address nie;
BURGER BAKAR KAW KAW
WANGSA MAJU SEKSYEN 2,
JALAN 4A/27A
SEKSYEN 2, WANGSA MAJU
53100 KUALA LUMPUR
(nearby Putra Wangsa Maju and located in front of TBUN Cyber Cafe)
Kalau nak tahu lelebih, korang boleh contact je dia punya OWNER/FOUNDER dia kat sini;
☺ FOUNDER / BRAND OWNER :
► MOHD FAIZUL @ ZUL ► 0173250244 / 0102400477
► NINI HAZNITA @ NITA ► 0126276547 / 0123487991
► MOHD FAIZUL @ ZUL ► 0173250244 / 0102400477
► NINI HAZNITA @ NITA ► 0126276547 / 0123487991
Sekian, cerita jenjalan, order dan makan!! Rugi kot kalau tak cuba.
CK : Aku pun tak sangka ada yang sudi bawa, thanks si teman ... hu hu hu
Memang menarik betul. Terliur.. Hehe.
ReplyDeletetgh2 malam tengok ni rasa lapar la pulak
ReplyDeletefuhhh2 menguji keimanan tengok makanan ni. terliur sudah ibu mengandung tengok hehe
ReplyDeletesedap..sedap..ni yg mmbuatkn sy nk gi mkn burger ni,klu akk dtg sni sy bwk akk gi mkn hot burger ok..murah dan puas hati..tp klu ikut slra asia,sy lbh suka burgr kt mlysia la..sni burgr dia mmg murh,cuma ala2 brt sktla..
ReplyDeleteGEMPAK!!!!!!!
ReplyDeleteTQ admin for the very nice review about KKBB PUchong,
yup bagi stall puchong kami akan rehat setiap hari khamis, lain dari pada tu OPEN bermula jam 6.45pm.
nanti mai lagi kami sedang bina stall baru,,, lagi cantik lagi menarik sama as wangsamaju,
more info visit our websits www.burgerbakar.com and plzzzz like FB yer :P
Hi....saya baru jer upload pics dalam blog masa makan ngan famili kat Burger Kaw Kaw branch Puchong. Memang betul ramai orang. Masa tu takde kasik nombor so kene la beratur...
ReplyDeleteSenang2 tu jengok la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com konsep pasal makan jer 100% takde topik lain.
Kalu sudi tu follow yer blog saya TQ, TQ, TQ