Bagi seoarang wanita yang berstatus isteri, aku rasa tak lucu kot bila seorang wanita lain mengeluarkan ayat, "tadi aku kacau suami kau ...!". Lucu??? Kalau aku dah bersuami ... aku rasa macam nak lempang. Tanda cemburu.
Tak sangka dekat office aku ramai betul penyibuk, termasuk perempuan-perempuan yang bekerja di cafe. Menyibuk bila memandang aku dan si MB yang hari-hari datang beli breakfast sesame di cafe. Nak juga bertanya siapa aku sebenarnya dengan si MB. Isteri kaaa? GF kaaa? Sahabat kaaa? Kenalan kaaa? Dan perempuan-perempuan cafe nie bila nampak aku sorang je ke cafe mesti nak tanya, "itu suami akak ke??!". "Akak sorang je, suami akak mana??" Bila aku cakap bukan ... tak nak pulak nak percaya.
Kalau aku bersuami pun sekarang ini, wajar ke kau nak tanya pasal suami aku?? Wajar??
Buat apa aku nak menipu, sebab sampai hari ini aku belum ada sekeping pun sijil nikah. So, afdal ke aku menipu?? Ingat aku gedik sangat sampai bukan suami pun nak cakap sebagai suami ... oh! tidak ...!!
Ada je yang pernah mengeluarkan kenyataan yang bagi aku sumbang nak dengar, "eh! mana suami??". Suami?? Aku pun lelaju je cakap, "saya belum kahwin lagi la ...".
"Laaa tak kahwin lagi??"!
Hanya kerana aku rapat sangat ngan si teman nie ... semua nk cakap aku nie si wife and si teman hubby! Paling best, ada awek cafe nie pernah tanya aku bila dia nampak aku dengan si MB, siap panggil aku pergi dekat dia dan dengan tak malu tanya soalan macam nie, "akak ... abang tu suami akak ye??!". *dalam hati, kalau dia tu suami aku ... dan kau tanya macam tu, nampak sgt kau nak tacklekan dia kan ... lempang naaaakkkk???*. Sebab si teman bukan suami aku, maka aku cakap ... "abang nie bukan suami saya!".
Disampuk si awek cafe, "ye ke? eh ... tak cayalah ... tipulah akak nie!". Dengan raut wajah awek cafe yang senyum kambing dan seakan minta dilempang selepas aku jawab camtu. grrrrrrrrrrrrrr
Bergurau dan bertanya ada had, tapi agak-agaklah nak bergurau dan bertanya. Sampai hal personal orang lain pun nak sibuk. Kita kawan ke??? Kalau kawan baik wajarlah nak tanya, tapi gaya bertanya macam nak kebas je, mungkin nak kena libas ... ha ha ha
Keadaan ini buat aku jadi makin malas nak jawab soalan korang yang haprak bagi aku. Pandang sudah, jangan nak sibuk. Hal engkooo pun aku tak jelajah buat apa nak jelajah kisah hidup orang.
Status apa aku dengan dia, setakat ini ... "dia bukan suami aku ... takda ijab dan belum ada kabul lagi! Bila takda ijab dan kabul, maka tiada sijil nikah lagi.". Esok-esok tak pastilah, kot memang jodoh kami berdua, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Janji bukan hak orang lain.
#seumur hidup aku, walaupun skrg belum kahwin ... takpernah aku nak sibuk tanya orang lain, "eh! nie suami awak ke??". aku masih waras lagi.
CK : Dia kata tunggu, maka tunggulah ... kalau dia nak bagi jodoh itu. Dia akan bagi. Jadi aku berserah!!
hehehee
ReplyDeleteorang2 tu jeles agknyee
sabar jelah
busy body :P