Buat pengamal atkins, ada tips buat korang. Aku copy and paste dari blog Sifu diet aku nie ... nak tahu sape? Klik sini <-----! Aku nie kadang-kadang leka dan ada masanya abai perkara yang penting dalam atkins. So, aku copy ni untuk share dengan korang dan peringatan kepada aku.
1. Hati2 dengan makanan dikedai..contoh
- sate(ada gula)
- ayar golek(ada madu)
- sup, tomyam(gula or rempah)
- rempah2 yg anda guna untuk memasak..pastikan anda tahu jumlah carbnya..byk saya tgk dipasaraya yang carbnya tinggi
- serbuk cili(beli yang ori, blande sendiri)
- RAGU2 JGN MAKAN
2. cheat sket...rasa je..(tak boleh!)
- diharam kan sama sekali...
- kerana ia akan membuat anda hilang ketosis
- ketosis akan berlaku selepas gula dalam darah tiada..mengambil masa 2 hari
- jika anda cheat sehari...bermakna ada telah cheat sebanyak 3 hari..sayangkan...sehari = 3 hari...
3. pastikan anda cukup makan
- badan memerlukan tenaga utk pecahkan lemak2 anda..kurang makan = berat tak turun..kalau turun pun..bukan sbb lemak yg hilang..tapi xcukup makan.
- jgn elak makanan berminyak..goreng macam biasa...jgn asyik rebuS or kukus je...kerana fat diperlukan sebagai sumber tenaga utk memecahkan lemak di badan
4. senaman
- pastikan weight training anda cukup(sgt bagus utk kekalkan metabolisma dalam jangka masa yang lama)...dan supaya anda tidak kehilangan otot semasa berdiet...nanti otot takde..badan cepat naik semula....
- makan protein kena ada..jgn makan sayur sahaja semata2..berat tak turun juga.
- banyakkan aktivi berjalan..utk kekalkan metabolisma..
- konsistenkan senaman..walaupun sedikit, yang penting konsisten.
- SAMBIL DIET...FIT KAN BADAN SKALI..JGN JADI SKINNY
5. air
- fungsi air juga mengekalkan metabolisma
- mengawal paras asid urid
- membuang toksin dalam badan
- minum air sekurang kurangnya 4 liter..saya minum 6 masa diet.
6. keyakinan
- yakin pada diri sendiri
- jgn takut beli baju kecil or seluar kecil..anda kena yakin anda boleh memakainya satu hari nanti
- jangan stress kalau berat tak turun, cuba ubah menu..cara pemakanan...waktu makan...selagi anda yakin boleh..pasti boleh..
7. masyarakat
- abaikan kata2 sidiran
- buktikan anda boleh berjaya(ni buat aku semangat ketika dulu)
- fikirkan diri sendiri..bukan org lain..kerana kita nak menanggung berat obes kita..bukan mereka
8. alat bantuan
- penimbang..haa ni wajib la ada...supaya setiap penurunan buat kita lebih semangat, selain tu utk elakkan kita terkantoi..kalau berat naik, cuba ubah menu.klu berat turun..cuba kekalkan menu dan kuantiti selagi anda mampu.
- cermin...supaya anda tak lupa diri..anda gemuk.hehhehehe...cermin diri sendiri hari2..supaya anda tidak termakan pujian dan kata2 org yg mengatakan anda dah kurus atau comel...comel tu sebenarnya gemuk,hahaha
- botol air...senang nak target berapa liter anda minum...contoh 1 hari ada wajib habiskan 3 botol 1.5Liter.
9. nutrisi
- makan multivitamin
10. gaya hidup
- pastikan tidur yang cukup
- sarapan diambil seawal yang boleh(waktu badan kita paling effective bekerja)
- makan sebelum jam 8 malam..lebih kurang 4 jam sebelum tidur bagi yg bekerja shift
11. rujukan
- pastikan ada merujuk pada sumber yang telah terbukti pada tuan punya diri..contohnya...taknakgemuk.com..
- jgn cuba campur aduk sumber...boleh jadi hancus lebur berderai menangis tak berlagu
Doing Something Is Always Better Than Doing Nothing
Jangan lupa bersenam juga! (aku belum buat senaman jenis ni pun lagi ...hehehehhe)
Terima kasih ye Sifu!! Setelah aku join Kelab Diet Atkins kat FB, aku berjaya juga turunkan 7kg! Lagi 10kg akan diteruskan. Korang pun kalau rasa nak jadi pengamal atkins dan nak semangat yang lebih, joinlah KDA kat sini <-- Dorang kat sini akan guide macam mana korang nak start atkins dan akan bagi semangat pada korang tanpa jemu! Janji korang ada semangat untuk berubah kepada yang lebih baik!!
CK : Masih lagi di luar kawasan!
sdg mncuba utk diet..hehe
ReplyDelete