Saturday, June 30, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU IRMA HASMIE

Assalamualaikum ...




Kalau nak diikutkan, malam tadi lagi aku nak buat 'liputan' pasai majlis perkahwinan artis yang cantik nie, Irma Hasmie. Maklumlah, dia bersanding dekat Dewan Persidangan Seri Melati dekat dengan office aku. Dah tu aku tengok Si June pergi majlis Irma nie, terus aku minta gambar-gambar Irma yang dia ambil untuk share dekat blog aku. Terima kasih June sebab bagi izin!


Disebabkan kepenatan aku drive kereta dari Senawang ke Putrajaya, terus balik tu ... setakat on lappy je aku dah lelap. Dah lama tak drive kereta sejak pergi balik kerja dijemput. Senang cakap sejak aku accident bulan Februari aritu, aku amat amat jarang drive. Kereta aku semua si teman yang jaga. Dialah isi minyak, dialah check itu ini, aku just dok sebelah bajet jadi Puan Sri [Aminnnnnnnnnnnnnnnnn :=)]. 


Memandangkan semalam, si teman nak pinjam triton kawan dia nak pergi ambil durian dekat Kurau, Perak sana. Terpaksalah aku drive kereta sendiri balik Putrajaya dan si teman pula balik rumah mak dia ... kul 1.00am tadi dia dah berlepas ke Perak dengan 2 kenderaan pacuan 4 roda. Malam nie, memang makan durianlah aku ... harap2lah! Termelalut pula dan jauh menyimpang dari citer Irma. Sowwwwy ....



Share gambar Irma dan suami yang handsome nie. Suwet muka husband dia. Irma pun cantik dan berserilah sangat!!



Gambar nie Si June yang ambil. Cantikkan dia punya deco ... terus timbul idea dalam kepala. ha ha ha

Gambar nie pula dari page Hatta Dolmat. Cantik design baju Irma! Mesti mahal nie ... kan kan kan
 

Gambar yang June ambil. Suwetkan husband Irma nie ... nama dia Redza Syah!!


Gambar nie pula aku ambil dari FB Lensa Miang Photographer. Gambar yang dia ambil pun cantik. Sape-sape yang berminat nak ambil gambar wedding, engagement, birthday ... atau apa-apa event, boleh contact Si Lensa Miang dekat FBnya di sini  <----- ataupun di sini <-----


Redza Syah!

Dan antara artis yang hadir ke Majlis Perkahwinan Irma Hasmi dan Redza Syah pada 29 June 2012 ....


Sorry tak kenal artis nie sape ...


Kenal, tapi lupa nama .... hahahahhaha

#update : Misha Omar nama artis nie .... hu hu


Heliza Helmi! Dia nie sentiasa comel


Yatt! Semakin cantik bertudung ...

 

 Diana Amir ....





Okeylah, aku nak pergi Floria Putrajaya 2012. Gambar tak dapat nak ambil hari nie sebab camera takda. SO, takleh lah tunjuk pic bunga yang cantik-cantik kat korang :=( sedihnye aku!! Si teman pinjam camera lah plak. huk huk huk ... tapi takpe ... minggu depan kita share gambar ye!!



Okeh .... jom pi Floria 2012! Jumpa aku kat sana ye ... :=)






CK : Masih penat!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!