Saturday, July 2, 2011

Akulah Saputangan Kehidupan Mu ...

Assalamualaikum ...

Bukan ingin kau meletakkan aku di hati mu
Bukan ingin kau melayani ku bagai permaisuri di sisi mu
Bukan ingin kau memenuhi segala permintaan yang pastinya kau tak mampu ..

Jalan kehidupan yang sesingkat ini
Cuba kau kenang segala kesilapan yang berlaku
Cuba kau renung wajah yang pernah kau luka ini
Aku bukan pengemis cinta lagi
Mahu merintih dan merayu pada mu aku sudah tidak mampu!

Begitu keras ego yang kau miliki
Takkan mampu airmata jernih ini mencairkannya
Aku dihadapkan dan dibisikkan oleh mereka
Tiada duka yang abadi di dunia
Tapi airmata masih laju mengalir di pipi
Jatuh di lantai sepi ... kering dan kontang tanpa kasih sayang

Aku masih teguh berdiri di sisi mu
Memenuhi segala yang kau ingin
Mengesatkan airmata di pipi mu tatkala kau ditinggalkan
Aku memujuk setiap luka di hati mu
Hingga aku lupa ... kaulah manusia yang hadiahkan aku kekecewaan masa lalu!
Aku menjadi saputangan kehidupan mu
Biarpun hati ini pernah dirobek tanpa belas oleh keputusan mu dulu!!

Atas rasa kasih sayang yang masih bersisa
Aku menjadi tongkat dalam kehidupan mu untuk sementara
Hingga kau mampu tersenyum ketawa semula
Di saat kau dihentam di sudut kiri dan kanan
Akulah juga diheret bersama
Aku tidak mengeluh jauh sekali untuk merintih

Aku ingat kau akan berubah
Menginsafi setiap apa yang terjadi
Aku ingat kau akan menjadi lebih baik
Menginsafi kecelakaan yang singgah dalam hidup mu
Sebagai pengubah kehidupan yang lebih bahagia!

Aku tidak mampu menegur tingkah mu ... mahupun kata-katamu
Kau berkeras seolah segalanya benar
Aku menelan segala kepahitan ... mengiyakan segalanya
Sedangkan hati aku sakit menerima!

Aku tahu tiada duka yang abadi
Selagi aku tidak melangkah keluar dari kedukaan ini
Selagi itu aku dihimpit rasa kecewa

Sejahat aku sebagai manusia ... masih punya rasa untuk mendoakan
Agar kau berubah ...
Berubah untuk menghargai insan di sisimu yang masih menyayangi
Berubah untuk ...
Menerima seadanya diriku tanpa keluhan!

Aku sedar dalam kau lupa ...
Kau cuba mencorakkan aku mengikut gaya mu
Kau cuba mencipta diri aku yang baru
Ditegur segala
Dimarah ikut rasa
Kau lupa yang aku bukannya dia!!

Kau lupa ...
Aku adalah aku ...
Aku benci diherdik sesuka hati ...
Aku benci diri aku tidak dipedulikan ...
Aku benci aku dicaci atas kelemahan ...
Aku benci jika keburukan yang dipandang ...
Aku benci jika kesetiaan aku dikhianati ...
Aku benci jika tiada jujur dalam hubungan ...
Aku benci dengan segala macam kesedihan ...
Aku jua benci bila diri aku tidak dihargai!!

Aku menjadi saputangan dalam hidup mu tanpa sebarang keluhan!!
Jadi engkau fikirkanlah segala jenuh perngorbanan yang kuberikan ...

Aku mungkin tidak hebat berdiri dan duduk di sampingmu
Kerana aku sedar ... siapa aku!
Kau hebat hingga digilai ramai orang ...
Kau punya peminat tersendiri ...
Kau hebat punya ramai kawan
Tapi ... bila kau sedih ... bila kau susah ... aku jua tetap menjadi saputangan hidupmu!
Bila kau tersenyum semula ...
Kau pergi pada mereka!!

Jika semua ini berterusan ...
Jika kau tidak mampu menghargai kewujudan seorang teman, kawan dan sahabat ...
Makin lama dengan perlahan akan ku bina kehidupan sendiri
Makin lama dengan perlahan aku akan melangkah keluar dari kehidupan mu
Makin lama dengan perlahan aku akan cuba bangkit dengan sendiri
Makin lama dengan perlahan akan aku cuba berlari semula!!
Aku tidak mahu duka ini abadi dalam hidup aku selamanya!!

Biarpun sayang aku pada mu menggunung ...
Tapi ada masanya ada baiknya aku lepaskan kau pergi
Ramai lagi menggilai diri mu di luar sana
Dan pastinya kau suka bukan??

Mungkin mereka akan berkorban dan memahami diri mu lebih hebat dari aku!!

Datang mu dalam hidup ku yang kurang ini tidak pernah aku minta dari Tuhan
Tapi perginya diri mu dari kehidupan ku ... buat aku menangis sepanjang malam!!
Setiap kali aku rindu kisah lama kita yang semakin ku benamkan dalam kenangan
Janji ... harapan dan impian dulu masih jelas di depan mata!


Semoga kau tahu!
Sekejam itu kau kecewakan dan lukakan hati aku ...
Tiada rasa kebencian yang wujud buat dirimu!
Rasa sayang ini biarkan ku simpan ... moga jadi pengubat di kala aku jalan sendirian!

Usah risau tentang aku lagi
Aku sudah biasa tidak dipedulikan olehmu ...
Aku sudah biasa jalan sendirian sebelum kau hadir dalam hidupku!!

Cuma sehingga hari ini aku masih lagi berfikir ...
Fikir yang masih tiada jawapan ...
Kenapa kau datang mengetuk hati aku dulu ...
Beri cinta, sayang ... janji, harapan dan impian ...
Tapi kau sendiri yang musnahkan!!

Aku bangkit dari kesakitan
Dengan sendirinya
Kau hanya tinggalkan luka
Aku rawat sendirian
Aku bangun dengan doa ibu dan ayah aku

Bila aku tersenyum ...
Bila aku semakin kuat untuk berlari ...
Pelbagai tohmahan hinggap dalam hidupku

Hari ini aku semakin jatuh ...
Aku tertekan oleh sikap mu ...
Berganda tertekan dengan sikap ketuaku ...
Amat tertekan dengan kata-kata kawan-kawan sekeliling ...

Bertambah tertekan ada masanya kau jua menghentam aku seperti mereka menghentam aku!!

GILA!!

Apapun aku tahu ...
Yang tidak menekan ... diri aku
Yang tidak menghentam aku ...
Adalah TUHAN!!

Biarpun kerapkalinya aku alpa ...
Rasa tanggungjawab pada perintah Tuhan!
Tapi Tuhan tak pernah lupa beri aku kesenangan dan kenikmatan ...
Aku ingin berpatah balik kepada Tuhan ...
Hanya DIA yang beri aku rasa bahagia, gembira dan ketenangan sebelum ini!!


Apapun aku harap ... kau tidak akan lupa bahawa ....

Orang yang kau arah itu ini ...
Orang yang kau marah suka hati ...
Orang yang lukakan hatinya ...
Orang yang kecewakan kehidupannya ...
Orang yang kau tidak pedulikan bila kau marah tanpa sebab ...
Orang yang kau tinggalkan kerana ingin miliki orang lain ...
Orang yang kau tinggalkan janji, impian dan harapan kosong ...


ORANG INILAH YANG MASIH BERDIRI TEGUH DI SISI MU
BIAR BERMACAM UMPATAN DAN TOHMAHAN YANG DITERIMA!!


Semoga kau tak lupa ... bila kau dah berjaya dalam karier yang kau minati nanti ....



"AKULAH SAPUTANGAN DALAM PERJALANAN HIDUPMU DAN AKULAH TEMPAT KAU BERSANDAR KETIKA KAU DIBIARKAN SEPI TANPA SEBAB YANG NYATA!"





CK : Doakan yang terbaik ... buat aku dan dirimu! Semoga awak bahagia selamanya ... jangan harap saya sahaja berubah sedangkan awak masih tidak berubah walau berbagai dugaan melanda!! Jika awak terus berusaha mengubah saya mengikut acuan mu ... sebenarnya itu bukanlah saya!! Menerima saya seadanya adalah lebih baik ...

2 comments:

  1. nasib kita sama cuma coraknya yang berbeza..

    ReplyDelete
  2. jgn cuba mnghrpkn apa2 pun dr mnusia,jgn cuba mmnta dr mnusia,jgn cuba mngs wlu stitk pun tuk mnusia,jgn sesekli tunduk pd mnusia,krn tuhan psti akan mngntikn yg lbh baik dr dia,sush utk mncr mnusia yg bnr2 sygkn dr kita seadanya sdgkn rmi yg mnyanyangi kite krn brsbb,jgn cuba titiskn air matamu utk makhluk yang brnama manusia,tp cubalh brgmbira dgn nikmat yang kau miliki skrg..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!