Assalamualaikum ...
Balik kerja petang tadi, terus kemas rumah sikit-sikit. Susun suratkhabar, surat-surat, kertas segala then start sapu sampah. Sambil tu sempat lagi basuh baju! Dan dalam masa yang sama sempat juga jenguk-jenguk Anugerah Planet Muzik 2011!
Sebelum tu saya layan Kilauan Emas kat Astro 105 dulu! Hah ... warga emas yang bersuara lunak buat saya jatuh cinta dengan rancangan ini. Rasanya lagi baik dari Akademi Fantasia tu. Walaupun pasti ada yang akan cakap, "eh! tua-tua pun sibuk nak jadi penyanyi lagi!". Bab tu saya no komen. Saya layan dan anggap sebagai sekadar hiburan semata!
Penat terlampau kemas rumah. Disebabkan esok kerja, so malam-malam kenalah kemas rumah. Esok balik kerja mata rasa segar jer memandang kekemasan rumah ini. he he he. Sekarang nie rumah cepat sangat berhabuk! Belum campur rambut yang berguguran. Penat menyapu kalau hari-hari macam nie. So, buat yang mana sempat ajelah! Memandangkan hari ini saya balik dari office agak awal, mari kita menjadi rajin ye anak-anak! Jom kemas mengemas sana sini ... kasi cun!
Sambil mengemas saya jenguk-jenguk APM 2011 ... opss nape nampak Dato' Siti Nurhaliza seakan tembam! Bulatnya muka dia. Dato' Siti nyanyi lagu omputih siap nari2 lagi. Alah chomellah. Sukalah tengok dia. Still maintain jelita beb. Didie Alias plak dah jadi Lady Gaga Malaysia dengan rambut dia yang keras kejung tu. Lepas tu tukar pula letak benda alah apa atas kepala tuh! haissshh....macam-macamlah artis nie kan.
Nora Danish sempat lagi promosi Losyen Mustajab Pati Halia tu! Nak kena pi cari nie kasi perut cun macam Nora Danish ... ha ha ha berangan sudah. Mamat sebelah Nora Danish buat lawak pulak nak panggil Si Nora ni janda! Cam hape ntah ... jagalah hati dan perasaan orang sama. Mulut tu laju jer nak mengatakan. Apa ingat orang sukelah tu!
Oklah nak sambung kemas mengemas! Opsss sebelum tu ... traffic blog hari ini tak sebaik macam selalu! Apapun terima kasih kerana sudi baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!
CK : Astro nie pula tiba-tiba keras kejung! huh .....
Nora danish!!!! Janda baik. hee. :)
ReplyDeleteastro ya...tak pernah sekali nak melanggan...selain dr takt berebut dgn anak..takt bgaduh dgn mertua juga..hehe
ReplyDeletebiasala awak..dunia..mcm2 prngai manusia ada..slmt brcuti dn slmt mnymbut nisfu syyaban
ReplyDelete