Sunday, July 17, 2011

Mahal ...Tapi Tetap Mahukan Jugak!

Assalamualaikum ....



Memang menawan hati dan memang buat hati tak keruan! Serta memang saya nie suka teramat dengan durian. Boleh buat tidur malam tak lenalah kadang-kadang! 


Ini durian emas yang saya ambil dekat GBBS di Tapak F&B Putrajaya Floria 2011. Baunya sahaja dah menusuk kalbu. Rasanya dah tentukan menikam sukma. Serius buat saya teruja yang amat-amat. Kemudian kaki apa lagi lajulah menuju ke GBBS ... sekali kau ... mak datok ... durian jenis ini memang mahal! Sekilo sahaja RM12! 

RM12 sekilo tu bukan isi sahaja ... dengan kulit, duri dan tangkai. Gulp! gulp! telan air liur sahajalah. Tak pun tunggu balik kampung ajak mak pergi cari kat mana-mana dusun sebelah Singkir Laut! Ini kalau saya beli mahu berat kulit sahaja yang lebih. Ermmmm simpan ajelah hasrat tu buat sementara waktu. Rasa belum kaya lagi nak beli durian emas tu sekilo sampai RM12.

Seingat saya ... durian paling sedap dan segar saya pernah makan masa balik dari Cameron Highlands awal tahun 2010. Masa tu saya bawa mak ayah pergi bercuti ke sana. Kira macam hadiahlah untuk diorang. Tambah pulak mak memang tak pernah pun jejak kaki ke tanah tinggi tu. Bukan main suka lagi mak bila saya cakap nak bawa pergi Cameron. Ayah relaks je ... sebab masa dia kerja dulu-dulu dah pernah pergi. So, rasa keterujaan dia agak kurang berbanding mak. Cuma ayah antara percaya dengan tak yang saya akan drive mybee saya tu naik Cameron ikut Simpang Pulai! Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai. Untuk dijadikan teman ... saya ajak adik bongsu sekali. At least saya ada teman tidur dan boleh gilir-gilir drive kat highway plus. 

Masa balik, kami ikut jalan ke Tapah! Memang mencabar tapi menarik. Kat sinilah jumpa dengan orang asli yang jual durian dan petai. Huh! rugi kalau tak berhenti ... mak siap ajak berhenti makan durian lepas tu siap beli bawak balik lagi. Penuh punggung mybee ai tau! ish ... mak saya tu memang teruja memanjang kalau benda-benda mcm nie. Borong petai dan durian sekali ...

Mak ada request nak pergi Cameron lagi! Dia cakap seronok stay kat sana. Sejuk lebih kurang macam kat Mekah katanya. Nantilah mak ... cukup bajet kita pergi. Tapi tahun nie macam plan nak bawa mak ayah bercuti kat pulau pula. Pulau mana belum lagi ditentukan! Insya-Allah ada rezeki lebih akan dipertimbangkan. Seronok lihat mak yang teruja tu ... lagi seronok tengok dia shopping. Happy je!

Bermula dari hanya nak bercerita pasal durian yang mahal terus cerita pasal mak pulak. heeeee! Lagipun tengah rindu kat mak ayah. Mesti mak tengah sibuk jahit langsir baru untuk raya nie. Hari tu dia sibuk-sibuk nak ke Jakel beli kain langsir. Kebetulan saya dapat rezeki lebih ... dapatlah mak tukat langsir baru tahun nie! Alhamdulillah. "Mak ... doakan anak mak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup ya!".


Sedihlah pulak. Sobs...sobs...saya stop sini dululah! Kang meleleh pulak air hidung nie sekali. Kerinduan tahap maksima kat mak n ayah skang nie. Buat pembaca kesayangan ... TERIMA KASIH BACA HINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR!



CK : Selamat sudah siri kemas mengemas my messy desk! huuuuuuuu kemas siot!

11 comments:

  1. tula kan. mahal betul durian.
    dulu adelaa dusun.
    tapi skrg dusun dah dusun semak. hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..mcm cf la..giler durian gak..selang 2 hari beli...

    ReplyDelete
  3. Sokong!!! hee. Berbaloi mahal2 beli. Tapi risikonya pun tinggi juga kalau duriannya busuk. hee. :)

    ReplyDelete
  4. apa nak buat kalau dah hingin sangat nak makan... nak tunggu pokok sendiri berbuah pakai tidak laaa... tanam pun idak... heheheh

    ReplyDelete
  5. aku tak mkn durian. ni je aku nk bgtaw.

    ReplyDelete
  6. awak..kalau nak durian free senag je,tanam sndr..msti best..heheehe

    ReplyDelete
  7. akak, try pegi sungai buah kt jenderam tu..

    ReplyDelete
  8. :) terima kasih sudi komen.. suke tag header awak juga.. kita selalu mengeluh.. tapi sebenarnya Allah dekat je ngan kita kan..

    ReplyDelete
  9. gambar2 yang saya paparkan dalam blog saya adalah gambar pada saiz original. saya dah setkan sesiap format saiz semasa saya edit / crop gambar2 saya... saya guna size 730x490.. sebab itu mungkin gambar tak pecah..

    harap dapat membantu..

    ReplyDelete
  10. duriannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn hehehe

    ReplyDelete
  11. Hye, nk tumpang promote this blogshop, http://hijab-intrend.blogspot.com/ or you can find us at fb, hijab-intrend blogshop.

    Kami ada menjual shawls yg superb cantik. The latest one is, custom made shawls yg memang cantik dan berkualiti tinggi! Pembelian lebih dari 2 akan diberi discounts yang memang memuaskan! (: Btw, thanks yaw.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!