Monday, July 25, 2011

"Sampai Hati Kau Budiey ... Kahwin Tak Cakap Pun!"

Assalamualaikum ...


Hai! Salam Isnin ... cerita pasal kahwin. Harap korang tak busanlah baca. Walaupun isu nikah kahwin nie buat saya macam muak bila disoal. Mampu senyum ajelah. Sebab saya nie jenis manusia yang yakin dengan segala ketentuan Tuhan. Apapun Tuhan bagi saya terima sahaja. Biarpun manusia sekeliling macam tak puas hati je tengok "senyuman" saya nie. Sampai satu tahap saya dah malas nak fikir dan buat orang lain fikir untuk saya ... terutama mak ayah! Biar kasi pening sikit. Saya ok je ... tapi orang lain yang resah melampau. 

Kawan-kawan yang dah kahwin ... yang ada 2-3 orang anak bila nampak kita, sure tanya "bila kau nak kahwin?", "bila nak makan nasi minyak"!. Buat mereka yang tanya bila nak makan nasi minyak ... anytime saya boleh bawa korang pergi makan nasi minyak kat Nasi Minyak House Jalan Reko, Kajang tu. Korang makanlah puas-puas yek!

Ini perihal sorang buddy saya yang dah pindah keje lebih kurang 2-3 tahun lepas kot rasanya. Kami baik juga. Dia pun kahwin agak lewat, cuma saya je yang belum kahwin lagi. *freedom*. Masa dia kahwin memang saya datang ... dah nama kawan baik. Dulu sebelum kahwin pernahlah dia meluahkan rasa hati dia yang belum kahwin-kahwin ... teringin nak ada anak dan bagai lagilah. Risau dia lagi melaut berbanding saya sedangkan masa tu baru umur 27 tahun. Sayalah dok memujuk hati dia minta bersabar dan bagai. Insya-Allah jodoh tetap ada. Antara cepat dan lambat. Tazkirah tak henggat tapi diri sendiri masih "bebas"!. Baguskan ... takda pengalaman pun masih boleh nasihat orang macam saya dah 4-5 tahun kahwin. kuang ...kuang ... kuang!

Tup-tup dia dapat kerja dengan full gomen. Alhamdulillah ... memang rezeki dia. Dan juga memang bertambah rezeki dia bila setahun kat tempat baru ... dia bertemu jodoh! Paling saya bangga dengan dia ... dia tak lupakan saya. Beria-ia dia jemput saya datang ke majlis dia. Majlis dia memang simple ... tp menarik!

Dia dapat anak sulung ... saya tak sempat pun jenguk. Setakat tanya khabar melalui sms. Itu yang termampu dilakukan antara kami berdua. Masih ingat ... cuma masa tak izinkan untuk bertemu. *Alasan*. Sekarang nie dia sedang sarat mengandungkan anak kedua ... katanya bulan September nie akan melahirkan! huuuu bertambahlah rezeki kau Iejankan! Aku rindu kat ko ...!

Pagi ini saya terima balasan email dari dia ... ha ha ha dia tak habis2 nak tunggu saya kahwin! Nak makan nasi minyak sayalah ... macam-macam betul! Dia risau kot saya lupakan dia agaknya ...


"Ko Aper citer? .... Kawen senyap-senyap tak jempot pownsss ... apa ar budiey macam nieh ...."



Dari dulu sampai sekarang ... macam tulah dia! Tak berubah ... risau sangat saya kahwin diam-diam dan tak jemput dia. ha ha ha ....


Nanti kita jumpa ye .... peluk cium dengan mama buyoooong! Iejan .... aku kahwin aku jemput ko ye ... takdanya nak diam-diam. Insya-Allah.



CK : Bahagia tengok kawan-kawan ....

3 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!