Saturday, July 2, 2011

"Kak ... Telur Dadar Tu Yang Sebiji-Sebiji Ke Atau Yang Hancur-Hancur??"

Assalamualaikum ...

Wah! Syurga dunia betul kalau dapat dok rumah hujung minggu. Bangun tidur tak payah kelam kabut siap-siap pi kerja! Walaupun weekend saya kerja juga hari nie ... cuma masuk petang sikit! Masih boleh bersenang lenang di rumah!

Pagi tadi bangun je ... buat apa yang wajib dan patut dulu. Kemudian layan blog. Layan FB. Siap semua dilayan ... kemas rumah dan mop lantai! Baju tak payah nak basuh sebab hari Khamis lagi dah basuh. Kurang sikit kerja hari weekend.

Siap semua kerja! Time perut melapar dan berkeriuk. Part yang paling saya suka ... COOKING! Love cooking so much!! Walaupun tak terror mana pun masak ... tapi saya rasa memasak nie buat hati jadi tenang! Jom layan ... masakan saya yang tak seberapa. Janji konyang perut den nie. 


Masak ayam paprik! Nasib baik pokok limau purut dalam pasu saya yang satu tu masih hidup. Kesian sangat pokok tu terabai. Macam tuan dia jugalah ... kadang-kadang terabai. Masak nie senang ... ada lauk ada sayur. Dan tak payah susah-susah ... sebab perut nie dah tak tahan asyik bergendang!


Up satu lagi dengan Telur Dadar! Part telur dadar nie semacam lawak jugaklah. Ini adik saya yang buat atas permintaan. Bila saya suruh buatkan dia boleh tanya; "Kak ... Telur dadar tu mcm mana? Yang hancur-hancur tu ke? Atau yang sebiji2 tu??.

Keh ... keh ... keh ... memang bikin lawak budak sorang nie. Sedangkan setiap pagi saya buatkan breakfast kat dia siap ada telur dadar lagi. Hari ini dia boleh bagi soklan cepumas. Adeh ... nk gelak guling-guling rasanya! Tulah bila saya masak ... duk terperap dalam bilik. Ish adik...oh adik! Sabar ajelah kan ....


Dah siap semuanya! Jom makan ... 2 jenis masakan cukuplah. Tak boleh makan banyak-banyak ... nanti gemuks. ha ha ha .... sedangkan memang dah chubby tak hengat dah nie!


Oklah .... nak siap-siap pi kerja jap lagi. Nanti malam sambung lagi. Happy weekend korang semua! Love u'olls.

Terima kasih baca sampai NOKTAH YANG TERAKHIR!!




CK : Ish ... awak dah makan kew?? Makan apa tengahari nie??

5 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!