Assalamualaikum ...
Baru masuk office. Tadi saya pergi lawat tapak. Buat pemantauan sikit-sikit apa yang patut. Panas betul walau tak seterik mana. Berpeluh dan pening jugalah kepala. Seronoknya kalau dapat lepak rumah bersama family! Tadi sebelum masuk office, akak ada call ... katanya nak datang rumah petang nie! sukenye saya ... boleh main dengan anak-anak. Abang saya pula nak cycling kat Putrajaya ... so, akak dan anak-anak akan lepak kat rumah saya. Meriahlah. Jam 5.00pm saya habis kerja, boleh balik rumah and masak apa yang patut untuk abang and akak sefamily.
Intro je pasal family, tapi nak cerita perihal lain. Perihal betapa pantangnya saya tentang satu-satu benda nie. Memang cerewetkan kau minah oi ... sana sini pantang. Sana sini geli! Apahallah lu minah ... ha ha ha. Lantaklah apa orang nak cakapkan. Cerewet pun cerewetlah. hu hu ...
Dekat office, saya memang pantang kalau orang ambik stationery saya tanpa izin. Sedar-sedar hilang kena kebas! Boleh hangin satu badan hokey. Tapi lebih suka diam je lah. Nak ambil boleh, tapi kasi tuan empunya badan tahu dulu. Jangan main sedap rembat. Satu perangai saya ... kebanyakan stationery kat office saya beli sendiri. That's mean saya tak guna sepenuhnya HAK KERAJAAN ok! Walaupun Kerajaan sediakan macam-macam stationery pada kakitangannya, tapi ada sesetengahnya saya tak berasa selesa. So, tak kisahlah kalau setakat keluar duit gaji sedikit beli pen, stapler, liquid paper dan macam-macam benda yang brandnya saya dah biasa guna masa belajar.
Bukan nak cakap apa yang disediakan tak bagus, cuma tak serasi dengan saya bila nak buat kerja! Bila dah keluarkan duit sendiri mestilah saya bengang kalau orang lain suka suki rembat apa yang ada atas messy desk saya. Bila hilang satu benda memang susahlah saya nak buat kerja. Sebab itulah saya memang pantang betul la kalau orang jenis sedap-sedap rembat nie!
Saya bukan kedekut dan bukan berkira! Kalau jenis kedekut dan berkira tak adanya saya nak keluarkan duit gaji sendiri beli barang-barang office sedangkan telah disediakan. Cuma saya lebih senang buat kerja dengan stationery yang saya beli sendiri! Lagi puashati ....Tapi tak adalah semua benda saya beli sendiri. Benda-benda yang besar semua saya guna KERAJAAN punyalah. Kalau nak keluarkan duit gaji beli mesin cetak dan photostat sendiri .... muflislah saya! ha ha ha. Yang saya mampu sahaja dan untuk kegunaan kerja je saya beli sendiri.
Ada juga pegawai yang gaji ribu-ribu tapi minta beli stationery office yang harga tak sampai RM10 pun kedekut! Haisssh ... apalah! Kita nak buat kerja untuk dia juga ... asyik anak buah yang gaji tak seberapa je beli ... bila kerja siap, yang dipuji boss jugak. So, apalah salahnya berbelanja sedikit bagi memudahkan kerja! Ye dak???
Manusia nie macam-macam peelnye! Ada kedekut dan ada yang tidak. Ada yang cerewet dan ada yang tak kisah! Macam bola kat atas tu ... macam-macam warna ada! So ... manusia pun tak terlepas memiliki macam-maca warna itu mengikut tafsiran tersendiri! heeeeeeee
Oklah korang ... nanti kita sambung! Terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR! Selamat berbahagia bersama yang tersayang di hari minggu. Esok last day Putrajaya Floria ... ingat malam nie saya nak upload gambar Floria lagi ... PART 5! Insya-Allah ...
PART 4 ....
CK : Baru terjumpa stationery yang hilang seminggu ... tahu dah sapa yang ambik. Bukannya nak cakap. Susah payah cari ... ish ish ....
takde integriti kalau suka ambik barang orang. heee. :)
ReplyDeletelin kali awak kenaltk amran kt situ "KALAU RASA TAK MALU SILA LAH AMBI"..HEHEHE..
ReplyDelete