Friday, July 8, 2011

Mari Sama-sama Kita MEMBINA KEYAKINAN DIRI!!

Assalamualaikum ...

Salam Jumaat! Semoga hari ini kita diperoleh keberkatan. Saya cuma nak share info menarik bagi membina keyakinan diri. Info nie saya dapat dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir!

Perasan atau tak, kadang-kadang kita ini mempunyai keyakinan diri yang kurang bila berhadapan dengan sesuatu yang kita tidak biasa atau sememangnya kita dah biasa tetapi asyik dibuli oleh orang lain. So, jangan biar diri kita terus diperkotak-katikkan hidup-hidup oleh mereka yang tidak sepatutnya!

Membina keyakinan diri adalah penting untuk membuatkan diri kita lebih berjaya, berani dan lebih tenang kehidupan yang kita hadapi. Sebab itulah dalam dunia pekerjaan terutamanya keyakinan diri amat penting! Kita bukan sahaja akan berhadapan dengan rakan sekerja dan ketua serta pihak pengurusan atasan malah juga perlu berhadapan dengan orang ramai. Kalau tak yakin macam mana nak berurusan?? Boleh tu boleh berurusan cuma tak dikategorikan sebagai cemerlang!

Keyakinan diri yang patut ada dalam diri kita ... jom jenguk! Tapi yang penting jadikan ia amalan ... bak orang cakap tak guna ada ilmu tetapi tidak beramal! Macam pokok buah yang tumbuh subur, rendang tetapi tidak berbuah!



  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
  2. Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  3. Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
  7. Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Yang saya merahkan tu ... memang perkara yang selalu berlaku kepada kebanyakan orang! Kadangkala susah nak ubah. Macam saya dulu jugaklah! Tapi bila bertahun-tahun perlu berhadapan dengan orang ramai semasa berurusan kerja sampai sekarang nie, Alhamdulillah semua dah ok! Cuma nak mantapkan lagi skills sahaja.

Jika kita benar-benar yakin, kita akan merasa puas bila melakukan sesuatu. Minat kita untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik akan sentiasa ada dalam diri! Itulah pentingnya yakin diri! Bila tak yakin sahaja kita akan jadi MALAS, BOSAN, MENYAMPAH dan berbagai perkara negetif akan wujud dalam diri kita! Jadi berusahalah untuk menjadi individu yang sentiasa yakin dalam banyak perkara. Moga-moga segala urusan anda dipermudahkan olehNYA ... Amin!

Saya harap perkongsian saya ini memberikan manfaat buat semua! Selamat beramal dan terima kasih membaca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!



CK : Membina keyakinan memerlukan amalan yang beterusan! Konsistenlah tu ...

8 comments:

  1. Wah!!! Nice info. Like2. :)
    n jgn lupa keblog kami eh. Banyak info terbaru. (^_^)

    ReplyDelete
  2. time ksh..mmg sush gak nak bina kykinan diri ni..yg pnting bnda tu ada dlm dr msg2,cuma pndi2la nak pupuk dia..

    ReplyDelete
  3. Thank you for the tips. Membuat hari-haribertambah ceria...

    ReplyDelete
  4. bl baca tu btl2 rasa mcm termotivasi :)

    ReplyDelete
  5. great info, but kalau ada masalah nak start camne plak?

    ReplyDelete
  6. wah... thx u dear...

    tahniah anda menjadi follower ayu yg ke 100..

    xleh tinggal link kan.. nnt singgah la blog ayu yee.. :)

    ReplyDelete
  7. terbaik CK! tertingkat keyakinan KAMI. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!