Assalamualaikum ....
Putrajaya mendung! Saya baru mula nak memBERSIHkan rumah. Kemas sana sini dan masak breakfast. Mula tu dok terfikir nak BERSIH dulu ke atau nak pergi FLORIA dulu. Last-last rasanya lebih baik BERSIHkan dulu 9 Julai nie. BERSIH rumahlah! Setelah berfikir dengan bijak dan ingin merehatkan otak ... jom kita layan FLORIA! heeeeeee
Baru start BERSIH sikit-sikit, terutamanya dapur. Guruh pula dah berdentum di luar sana. Macam mana nak keluar pi tengok Floria nie? Dahlah tema tahun nie memang menarik sangat! Putrajaya Flower and Garden Festival @ Putrajaya FLORIA 2011 dengan tema ROSES ARE FOREVER!
Takpe jam 9.00am mesti saya kuar! Hari ini bertemankan si comel. Tak adalah sorang-sorang nak jalan. Boleh ambil gambar banyak-banyak then malam nie boleh upload untuk tatapan korang! Eh ... kalau sempatlah ye.
Untuk yang berminat pergi Putrajaya FLORIA 2011 jomlah! Jenguk banner nie untuk maklumat yang berkaitan! Pasti meriah ... katanya malam nie ada PERARAKAN BOT BERHIAS DAN PERTUNJUKAN BUNGA API! Rugi kalau tak layan ... hu hu
[Klik untuk maklumat lebih lanjut ...]
Oklah saya dah nak siap-siap, sebelum tuh meh kita layan petua sikit. he he he .... bolehkan!! PETUA PENYERI MUKA! aaauwwwww ...
Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama 25 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Amalkannya seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
Terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!
CK : Kalau mendung tapi tak hujan ... ok jugakkan! Tak adalah ketiak berpeluh sangat bawa si comel jalan-jalan. he he he
hye sis huhu area kota warisan pun huja ni.ingat le[as habis anak kemabr kite sukan tahunan nak gi floria...benci BERSIH!!!Bersihkan hati dan minda tengok bunga2 lagi best..betul tak he3....
ReplyDeleteHmm menarik jugak ni..
ReplyDeletehehe..pegi jer mana2 yg tenang n hepi...kan3..
ReplyDeletebersihkan rumah lagi bagus, heee, takde rezeki lagi KAMI nak ke putrajaya.
ReplyDelete