Salam Jumaat! Hidup ini macam bola ... kadang di bawah kadang di atas! Ada masanya kita biar diri kita disepak sana sini. Kadang masuk gol kadang tersasar. Itulah kehidupan ... sementara tapi penuh dengan dugaan dan cabaran tersendiri!
Bila kita di atas jangan lupa rumput di bumi. Sesekali tunduklah di bawah, mengenang dan mengambil iktibar apa yang telah dilalui. Bila kita di bawah, jangan terlalu mengeluh sendiri kerana kadangkala ada ramai lagi yang lebih menderita dari kita!
Di atas tak semestinya selesa. Di atas tak semestinya bahagia. Ada jua cabaran dan dugaan tersendiri. Di bawah tidak semestinya dipijak selalu. Di bawah tidak semestinya hati tidak tenang. Ada masanya di bawah kita lebih rasa bahagia.
Bola kehidupan bergolek ke sana sini sebelum disumbat ke mulut gol! Gol adalah destinasi. Gol adalah kejayaan. Gol adalah kegembiraan. Gol adalah ketenangan ... dan Gol jua adalah kehebatan!
Tetapi sesekali berfikirlah. Renungkanlah .....
Adakah gol yang kita berjaya perolehi itu atas titisan airmata orang lain atau titisan airmata sendiri??
Renung-renungkan ... selamat beramal dan terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!!
CK : Akhir2 nie asyik mimpi sahaja...buat tidur terganggu dan diri menjadi penat! kenapalah??
CK : Akhir2 nie asyik mimpi sahaja...buat tidur terganggu dan diri menjadi penat! kenapalah??
berfikir.
ReplyDelete