Assalamualaikum ...
Sempat lagi blogging! heeeeeee ... memang dasar blogger betul. Bangun jam 4:15 am, bergegas bangun dari tempat pembaringan. Rasa macam dah lambat sangat. Yelah pendaftaran untuk Cabaran 10,000 Langkah Sehari nie mula jam 4:00 am hingga 6:30 am. Risau takut lambat ... nak mandi dan siap lagi dah ambil masa.
Terus kejut Inchik Babah. Rupanya dia tak boleh tidur ... asyik-asyik terjaga katanya. Macam nak pergi sukan sekolah rendah aje. 4:40 am saya gerak dari rumah untuk jemput Inchik Babah then sampai kat lokasi pendaftaran depan Istana Kehakiman Presint 3, Putrajaya lebih kurang jam 5:15am.
Dalam kereta memang risau je kami berdua. Risau takut orang dah ramai sangat. Melepas pulak t-shirt free ... hu hu! T-Shirt hanya akan diberi kepada 10,000 pendaftaran sahaja. Kalau dah 10,001 dan seterusnya tu pakai t-shirt yang beli sendirilah ye! Paling risau ... takut orang dah meramai dan terpaksa beratur dengan penat! Tak sanggup rasanya ... lebih baik bangun awal dengan rela ye dak??
Sampai je ... huuuuuuu orang tak ramai pun! Kaunter Berita Harian untuk pendaftaran belum pun buka lagi sedangkan masa tu dah 5:30 am. Senyum meleretlah saya. Tak perlu beratur memanjang ... dan tak perlu bazir masa tunggu lama.
Tapi ada sorang mamat berbadan besar nie ... poyo nak mampus! Geram betul saya. Nama je tinggal di Malaysia yang jadikan budi bahasa budaya kita, rasanya dia nie takde kesedaran sivik serta ihsan di hati langsung. Sampai je petugas-petugas Berita Harian kat kaunter pendaftaran terus dia bising-bising ... marah-marah ... konon dah tunggu lama gilelah dari kul 4:00 am tapi kaunter belum buka! lagik Macamlah dia sorang yang tunggu ... Orang lain tunggu gak, boleh je cool pepagi nie! 5:30 am kau nak bising tak tentu hala macam orang tak sekolah apahalkan??!??!
Memanglah salah petugas-petugas Berita Harian sebab delay pendaftaran sampai kul 5:30am, tapi mereka mungkin ada sebab kenapa benda nie boleh jadi lambat. Kita cuma merancang dan usaha yang terbaik. Tetapi sebaliknya kita tak tahu. Tak perlu pun nak serang orang pagi-pagi buta macam tu. Kitakan ada budi bahasa. Cakaplah baik-baik. Bikin malu sahaja! Kalau ada peserta dari negara luar macam mana? Mesti mereka cakap, "macam nie ke rakyat Malaysia ... kurang ajar!, tak ada budi bahasa". Tapi takdalah mereka cakap dalam bahasa Melayu ... itu saya dah translate supaya mudah korang baca! heeeeeeee
Oklah nanti kita sambung ... saya nak melangkah dah ... ada lebih kurang 30 minit lagi! Mula berjalan 8:00 am. Kena pergi sesi regangan 7:45am!
Doakan saya ... bukan untuk menang tapi untuk tamatkan 10,000 langkah tu dengan jayanya! Terima kasih korang. Happy weekend ya!!
CK : Sempat lagi makan roti canai kat mamak kembar Presint 9 ... heeeeee
selamat berlari cik kamoo...
ReplyDelete