Bukan menyalahkan sesiapa. Bukan aku dan jua bukan kau. Orang lain telah lama bahagia. Tapi kita masih berdiam diri kerna perkara yang sia-sia. Tidakkah ingin mencipta bahagia sementara waktu masih ada ... sebelum tibanya senja ... sebelum ditegur kelam malam. Fikirlah apa lagi yang dikejar dalam hidup yg sementara ini?
Jika kau berbicara tentang cinta ... maaf! aku sudah tidak mengerti apa itu cinta dari manusia kepada manusia! Tapi aku tidak pernah lupa, cinta dahulu yang pernah beri aku bahagia dan jua airmata! Dan dulu aku jua tahu cinta buat hati berbunga-bunga! Kupu-kupu seolah berterbangan dengan indah di hadapan mata. Sekilas ku toleh ingin ku tangkap, kupu-kupu terbang menjauh dan hanya mampu ku pandang!
Jika kau menyebut tentang cinta hari ini, mungkin ada masa aku bodoh untuk mengerti. Tapi berikanlah aku masa untu membuka hati yang tertutup rapat tanpa ku pinta. Jika kau sebut tentang rindu ... aku jua tidak tahu bagaimana untuk memberi dan menyambutnya semula kerana aku memandang semua spesies berbeza itu sama buat ku!
Sialan kehidupan yang pernah hinggap, tiada sekelumit dendam tersimpan. Kaki masih mampu melangkah setapak ke hadapan dengan satu doa ..."Wahai Tuhan! Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ... permudahkanlah urusan hidup ku di dunia dan di akhirat mu. Andai aku lalai, alpa dan lupa di duniaMu ... berikan aku cahaya biarkan sekecil cahaya kelip-kelip merentas malam gelap agar aku kembali di jalan benarMU!"
Jika aku makin jauh berlari, usah kau kejar lagi! Kerana pasti nanti kau mengerti ... cinta bukan semata-mata untuk memberi! Dan jika ditakdirkan Tuhan cinta itu bersatu, seharusnya kau sujud syukur di saat Tuhan memberi! Dan aku mungkin tersenyum ... melihat kau bahagia kembali!
Aku sentiasa optimis hadapi hidup yang membuat jiwa mudaku tercabar setiap masa! Aku bersabar kerana aku mengerti .... hidup hanya untuk mati! Dan aku memikirkan ... apa bekalan ku nanti!
CK : Hanya tulisan ...
nice post.kecintaan kepada Tuhan Pencipta kita yang perlu dicari.cinta yang laen belakan kira.nice post.kredit to you.
ReplyDeletenice one dear..itulah cinta yang teragung dan selamanya..
ReplyDeletebagi KAMI, cinta kepada family lebih besar nilainya dari cinta kepada pasangan. :)
ReplyDeletehanya tulisan. :)