Friday, July 22, 2011

"Bapa Saya Buat Hal! ... Dia Kena Tahan ...!"

Assalamualaikum ...


"Bapa saya buat hal dengan mak saya ... dia kena tahan!"


Terkedu dan terdiam saya bila mendengarnya. Ini adalah sambungan dari entry yang [ini]. Entri yang tergantung sebab ada tugas lebih penting yang perlu dilaksanakan pagi semalam. Hari Rabu malam saya menerima jemputan untuk majlis tahlil dan kenduri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Kebetulan kami mengenali dengan agak rapat boss di sebuah lokasi makan yang agak menarik di Putrajaya. Makanan pun sedap. Yang ini kemudian kita cerita ...

Majlis tersebut turut dihadiri oleh lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan anak orang susah dari Puchong. Solat mahgrib bersama, memulakan bacaan tahlil dan kemudian solat Isyak sebelum memulakan majlis. Memandangkan saya pada masa itu berada dalam keuzuran makanya hanya memerhatikan dari jarak dekat  serta mengaminkan doa! 

Sedang leka memandang ... ada seorang budak perempuan lingkungan 14 tahun datang dan duduk di sebelah saya sambil hulur tangan bersalaman. Dia senyum. Dan saya membalas senyuman berkenaan. Dia diam dan saya pun diam. Tak tahu nak berborak apa. Mungkin juga dia segan untuk berborak dengan saya dan saya pula tak tahu nak bertanyakan apa ketika itu.

Lebih kurang 10 minit masing-masing mendiamkan diri dan senyum! Saya mula meringankan mulut untuk  bersembang sebab dari tadi dia asyik tersenyum simpul memandang saya. Mula-mulanya saya ingat dia adalah anak saudara kepada boss tempat makan nie ... rupanya bukan!


Saya : Adik datang sama-sama dengan mereka yang solat tu ke?

Adik Senyum : Ya ... [dengan nada suara agak perlahan, sampaikan saya terpaksa mendekatkan jarak kami]

Saya : Datang dengan apa tadi? Dari mana?

Adik Senyum : Naik bas ... dari Puchong

Saya : Ooooo bas yang luar tu ke? Datang pukul berapa?

Adik Senyum : A'ah...datang kul 3.30 petang.

Saya : Adik dah lama ke tinggal kat situ? [di rumah anak-anak yatim]

Adik Senyum : [Sambil mengangguk] ...... Tahun 2008 ...

Saya : Lama dah rupanya ... seronok ke tinggal situ? kawan-kawan baik tak?

Adik Senyum : Seronok! *senyum* kawan-kawan baik! Ayah saya kena tahan ... dia buat hal balik dengan mak saya!" .... [Tiba-tiba tanpa disoal! Dengan nada bergetar dia maklumkan kepada saya]

Terkedu!! Tiada soalan mengenai kenapa ditahan dan sebagainya! Jadi faham-faham sendiri sudah!

Saya : Mak datang tengok tak?

Adik Senyum : Datang ... tapi mak kerja!

Solat Isyak dah sudah. Kawan-kawan dia panggil dia. Dan marahkan dia ..."kenapa tak solat?? Cepat datang sini solat ... jangan nak mengada-ngada!".

Dia pun berjalan perlahan ke ruang solat dan mula memakai telekung. Dia tak sempurna macam kita. Jalannya agak susah sikit dan pergerakannya agak perlahan. Pertuturannya juga agak susah untuk difahami kerana sebutan yang kurang jelas. Mungkin sebab itu dia agak segan nak berborak dengan saya pada mulanya. 

Ini adalah pengalaman pertama saya menghadiri majlis yang turut disertai oleh anak-anak yatim dan orang susah. Mungkin ada sebab kenapa hati saya tergerak untuk menerima dan menghadiri jemputan berkenaan.

Saya dipertemukan dengan seorang budak yang kurang segalanya dalam kehidupan dia. Kurang kasih sayang. Dengan pemakaian yang kurang kemas. Hidup dia cuma dikelilingi oleh kawan-kawan dan cikgu dan mungkin sesekali ibunya menjenguk dia di rumah anak-anak yatim. 

Tapi dia masih tersenyum! Tidak merungut bila dimarah kawan-kawan kerana lambat solat.  Tetap meneruskan solat dengan senyuman. Dibantu kawan-kawan yang senasib. Betapa di wajah dia penuh ketenangan. Suci. Bersih! Mungkin dia belum tahu kehidupan sebenar ...


Bila melihat dia dan mengingat kembali kata-katanya, saya bersyukur sangat! Saya dilahirkan, dibesarkan dan dididik oleh sebuah keluarga yang lengkap walaupun bukan dalam kemewahan! Alhamdulillah.


Kita selalu berkata kita bersyukur, tetapi tanpa kita sedar ... kita juga kerap kali kufur nikmat!



Terima kasih baca pengalaman saya sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!




CK : Office yang lengang. Masing-masing buat hal sendiri ... ada yang cuti, lawat site, jumpa client, meeting .... dan saya sedang semak laporan kewangan! Huh ... pening memandang nombor! Memandangkan hari ini rehat pun lama, rasanya malas nak pergi merayau tak tentu hala. Nak melepek kat office ajelah!

6 comments:

  1. bersyukur ada family dan dibesarkan di depan mata family..

    ReplyDelete
  2. alhamdullillah..sentiasa bersyukur

    ReplyDelete
  3. bersyukur kita dikurniakan family dan sempurna sifat...

    salam dear, thanks drop by my blog...awat tak follow sekali? huhu...

    ReplyDelete
  4. alahai. kesiannya dia. semoga dia tabah untuk terus mengharungi liku-liku kehidupan sementara kita pula kenalah sentiasa bersyukur dengan segala yang kita ada :)

    ReplyDelete
  5. Smoga dia dirahmati dan dilindungi~

    ReplyDelete
  6. sy prnh di kelilingi oleh ank yatim dn org2 sush,mmg kesian tgk diorg,redha je apa nk jd pun,tp ttp hdp mcm biasa,tp yg ksiannya,smpi ada yg snggup ambk ksmptn kt diorg..cian diorg..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!