Friday, July 29, 2011

Terduga ... Tertekan! Tersedih Sekali ....

Assalamualaikum ...


Sebelum nak sembang-sembang lebih panjang, saya harap korang yang baca blog nie sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah Ta'ala! Amin ...

Hari ini memang dugaan buat saya, tertekan dan last sekali sedih! erghhh .... macam-macam hal! Tapi Alhamdulillah, apa yang saya rancang boleh dikatakan semua tercapai. Terima kasih Allah! Semua hal mungkin berpunca dari malam tadi dan semuanya berlaku dari minggu lepas dan bersambung kepada minggu nie.

Memandangkan next week saya akan cuti, memang saya pulun kerja giles babas punya. Dengan harapan bila balik sini, tak adalah kerja berlonggok. Memang itu habit saya sejak dulu, kalau nak cuti je ... pasti saya siapkan kerja sehabis boleh. Saya tak nak bila masuk je keje lepas cuti saya jadi stress. So, cuti tu macam sia-sia. Biar saya stress sebelum cuti ... lebih bermakna!

Dengan kelam kabut, banyak kerja, jumpa orang sana sini, pergi ambil kurma coklat kat Abang Long, pergi hantar gambar promosi barang jualan raya, buat report .... dalam kelam kabut macam nie, terjadilah benda tak terduga yang menduga saya!

Sebelum pergi jumpa Abang Long, saya dengan tak sengaja tertinggal kunci  kereta dalam kereta then kereta tu AUTOLOCK! erghhh ... memang sekian sungguh! Terduga dan tertekan je masa tu. Sabar ajelah. Naik atas buat kerja ... kemudian jumpa Abang Long ambil kurma coklat pastu pergi jumpa sorang kakak yang minta tolong saya amik gambar untuk promosi jualan raya. Siap semua saya balik rumah!

Geledah cari kunci spare! Nasib baik jumpa ... dan nasib baik ada yg sudi pinjamkan motor kat saya. Thanks laaa ... kalau tak, petang baru balik la amik kunci. Hari ini memang mencabar. Dahlah saya target siapkan semua kerja yang dirancang hari ini. Alhamdulillah capai target. Suka rasanya.

Tapi suka pun sekejap je! Bila Malaysia kalah masa lawan dengan Singapura tadi... rasa nak hempus hempas pelakon-pelakon singa yang sikit-sikit injured! Bengang je saya yang nengok. Berlakon sungguh! Malulah. Apapun ... Safee Sali 10 dan Khairul Fahmi memang best. *Budak office saya cerita Khairul Fahmi dan Jejariruncing sekarang tengah goyang ... ye ke??*. Keputusan malam ini bagi Kelayakan Piala Dunia : Singapura (1) vs Malaysia(1). Aggregat 6-4! Pasrah ajelah!!

Saya tetap bangga dengan Malaysia walaupun kalah. Kurang-kurangnya tak adalah berlakon lebih macam pemain Singapura tu! Saja je nak lengahkan masa ... huk aluh sengal dowh! Berjuang betul-betullah ... barulah HERO!!

Bab Malaysia kalah nielah tersedih sekali untuk hari ini. Apapun tetap salute kat Malaysia. Mungkin belum rezeki ....


Dah menguap-nguap nie ... tatalah korang ye!! Good nite hokeeeey ... malam Jumaat tidur awal! oppppppsssssssss ... takda kena mengenapun dengan entry dan tuan belog!! heeeee



CK : Rasa macam VIP bila ada yang siap booking tempat kat kedai mamak layan bola. Kedai mamak je pun ... jgn nak perasan lebih hokeeey!

2 comments:

  1. sabaaa. singapura main lakonan. boleh masuk academy award. aku pun baran tgk match tadi. huhu

    ReplyDelete
  2. slmt brcuti ye tuk akan dtg..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!