Assalamualaikum ...
Morning kawan-kawan! Mata saya amat perit sangat-sangat. Rasa malas nak bangun pagi tadi. Tapi suka atau tak kena bangun awal jugak sebab pagi ini ada kerja penting perlu diselesaikan. Kepala nie rasa berdengung sangat-sangat. Dah kembang semacam dah gara-gara tak cukup tidur.
Malam tadi memang tak sempat nak update apa-apa ... nak blogwalking jauh sekali sebab sampai rumah 12:30am. Semalam ada jemputan ke majlis tahlil dan sedikit jamuan makan sempena menyambut Ramadhan yang akan datang tak berapa hari sahaja lagi. Majlis tahlil bersama anak-anak yatim dari Puchong. Ada kisah yang agak menyentuh hati di sini. Tapi nantilah kalau ada kelapangan saya akan ceritakan. Yang penting kalau saya tak lupa ... antara cepat atau lambat pastinya cerita berkenaan jadi entri di sini. Insya-Allah!
Sesi makan-makan semalam selepas solat Isyak memang habis agak awal. Kemudian berborak dengan seseorang yang memang berilmu dengan seronoknya. Sampai saya rasa ingin menongkat kelopak mata dengan 2 batang mancis. Mengantuk yang teramat. Menguap tanpa henti! Tapi digagahkan juga sebab ia seakan satu majlis ilmu secara kecilan. Seronok berbicara tentang Islam, Melayu dan Malaysia ....
Nampaknya saya terpaksa biar entri ini tergantung di sini. Dah nak baca doa pagi dan saya telah dipanggil untuk laksanakan tugas.
Sambung nanti ...
CK : Amat penat
Menunggu dengan keterujaan akan entri seterusnya. Seronok jika disekeliling kita ramai orang berilmu.
ReplyDeleteilmu sentiasa berada dimana2,terpulang pada kita macam mana nk ambil dia,tengah berjalan pun kita blh tmbh ilmu kita..btl x??
ReplyDelete