Monday, July 11, 2011

Memang Terbaiklah Hari Ini ....

Assalamualaikum ....

Jam dah hampir 7:00 malam! Saya masih kat office lagi. Serius tak terasa pun masa yang berlalu. Banyak kerja sampai tak sedar dah habis waktu kerja pun! Memang terbaiklah hari ini bagi saya. Dan hari ini buat saya benar-benar puas dengan kerja!

Lagi rasa puas bila saya rasa seakan saya telah mengembirakan seorang anak buah saya di office ini. Saya tekad untuk memberikan dia tunjuk ajar dan curahkan apa sahaja yang saya tahu tentang kerja. Prinsip kerja saya memang senang. Kalau mahu diberi tunjuk ajar, tunjukkan usaha dan sikap ingin ambil tahu. Kalau tak suka cakap depan-depan. Tak perlu kipas mengipas ... coz kalau kipas saya pun sure tak dapat apa-apa! Kerja is kerja. So, jangan mimpi nak dapat kasih sayang lebih dari orang lain. Tak tahu tanya ... dan kalau saya sendiri tak tahu, bagi saya masa untuk menyelesaikannya! Senangkan ...

Ketua dan anak buah saling melengkapi. Serius jangan nak perasan pandai or bijak sorang-sorang. Seolah semua benda nak dibuat sendiri. Teamwork! Baru kerja menjadi mudah dan cepat. Baru saya tahu bukan senang jadi ketua. Tersalah pimpin buruk padahnya. Tambah-tambah yang nak diberi tunjuk ajar tu hampir sebaya. Seram juga rasanya.

Saya rasa gembira sangat, bila anak buah ini sudi meluahkan apa yang dia pendam sekian lama. Di mana-mana sahaja ada politik kerja. Cuma diri kita harusa sabar dan cuba tangani sebaik mungkin. Yang penting jangan over the limit sudahlah!

Bila hari ini saya melihat anak buah saya tersenyum dan positif dengan nasihat saya, lega rasanya! Alhamdulillah ... apapun saya harap sangat dia kuat hadapi. Saya cuma membantu apa yang boleh dari segi nasihat dan tunjuk ajar. Nak melebih atau memandai itu bukan bidang kuasa saya! Ilmu kalau kita berkongsi ... makin bertambah jadinya! Tapi kalau kedekut ilmu ... memang ciput situlah ilmu itu!

Oklah ... saya nak balik! Dah lewat ... sorang-sorang pulak tu! Terima kasih sudi baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR. Puashati bila dapat update ....



CK : TERIMA KASIH TUHAN!!

3 comments:

  1. contoh ketua yang bertanggungjawab adalah Ck, heee. :)

    ReplyDelete
  2. hehehehheehh.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. hmmm...bila kita buat sesuatu tu tnp mnghrpkn blsn,psti kita akan mrsa kepuasnnya..mkanan klu d bhg2kn lm2 akn hbs,tp ilmu selamanyakn kekal dlm diri..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!