Wednesday, December 7, 2011

Petua : Untuk Kurus dan Langsing

Assalamualaikum ...



Girls kat luar sana mesti suka dengan petua yang aku copy and paste dari FB Pak Ngah Farit Ismeth Emir nie. Aku pun suka juga petua nie ... he he he. Suka petua, tapi belum amal pun lagi. Ish, nampak sangat tak berguna kalau ada ilmu tapi tak amalkan. So, korang jangan jadi macam aku. Memanjang bagi alasan tak sempat nak buat petua-petua macam nie.


Petua-petua lama nie, kadang-kadang ada yang menjadi bila diamal. Aku rasa ia lebih baik dari dok makan pil-pil diet kot. Rasanya takda side effect. Insya-Allah selamat. Habis kuat pun korang kena cirit birit sekejap ajelah kalau dok minum air limau nipis hari-hari. Lagi bagus kalau tak bubuh gula, biar masam. Cuma kalau korang student toksahlah dok amal makan/minum yang masam-masam nie sebab ia akan mematikan sel-sel mengingat. Masa belajaq dulu memang aku pantang bab makanan yang masam-masam. Aku memang tak sentuh! Habis belajaq baru kaw-kaw punya makan .... tapi badan aku dok tembam bam situlah! Kena jalan 10,000 langkah kot hari-hari baru kurus aku rasa. 


Merepek panjang-panjang pun buat korang pening layan tulisan aku. ha ha ha. Jom aku share petua kat hangpa. Harap hangpa amalkanlah ya (ish awat terloghat utagha pulak dah nie ...)! Sharing is caring ....




Petua 1:
 
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu jadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Amalkan meminumnya selama sebulan dan berat badan anda akan beransur turun.
 
 
Petua 2:
 
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu dengan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
 
 
Petua 3:
 
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
 
 
Petua 4:
 
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
 
 
Petua 5:
 
Badan Langsing Selepas Bersalin - Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambil 5 halia bara (Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
 
 
Petua 6:
 
Mengurangkan Buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi.
 
 
Petua 7:
 
Mengempiskan Perut - Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian minum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
 
 
 
 
 
 
 Aku nak juga badan langsing macam nie ... bilalah bila?? hu hu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Madah pujangga : Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang-ulang. Kerana itu, keunggulan bukanlah suatu perbuatan, melainkan sebuah kebiasaan ~ Aristoteles ~
 
 
 
 
 
 
 
CK :  Takda apa nak cakap dah ... biaq kat hanglah!
 

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!