Sunday, December 4, 2011

Resepi : Sambal Petai Udang

Assalamualaikum ...





Aku dah lama tak up resepi mudah. Bak kata, resepi main campak-campak. Blog aku nie caca marba, kejap-kejap jadi blog resepi, kejap blog jalan-jalan cari makan, kejap pulak cuti-cuti Malaysia, pastu aku try pula jadi motivator kat blog ... lebihnya luahan perasaan. Haaa, macam-macamkan. Aku nak semua orang boleh baca blog nie. Tidaklah tertumpu pada satu genre je. Genre tu apa yek? Aku dah lupa ... main guna je! ngeh ngeh


Kali ini aku nak up resepi SAMBAL PETAI UDANG. Aku dah cerita pasal sambal nie dekat entry di sini. Resepi dari bukan pakar, jadi rasa dia simple-simple sahaja. Kalau nak cuba, silakan ...


Sambal udang petai si bujang!


Resepi : Cik Kamoo
Sumber : Bonda Aku


Bahan-bahan;

2 senduk nasi cili boh (aku guna cili giling Puteri)
3 papan petai (ambil biji petai sahaja)
10 ekor udang
2 ulas bawang merah (mayang halus)
2 ulas bawang putih (mayang halus)
1 labu bawang besar (mayang agak kasar)
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit gula melaka (gula putih pun boleh)
Sedikit air


Cara-caranya;

  • Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan kekuningan.
  • Masukkan cili boh, dah goreng sehingga cili benar-benar masak. Tunggu sehingga naik minyak
  • Setelah cili masak dan naik minyak, masukkan udang dan gaul sebentar. Kemudian masukkan petai.
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Masukkan sedikit air jika ingin ia berkuah. Jika tidak, tak perlu. Memadai dengan air asam jawa.
  • Kemudian kacau sehingga masak.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dah dimayang kasar.
  • Kacau sebentar dan tutupkan api.
  • Boleh dihidang dengan nasi panas.


Korang bolehlah try resepi nie. Simple but nice. Sure korang makan nasi bertambah-tambah. Kalau diet korang hancus, jangan salahkan aku tau. Aku cuma sharing is caring je! he he he he





Madah Pujangga : Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun, seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup membawa erti yang nyata.






CK : Untuk entri hari ni dan Insya-Allah yang akan datang, aku akan selitkan madah pujangga atau kata-kata motivasi untuk tatapan pembaca blog aku yang setia dan disayangi.

4 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!