Selain daripada blogging, tengok tv ... dan baca buku (kadang-kadang
jew), ada lagi benda lain yang aku buat agar masa lapang aku terisi dan
menjadi duit sampingan. Tak semua bendalah aku fikir soal duit nie. Ada benda yg aku memang suke sangat, aku usahakan ia agar menjadi satu perkara yang berbaloi dalam hidup aku. Aku tak fikir satu keuntungan yang besar ... kecil pun dah Alhamdulillah!
Contoh, hobi blogging dan memasak sekarang nie memang menjadi duit untuk aku. Bukan mata duitan ye! Tapi aku belum lagi tahap giler untuk serius melampau. Aku buat bila ada masa lapang sahaja. Kalau aku busy, blog aku abaikan ... tempahan memasak pun aku tolak tepi.
Puff comel |
Contoh macam weekend baru nie, setengah hari aku siapkan tempahan puff sardin versi mini nie. Takdelah banyak tempahan tu, tapi bolehlah lepaskan belanja makan aku untuk breakfast dan lunch 2 hari. hiks hiks. Alhamdulillah ... normally duit tempahan yg aku dapat akan ditabungkan. Aku rasa dah hampir 6 bulan jugalah aku terima tempahan buat makanan nie. Aku ambil yang kecil-kecil sahaja. Rasanya keuntungan bersih yang aku terima setelah tolak modal bagai ... adalah lebih kurang RM300-500 dalam tempoh 6 bulan! Bolehlahkan .... aku bukannya peniaga tegar pun. Setakat seronok sahaja.
Tembamnye tangan ... ;) |
Setiap apa yang aku lakukan, ada pengorbanan yang tersendiri. Termasuk korbankan diri sendiri! Dah lama tak luka di jari ... semalam sukenya aku kena pisau. Nampak sket ... tapi luka dalam. Baru asah pisau, last-last senjata makan tuan ;)
Setakat hari ini, aku masih seronok dengan apa yang aku buat. Cita-cita nak buka kedai makan tu ada ... tapi bergantung kepada kesungguhan dan keazaman aku jugalah. Buat masa sekarang, biarlah ia setakat menjadi isi dalam masa lapang aku yang terluang .... sekian ;-)!
CK : Penat hilang bila dapat duit dari hasil titik peluh sendiri. Pernah juga berniaga .... setakat balik modal, tapi aku tetap happy!
betol2 meniaga nie mmg best ,dr penat trus hilang...
ReplyDeletesmga berjaya kak..
betul tu. penat tu hilang bila dah dapat money money..
ReplyDeletemcm akak ni le. buat coklat sampai 2-3 pagi. bila dapat hasil. hilang penat segala.
sehingga hari ini akak x pandai2 nak buat puff.. asyik tak menjadi je..
ReplyDeletesaket hati ohkey !!
Salam kenal dan follow... : D
ReplyDelete