Wednesday, January 30, 2013

PEMBUKA SELERA!

Assalamualaikum ...



Hye .. u'olls, dah lunch ke??


Okeh hari nie nak share pasai pembuka selera! Pembuka selera nie la buat kita makan bertambah-tambah sampai tak hengat dunia orang kate! Macam aku, kalau makan nasi ... aku nak pembuka selera yang buat aku rasa puas bila makan. Mahu makan sampai tak toleh kiri kanan dah.

Macam kat kampung kalau makan nasi ... mesti nak ada sambal belacan. Salah satu pembuka selera aku neh. Tak pun sambal gesek dengan buah bacang. Sedapnye la hai. Tak pun sambal belacan tumbuk sekali dengan mangga masam. Perghhhh ko boleh makan bertambah beb!


Hari tu aku masak nasi. Nasi? Mana atkins ko ar?? Okeh lupalah bab atkins sat. Atkins akan bermula bulan February nie. Bulan January sibuk giler ... takleh nak susun jadual langsung. Tak terkejar. Nak diet pun susah.


Dan hari tu juga bukan main lagi aku masak. Melepaskan geram jugaklah sket. Dah lama tak masakkan. Menu simple-simple tapi best la bagi tekak sendiri. Ayam masak lemak cili api dengan kentang. Pak choy masak sos tiram. Ikan kembung goreng dan ikan kering pari goreng pastu ada pembuka selera yang perghhhhhhhhh!!! Menjilat jari bagi mereka yang suke.

Terliur tak tengok masak lemak cili api aku nie? Dah lama tahu aku tak masak ... he he he

Antara sayur peberet!!

hah, menu berlambak .... simple simple sudah!



Dan pembuka selera aku adalah ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cencalok!!!
 
Yeee cencalok!! Sedap sedap sedap ....nyum nyum nyum


Cencalok tuh, si teman yang belikan kat Melaka aritu. Aku pesan. Dah lama tak makan cencalok. Bila dia cakap nak pergi Melaka terus aku order la. Cam biasa order dengan air liur je ... nasib baiklah dapat. he he he.



Aku nie ... bagi je segala pembuka selera versi tekak Melayu .... In Shaa Allah, selera aku terbuka dengan bernafsunye. Cencalok ke ... budu ke ... tempoyak ke ... semua aku ngap!!! he he he


Korang plak?? Macam aku ke ... atau tak suke semua nie sebab ... bau dia boleh tahan la!! Ada orang yang tak suke semua nie. Siap tutup-tutup hidung. Eeee nyampahnyelah ... ko Melayukan??






CK : Dalam perjalanan pulang!!






6 comments:

  1. Akak kagum dengan awak. Orang utara yang suka dengan menu orang selatan. Opss, tak lama lagi nak jadi orang selatan jugak kan? Sesuaiii..

    P/S : A few days ago, atok sedara kat rantau kahwinkan anak. Dapat jumpa Tok Mat Hassan. Sedara si dia, kan?

    ReplyDelete
  2. memang selera kalau pekena cencalok. perah asam limau sket perghhhh

    ReplyDelete
  3. Cencalok.. akak suke !!
    dulu tak berapa nak suke, sejak kawen gan org melakau ni. kena belajar makan.. memg sedap..

    ReplyDelete
  4. dulu xberapa gemar cencalok ini alih2 belajor kt melaka terus jadi peberet..

    ReplyDelete
  5. mmg peberet saya tuh.....terliur tgk cencalok...:p

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!