Wednesday, January 2, 2013

WAHAI PARA ISTERI ... BACALAH DAN FAHAMLAH!!

Assalamualaikum ...



Saja-saja aku nak kongsi sesuatu menarik buat kamu wahai wanita yang bernama isteri dan bakal menjadi isteri kepada seorang suami! Aku jumpa artikel online ini di sini <---- Kerana ia sangat menarik bila dibaca dan sama seperti pesanan bonda aku sendiri, maka aku kongsi untuk tatapan korang wahai wanita yang bernama isteri dan yang baka menjadi isteri kepada seorang suami!


Bukan untuk ditatap sahaja, tetapi dibaca ... difahami dan cubalah amal kebaikan di dalamnya. Amalkan kebaikan di dalamnya. Rahsia Tangan Seorang Isteri ... Sape yang tak sayang suamikan? Jadi mulakan yang baik dari kita dahulu sebagai isteri!


Selamat membaca .... dan amalkan sebaik yang boleh! Buat sampai bolehlah .... kata sayang suamikan???




Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang. In Shaa Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.
Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik-kecik' terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.(ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada di dlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.(ada rahsia tu)

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!! itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, ke mana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 – 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka ‘kurang mendengar’ apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari ‘air tangan’ (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut ‘kehendak sendiri’ namun dia, In Shaa Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu si ibu’ dlm hidupnya. Pecayalah.

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ‘ air tangan’ yg masuk keperut anak, In Shaa Allah, akan membentuk darah daging yg baik,berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada ‘roh’ nya, jika ‘roh’ itu sentiasa di belai oleh org lain. apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai… (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). In Shaa Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam di luar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik ke rumah pun kita minta ‘sunarti’ buatkan air???. So bila masa kita dapat ‘belai roh’ suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya di luar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa … apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, di belakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai di sini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

 
Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan di ampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap ke jalan raya lagi… semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit…malu org tengok…tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, … kita buat diakan, bukan dia yg buat kita. Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit… tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita ‘menyorokkan’ aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak…kenapa musti bagi org lain ‘menguruskannya’???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, “bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!". Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, ‘bersama’ juga disitu, justeru ‘roh’ yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah ‘keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Soon ... In Shaa Allah!

 # Dah habis baca? Paham dok??
  

 
 CK : Belajarlah menyayangi dan menghargai seadanya!!

2 comments:

  1. saya memg sangat menitik beratkan kemasan bilik tidur terutama cadar. 2 minggu sekali kena tukar hee~~~itu dah kira rajinlah haha...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!