Saturday, January 19, 2013

DATING DI ALAMANDA

Assalamualaikum ....





Rasanya dah lama aku tak bersantai-santai dan jenjalan di Alamanda dengan si teman. Maksud aku makan berdua bertentang mate. Ewah, gediknye ko kan! Alamanda bagi kami, lokasi shopping baru dapur jika rasa malas ke lokasi lain yang lebih jauh. Itu pun tak selalu sangat. Sekali sekala.


But semalam, kebetulan aku nak beli puff kawan dan sardin untuk siapkan tempahan sardin puff bagi majlis tahlil hari nie. So, aku pun ajaklah si dia temankan. Sebelum tu ajak makan dekat RASA dulu. Sejak RASA direnovate last year, inilah kali pertama aku jejak dan makan kat situ. Rasanyelah!


Kalau sampai RASA Alamanda, paling aku nak tuju semestinya sizzling yee mee dengan chicken black paper sos. Serasa akulah ... sizzling kat sini paling sedap. Tak dapat lagi la kat mana-mana yang sedap macam dekat Alamanda nie. Atau mungkin kat tempat lain pun ada yang sedap cuma aku je yg tatau. Agaknyelah! Sekarang nie jarang dah nak horey-horey makan kat luar. Ini pun skip diet lebih seminggu sebab batuk yg agak teruk. Terus tak pantang dah makan. Jadi pantang tengok adalah!


Sekian lama tak makan peberetku ini! Tapi sedih, sayur mayur non hado la plak!

Si teman tak makan. Dia dah belasah nasi beriani Putrajaya dekat office. Psssst nak habaq mai .... nasi beriani Putrajaya yang dijual kat cafe Kompleks PPj, Presint 3 tu sedap sangat. Hari Jumaat je ada. Jangan lupa korang cuba. Mai cepat .... lambat mai, beratuq sampai ke pintu cafe. 


Okeh berbalik pasai dating Alamanda. Aku pi beli sizzling ... si teman plak dok menulis kat meja makan atas flyers volkswagon (eh, betul ke eja nie ... main hentam sajelah nie). Ingat nak belikan aku passat ... polo ke golf gti satu ke hapekan. Upernye dia dok senaraikan perancangan tunang and majlis nikah/sanding. Good. Sayang awak. keh keh keh.


Semalam tu dikira dating dan merancang masa depan sekali. Dah lama tak dating macam nie. Lama giler! Dia fikir dan dia juga yang tulis. Bakal wifey dia sibuk melayan ... ermmmm sedapnye sizzling nie! Aku offer dia makan same dia tak nak. Sharing is caringkan. "Awak makanlah ... saya dah makan nasi tadi ... awakkan lapar". Ini memang ayat dia kalau petang-petang aku ajak makan. Bila dia tengok aku makan habis licin sepinggan, "awak memang lapar sungguh kan ... sampai licin pinggan!". ha ha ha


Dia banyak fikir untuk semua nie. Tarikh semua dia dah set. Kerja aku, balik kampung sembang ngan my family. Semua hantaran ... bila nak beli barang ... bape duit hantaran dan mas kahwin. Semua dia fikir. Aku hangguk kepala ajelah. Cuma bab duit hantaran dan mas kahwin je dia tanya ... "bape awak nak? tapi janganlah melebihi kemampuan saye ye!". he he he ... so, aku punya hantaran ke mas kahwin semua lebih kurang my sista2 sebelum nie. Senang. Aku tak nak pening kepala. Mana yang boleh dipermudahkan kita mudahkan. Nak hidup bersama harungi sukaduka senyum tangis ketawa selepas tu lebih lama. So, aku nak mudahkan apa yang sepatutnya. Dia setuju. Aku setuju. Cari titik persamaan. Walaupun pada mula agak payah. Semalam dia cakap, "saya bersungguh2 untuk semua nie!". Terharu kejap. hu hu hu


Sebut pasal duit hantaran kahwin, aku terkejut bila ada seseorang yang aku kenal .... lebih muda dari aku. Muda  banyak sangat. Bila ada bebudak nie tanya berapa dianye duit hantaran kalau ada yg meminang dia. Dia letak dekat 15K! Perghhh .... bajet retis ko. SPM je pun! Pastu ko keje ala-ala kerani gomen je pun. Wajah biasa-biasa je pun. Bukan aku nak kutuk. Tapi fikirlah sket dengan akal yang sewarasnye. Itu duit hantaran baru ... mampus bakal laki weh! Dia nak cari duit hantaran lagi ... nak cari duit buat majlis kahwin lagi. Jenuh kena siap 30K-40K! Mahu ka loan bank ... beranak pinak loan kahwin lom habis lagi! Kalau rasa nak sharing is caring, its ok lah nak letak hantaran tinggi. But my mom dah pesan, "mak bukan nak jual anak, biar berpatutan ... tak rendah sangat dan tak tinggi sangat. kebahagiaan selepasnya lagi penting!".


So, aku ikut standard adik-adik aku. Malas nak pening kepala! Lagi satu, aku taknak bakal husband aku tu pening kepala memikir mana nak cari duit. Apa-apahal memang kami bincang. Mana yang tak mampu. Terpaksa tolak tepi demi kebaikan. 



Okeh, itu cite pasal persiapan tunang dan majlis nikah/sanding. Start bulan depan dah kena pulun sakan cari barang dah ;=)



Dah kenyang. Dah siap diskusi semua. Kami geraklah ke Carrefour. Beli barang dapur. Berejam jugak dalam Carrefour tu. Si teman nie dia jenis setiap row nak masuk. Walhal takda barang nak beli kat row tu pun dia nak masuk. Setiap kali nak shopping barang dapur kena pesan ... "jangan lengahkan masa ye!". Memang itu habit dia. Tak macam aku .... nak beli apa, decide awal-awal dan terus tuju dekat row yang berkenaan. Melainkan aku takde tujuan pi shopping, maka banyak masa akan dilengahkan. hiks hiks. Sebab tu dia selalu tegur perangai aku, nampak je barang berkenan terus beli without nak survery rege ke hape ke dulu. Hamek kow!




Buntu camne nak stop entry nie. he he he ... okehlah aku nak sambung siapkan puff sardin. Petang nie kul 3pm kena siapkan. Nak gi mandi. Nak makan. Nak buat keje!


Happy weekend u'olls. Chill!!





CK : Layan Jozan kejap! Tahniahlah ... Jozan jadi juara Maharaja Lawak Mega 2012!





2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!