Tuesday, January 22, 2013

SOMBONG SANGAT!

Assalamualaikum ....




Malam-malam buta aku nak hangin separuh badan. Tak cukup marah sangatlah tapi masih dalam keadaan agak marah plus geram! Aku  baru je balik dari dinner ngan si teman. Takdelah nak dihantar sebagai guna kete akukan. So, pandailah balik sendiri. Jangan nak menggediks suruh orang hantar sampai depan rumah ye. 


Bila dah lewat cenggini, 11pm sampai kat parking .... nasib aku baik sebab ada lagi lot parking. Reserve untuk aku ler tu! Tak perlulah aku nak park jauh-jauh dekat rumah sampah. Boleh parking bawah bumbung je lah. Adatlah dok apartment, berebut parking adalah wajib. Kalau ko dok teres, ko bleh parking depan rumah je. Sonang. 


Tadi, bila masuk je basement parking ... terus perasan ada 1 lot kosong, terus aku bagi signal dan masuk. Biasanya aku parking masuk bontot kete dulu. Perempuan bila bab parking bontot dulu, lemah sketlah. Terkial-kial. Aku je kot macam tu ... heh? Masa aku sedap dok adjust bontot kete, terperasan sebuah kereta honda accord hitam ni follow aku dan terpaksa berenti coz aku dah ganggu jalan dia sbb nak parking kan. So, dia menunggu dan bagi aku laluan. Tu pun aku 3-4 kali adjust baru dapat masuk petak. Risau gak kot gesel kereta kiri kanan. Mampus nak kena bayar kang!


Masa aku dapat masuk parking tu, masih senget ... takpelah, kasi accord tu lalu dulu. Kang dia lepas aku adjust kasi ngam ngan petak parking. Bila dia lalu, aku terus angkat tangan .... tanda terima kasih kerana sudi menunggu seketika sampai aku masuk petak parking. Kenalah berbahasakan!


Yang aku hangin, aku dah la angkat tangan ... tak dibalas, senyum pun tak. Lagi macam nak memecut kereta dia hadelah kat basement parking tu. Eh, tahulah ko pakai honda accord. Mahal dari kereta aku. Tapi bakpo mu sombong sangat. Ko ingat kete mahal mu tu leh bawa masuk kubor! Tak ke manalah sombong tu. Tak senyum dan tak angkat tangan aku tak kisahlah, tapi tak yah nak memecut macam marah je aku terkial-kial nak parking. Bukan ko kena tunggu sampai 10 minit pun. 5 minit pun tak sampai. Huh!!


Sombong tak kena gaya!! Macamlah aku heran sangat dengan kereta mahal tuh. Kete je mahal tapi akhlak yang baik takde ... tak guna gak le. Terus kete ko nampak murah sangat!!


Dah macam-macam jenis orang sombong aku jumpa dekat parking rumah aku. Dulu ada sekali orang minta nak gunakereta aku nak jumper dekat parking apartment aku. Masa tu dia nak pergi pasar tani, kete tak boleh start. Dan kebetulan aku baru balik keje. Elok aku buka je pintu kereta terus dia terjah, nak minta tolong jumper kete dia. Aku mula macam was-was jugaklah, sebab tak kenal. Kete aku plak tak pernah dijumper sebelum nie. Tapi memikirkan sure dia tinggal satu blok dengan aku .... tolong ajelah! Wife dia that time senyum-senyum dah peramahlah. Nak minta tolonglah katakan ...


But after a few days jumpa dekat lift lobi apartment aku .... terus buat muka tak kenal. Senyum pun tidak. Macam gampang je aku rasa. Dasar sombong tak boleh blah. Masa nak minta tolong pandai plak kau senyum walau pun tak kenal. Tapi bila dah tolong, terserempak .... bukan kata tegur, senyum pun jauh sekali. Okehlah, aku doakan korang bahagialah. Malas aku nak layan orang tak akhlak cam korang neh! Yang aku dah tolong tu kira halal. Habis cerita!


Bukan nak kata aku baik, tapi kadang aku memang pantang dengan orang yang sombong dan berlagak tak kena tempat nie. Macam dorang nie minta dibagi pelempang pergi balik jer! Ish ... geram sungguh aku.


Macam nak tempek je kat kete manusia tadi .... huh, biar dia sedar diri!!


Ibu ayam sombong, sebab bertelur sebiji riuh sekampung. Macam dia je boleh bertelur ...
Macam ada sorang tu lah, macam ibu ayam. Keje sket, riuh lebey. huh.







#urut dada .. cepat-cepat istigfhar!






CK : Dah lewat malam, pi tidolah weh ....

6 comments:

  1. nyampah kan kak jmpa org mcm tu... berlagak+sombong

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat menyampah....tp juga menyakitkan hati

      Delete
  2. Replies
    1. heheheh sbb sabar la jadi entry nie dik. keh keh keh....dah la ngantuk jumpa plak org camtu ar

      Delete
  3. hurm.. memang banyak manusia mcm ni sekarang. Dulu jiran kak pun sama. sombong giler.sebab dia kaya ada biz sendiri.

    Bila akak citer kat abg sulung akak, abang akak suruh akak sedekah je al fatihah dan doakan agar dia berbaik . Lagipun jiran dekat sangat. tak elok kan.

    Alhamdulillah, sejak dia ke mekah. Dia dah banyak berubah. sekarang dah senyum ngan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut CK pun kena sedekahkan Al Fatihah juga kat dia kak....heheheh

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!