Sunday, January 27, 2013

TIMUN

Assalamualaikum ...




Kalau dalam office aku nie dikira kategori staff mentimun. Yang orang selalu cakap, "alah siapalah kita ... kitakan timun, digelek kita luka ... menggelek pun kita luka. Tak ke mana!!"


Tapi ... tapi ... aku bukan kategori timun nak menyerah hidup biar kena gelek dan menggelek sampai luka dekat office! I don't like people yang macam nie ... menurut je perintah tanpa bantahan walau tahu benda tu salah. Belakang mengomel dan mengutuk boss sendiri. Depan menikus! Macam lembu cucuk idung buat kerja! Ada benda boleh ikut cakap boss, tapi kalau dapat boss yang bodoh dan tak betul, please jangan ikut cakap dia. Walau pun kau terpaksa bersendirian menegakkan kebenaran!!


Aku pernah, ditinggalkan berdiri sendirian menegak kebenaran ... dipulau lagi! Aku dah lalui semua tu ... but at last, semua orang tahu sape salah sape betul. Cuma now, masih lagi ada manusia bodoh yang perli-perli aku hal kebenaran yang dah jadi sejarah hitam buatku. Aku rasa officer jantan tak bertelur sorang tu jelah asyik berdendam tak habis-habis. Sebab tu aku tengok dia tak maju pun. Ada aku kesah. Lantak pi hang. Aku diam je lah. Layan orang bodoh, kita akan bodoh sama. Paham!!


Aku nie jenis melawan cakap boss. Jujur. Melawan tapi bertempat. Orang selalu cakap, "arahan boss kena ikut!". Eh, sape kate?? Memanglah dia boss, tapi kalau arahan dia salah .... tak betul ... wajar nak ikut ke?? Prinsip aku senang, kalau boss tu betul caranya ... apapun dia suruh aku akan ikut. Dah benda betul, pasti akan selamat ye dak?? Tapi kalau dia suruh menyimpang aku akan terus bersuara .... sbb tu boss aku tu tak berani la suka-suki nak suruh aku ikut cakap dia. 


Disebabkan aku  melawanlah, aku bukan staff kesayangan. Hak aku selalu ditidakkan. Tapi, ada aku kesah. Kalau dia nak nilaikan prestasi aku rendah sekalipun ... lantaklah! Dah bertahun dia tak tunjuk markah prestasi aku. Aku tunggu masa je nie nak pi jumpa pegawai HR. Biar dia menjawab. kah kah kah. Aku pernah cakap kat boss aku sendiri, "Kalau saya tak dapat anugerah cemerlang pun, saya tak kisah ... Tuhan tahu saya nie buat keje ke tak. Dan Tuhan juga tahu boss nie jujur ke tak menilai saya!!". Terus dia diam.


Cuma aku nie bukanlah hari-hari lawan arahan boss ye. Bila arahan dia tak wajar aku ikut sahaja aku akan lawan. Kalau semua benda nak lawan, baik je aku jadi boss sendiri ... he he he. Memang ada batasnyelah ko nak lawan apa ... dan kenapa? Bukan membuta tuli. Kalau melawan buta tuli, maksud dia jerat leher sendiri! 



Nak diingatkan, kalau ko melawan boss pada benda yang salah ... bagi aku memang wajar! Tapi biar benda tu habis dekat office je. Janganlah perasaan marah tu sampai keluar office .... kang ko nye marah berkobar-kobar sangat, kete boss plak jadi mangsa. he he he. Itu nama dia bodoh!! Kalau habis, habis kat situ je .... jgn biar berlarutan. Aku kalau boss aku okey, aku okey je ... boleh borak2 lagi. Cuma time dia weng ... aku akan weng sama kepala dia kasi betul balik. he he he


Durian sedap ... timun pun sedap buat ulam. Jadi janganlah luka melukai antara satu dgn lain! Boleh??



Apapun, korang tak yah lah ikut perangai aku plak ye. Jadi timun nie, kena pandai dan belajar mengelak supaya tak luka. Faham!!








CK : Autopublish lagi. Komen akan dibalas selepas aku balik dari perbatasan .... he he he

1 comment:

  1. CK,

    Teruskan, hidup kita mesti ada prinsip, boss tidak selalu betul....Cuma saya nak ingatkan hati kita mesti kuat....kita tak perlu harap pujian, pangkat, kenaikan gaji....kita ada Allah.....sepanjang 27 tahun bekerja.....saya dah lalui byk pengalaman jadi orang yang boss tak sayang.....rakan2 saya ramai yang dah jadi pegawai kanan, pengurus Besar dan saya masih ditakuk Pengurus.....tapi saya bahagia....rezki di tangan Allah.....yang paling penting kita bahagia dan seronok bersama orang yang kita sayang dan mendapat rahmat Allah adalah segala2nya...teruskan berjuang

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!