Batuk. Sakit tekak. Sakit dada. Complete!
Nak kata sekarang nie musim panas yang terik tak hengat takdelah pula. Kekadang aku tengok hujan je pun. Tapi aku nie boleh plak dihidapi batuk yang berterusan dari last week lagi aku rasa. Batuk sampai nak tidur malam pun tak boleh. Bila batuk tuh, mak aih ... sakitnye dada aku. Siap berkahak lagi ... sampai tekak pun jadi perit tak hengat!
Malam tadi, sedap-sedap tidur ... tekak tetibalah jadi gatal. Batuk .. batuk ... batuk non-stop 5 minit. Nak batuk satu hal. Nak menahan dada sakit bila batuk satu hal. Nak menahan peritnye tekak bila batuk ... berhal-hal! Haish ... rezeki aku dari last week sampai hari nie dok batuk aje keje. Siang agak oklah juga. Masalah batuk nie wujud bila malam. Bila dah keadaan sejuk. Time korang sumer tidur lena ... aku pulak berkhoooongggg ... khoooongggg sensorang. Ada lakik bleh la suruh urut sket. Lakik takde, ko urutlah diri sendiri yek. huk huk ... sedih achik tahu!
Dah macam okey batuk, aku sambung tidur .... agak-agak sejam tidur. Batuk mai plak. Haish ... nak jadi peneman sungguh kebatukan ini. Kesesakan dada aku dibuatnye!! Aku asyik up dekat wall FB pasai batuk nie yang tidak tahu dari mana puncanya. Nak kata aku melanggah ais ... idaklah pulak rasanya. Kalau aku melanggah ais sekalipun takkanlah batuk sampai tak menahan cenggini. Dah seminggu lebeh dah nie.
Dekat office aku asyik minum air suam berbotol-botol. Satu botol je dah 1.5liter ... kalau 3-4 kali pi amek air kat pantry tuh .... agak dah bape liter aku hadap. Itu pun aku tak rasa pun badan aku penuh ngan air. Asal habis sesetengah botol ... dah terasa nak terkucil. Langsung tak simpan dah. Disebabkan tekak aku terlalu sakit dan perit ... itu yang asyik hadap air suam je. Nak minum air manis memang idaklah aku nie. Dah bukan peberet dah air bergula buat aku. Nak nampak aku minum air bergula pun maybe sebulan adalah 1-2 kali. Itupun kadang payah!
Ada ke sesape kat sini yang punya petua camne nak hilangkan batuk nie?? Tak menahan dah aku nie. Aritu adalah si teman petuakan aku sapu limau nipis dan kapur makan dari leher (kat tempat yang gatal tu). Okehlah sekejap ... pastu menjadi pulak. Ada kesan jugalah petua dia nie ... he he he
Eh, sesape yang ada petua, sila share ye .... kasihanilah saya ;=(
#aku ada terbaca pasai Sharifah Zohra Jabeen, belum kesempatan tengok youtube dia lagi. Apa masalah dia yek??? cam pelik je fenomena 'listen ...listen ...listen' tu ....
CK : Awal tahun camnie, nak key in SKT dalam HRMIS yang kurang rajin bebenor neh. haishhhhh.
sorry yang, akak tak tau petua. tapi yg akak tau, ubat batuk cap ibu dan anak. atau makan fisherman.. fisherman ni berangin sikit.. so buat tekak kita lega & tak kering.. ia juga mampu mengurangkan sakit dada tu. tapi awas, fisherman tak sedap sgt... hehhe
ReplyDeletesama la ngan saya, bila malam makin menjadi batuknya, sampai sakit dada....kawan bagi petua madu, baru nak try ptg ni....=)
ReplyDeleteCe sis try sapu kan vicks kt leher (tmpt yg rasa gatal tekak) dgn kt dada... Sy pernah cuba dulu, berkesan juga dari dok batuk2 je bila malam..
ReplyDeleteCuba sis sapu vicks kt leher (tmpt yg rasa gatal tekak) and kt dada. Sy prnh cuba masa sy jadi mcmtu, berkesan juga la dari dok batuk2 je bila malam nk tido
ReplyDelete