Hye u'olls .... morning! Alhamdulillah dapat jua bersua lagi. Heh, intro macam rancangan TV. Pagi nie takde marah-marah lagi dah macam semalam. Dah coolblog dah. Marah tu tak lama pun, dapat rehat dan tidur yang cukup semuanya menjadi tenang semula. Eceeh, semalam bukan main lagi menjadi singa betinakan aku neh. hiks hiks hiks.
Hari nie ustazah nak share sedikit petua untuk menjadikan cahaya mata kita sebagai anak yang soleh dan solehah! Ustazah hokey ....oh tidak, tak layak pun diri yang kerdil nie jadi ustazah. Belum berkawan dengan ustazah-ustazah pun lagi. he he he. Okeh, back to the petua ye ... aku jus nak share petua yang patut mak bapak amalkan untuk jadikan anak-anak sebagai hamba Allah swt yang soleh dan solehah.
Anak-anak nie selalu kita dengar ia diibaratkan sebagai kain putih. So, tanggungjawab kita sebagai mak bapak untuk menjadikan ia bagaimana?? Baik ke buruk ke ... dan sebaiknya ia bermula sejak kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Senang, kalau dah jadi buluh, nak lentur pun susah ... salah lentur akan patah. Kalau biarkan terus ... akan keras. Lambat laun kita yang susah. Sementara anak masih kecil nie, baik kita mendidik dia sebaik mungkin berlandaskan Islam. Seperti apa yang disyariatkan dalam agama kita.
Anak-anak inilah yang akan mendoakan kita kelak, bila kita dah tiada lagi di dunia ini. Jadi, cara didikan yang betul adalah penuh. Lagipun, keadaan hari ini cukup mencabar dan terlalu banyak anasir-anasir yang boleh menerkam jiwa anak-anak kita. Jika betul kita mendidik mereka, In Shaa Allah ... sehebat mana pun anasir-anasir tidak baik di luar sana, jiwa ... hati ... dan akal anak-anak kita akan kuat menepisnya! In Shaa Allah.
Kat bawah nie aku share petua-petua yang sebaiknya korang boleh amalkan. Kena rajin sikitlah. Bukan untuk sesiapa pun kan, untuk darah daging sendiri jugakan??
♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
(Al-furqan : 74)
Mak aku sejak dulu suruh aku amalkan baca surah alam nasyrah, untuk memudahkan urusan harian. Aku nie je kadang lupa. Bila ingat tuh, hari-hari baca. Sekarang nie, Alhamdulillah ... dah selalu baca. Syukurlah aku ada mak ayah yang asyik ajar macam-macam doa walaupun dia tahu anak dia yang sorang nie sangat lembap bab menghafal! Dia tetap ajar juga sampai boleh.
Didilah anak-anak dengan sempurna ... [sumber ; Abang Google] |
Harap-harap, bukan sahaja anak-anak kita dapat menjadi anak yang soleh dan solehah tetapi kita juga wajib menjadi anak yang soleh dan solehah kepada mak ayah kita, kan??
#Jangan jadi anak duuuuurhaka!!
CK : Tepat jam 6am, mata terbuka luas!! Segarnye paginie ....
nice tips.. moga peroleh ank soleh n olehah
ReplyDeleteIn Shaa Allah ...
Deletegood info.... mekasih ye...
ReplyDelete