Saturday, January 19, 2013

NASI BERIANI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...




Hye korang! Dah lunch ke??


Entry pagi tadi aku cerita pasai Nasi Beriani Putrajaya dekat Kompleks PPj, Presint 3 kan? Ni aku up gambaq yang tak seberapa. Menu 2 minggu lepas kot. Aku melantak nasi beriani. Ha ha ha. Sekang nie musim makan nasi seminggu sekali. Sekali nak makan, mesti nak nasi hebat-hebat punya.


Ni nasi beriani subsidi. ha ha ha .... makan nasi saje pun sedap tahu!

Nasi beriani dekat cafe Kompleks PPj, Presint 3 Putrajaya memang antara peberet akulah. Sebulan sekali mesti nak makan. Aku suka nasi dia yang lembut dan ada rasa. Makan nasi saja tanpa lauk pun sedap. Yang aku dapat nie nasi beriani dengan ayam masak merah. Dia ada juga ayam goreng kampung dan daging kalau tak salah aku. 


Aku kalau beli selalunya ayam goreng kampung dengan ayam masak merah je. Bagus jugalah cafe nie jual nasi beriani nie hari Jumaat je! Hari-hari lain takde ye! Sila datang awal waktu lunch kalau nak makan. Ko lambat, beraturlah sampai ke pintu! 


Bagi tekak aku, ia memang sedap sangat. Bagi tekak korang aku tatau. Korang rasalah sendiri ye! Tekak kita tak same hokeh. Kang aku beriya cakap sedap. Korang cakap tak sedap. Apapun ia tetap menjadi menu wajib aku sekurang-kurangnya sebulan sekali. hiks hiks. Mana ko tak gemuk balikkan??



Hari Jumaat je jual tahu! Sekian, cerita nasi beriani Putrajaya sedap! heh heh heh ...



Chill!!





CK : Tadi pening kepala nak memikir masa ape untuk lunch!

2 comments:

  1. ooo...??? jumaat je? kita cari kat uniten lah.. tak pun saba kat cyberjaya tu.

    ReplyDelete
  2. nasi beriani kat India lagi sedap. hehe :D

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!