Sunday, January 13, 2013

NASI LEMAK DAN MESYUARAT??

Assalamualaikum ...





Aku tak faham kenapa dekat office  gomen, asal meeting pepagi je nak order nasi lemak plus ayam goreng rempah??
Nasi lemak tu ... boleh mengantuk! Meeting pun boleh hanyut.
Kalau dah jamu makan dengan nasi lemak, aku rasa hanya pengerusi ajelah cakap sensorang
Yang lenlain ... hanyut dibawa arus lemak dah! Mata kuyu ... hati pun layu time tu aku rasa.


Nak order makan pun, sesuaikanlah dengan majlis weh! 
Ko nak masuk meeting ... bukan nak pergi berkebun yang perlu guna tulang 4 kerat.
Kalau kau nak pergi berkebun ... nak pi tangkap ikan ... nak pergi bajak sawah
Ye... nasi lemak memang sesuailah sangat! Sebab ko akan bekerja dengan keadaan panas
Kena lampu yang takda suis mencanak cahaya kat atas kepala tuh!


Ini ko pergi order nasi lemak plus plak ayam goreng rempah, mak aih ... sedap nikmat ... tak terkata!!
 Tapi ko lupa, ko keje dalam aircond.
Lemak dengan aircond sama juga tidur ... kalau tak tidur pun, akan khayal entah ke mana
Itu sebablah dalam meeting susah sangat nak dapat KEPUTUSAN!
Ada faham???
Sembang merapu je lebih sebab dah dapat makan sedap. Motif sebenar meeting entah ke mana!!


Bukanlah aku nak complain ... yes, aku tahu itu rezeki ... free plak tuh!
Aku bersyukur dapat makan benda-benda free lagi halal nie
Cuma tak bestlah, asal ko tahu tak perlu bayar pakai duit ko sendiri sumer tu
Ko perlu order makanan hebat-hebat (nasi lemak ayam goreng dikira hebatlah dalam meeting gomen kumpulan sokongan). Sebab ko fikir, "eh, bukan nak keluarkan duit aku ... duit gomen, meh kita order nasi lemak ayam goreng meeting esok pagi .... nak tak ...nak tak ...nak tak?"


Pastu, ramai-ramai pakat setuju!!
Korang bukan nak meeting sangat ... korang nak makan free benda yang sedap-sedap je kan?? kan?? kan?? Eleh, jangan nak tipu haku leeeewwww


SUMBER GAMBAQ KAT SINI <---- Perghhhhh sedap lah sangat nasi lemak ayam goreng rempah nie!! Terliuqqqqq



Bayangkan dalam meeting dapat makan nasi lemak cam dalam gambar tu??
Ko rasa larat ke nak meeting dan brainstrorming laie lepas makan nasi lemak tu??


Agak-agak korang camne???




#kalau aku komplen terang terangan, mesti ada yang cakap, "eh, tadi ko pun makan ...!".
Aku akan jawab, "yelah, dah rezeki depan mata ... ko oder, aku makanlah. Ko order makanan utk makan bukan utk tengokkan???"





CK : Bagi aku meeting pagi .... makan kuih 2-3 ketul pun dah cukup!! Kadang, orang nie bukan nak meeting sangat ... tapi nak makan sedap dalam meeting .... tu je!!

8 comments:

  1. Mantap entri ko. aku stuju 600%. kekadang tu org akan tanya aku yelah aku kan secretary sumer aku order, Puan, makan apa pagi ni?? haa amik ko! bila takde duit, biskut Jacob paket ler jawabnya terus semua muka mencuka. gila apa, nasi lemak awal2 pagi. aku pun hanyut sekali hahahhaa..

    ReplyDelete
  2. @Mizz Coki hahahah inilah kenyataannye. nak buat camne kalau dah makan tu lagi penting dr keje. makan dgn mewah!!

    ReplyDelete
  3. Ha...haha...untung r mkn pree

    ReplyDelete
  4. hehheehehe CK, tergelak akak baca entri awak ni.. sungguh bunyinye sgt kelakar..
    >> meeting ntah ke mana, makan je lebih kan.. hikhikhik

    ReplyDelete
  5. so far dah kerja 2 3 company private takdela sampai nk makan berat2..takat kuih muih,buah2 sandwich biasa mahupon obrien (ni pon lg mahal dr n lemak) jerk..unless kalo meeting bw ke lunch then barula order beriani power!! hehe...

    tula meeting is eating bagi setengah org..padahal meeitng kena buat cepat2...so that semua yg outstanding bole kita settle kan post-meeting tuh..ini..amik setengah hari..adoiii...

    ReplyDelete
  6. @Nisah Idham selalu meeting hilang punca sbb karam dek makanan ...

    ReplyDelete
  7. @mizzura meeting klu ada beriani power....hari2 meeting pun hokey...hehhehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!