Alhamdulillah .... semalam dengan rasminya url : secretwordfromheart.blogspot.com telah bertukar kepada url : www.rempitkehidupan.my! Lebih senang nak sebut aku rasa. Dan paling penting mudah sket nak ingat. Kan kan kan!!
Inilah impian aku bila berblog. Nak maju dan maju sehabis baik. Man jadda wa jadda. Mula-mula blogging, memang aku dah tekad suatu masa nak juga ada [dot] com ataupun [dot] my kat url sendiri. Bukan bermaksud blogspot tak bagus ke hape ... tidak tidak! Blogpsot pun tetap bagus bagi aku ... free lagi. Aku bermula dengan blogspot. Dan aku masih lagi guna platform blogspot. Cuma urlnya sahaja sudah bertukar. [dot] my aku nie berbayar dengan fee sebanyak RM20.00 setahun. Berpatutan jugakan?? Nak maju ke depan, kenalah melabur sket. Melabur pada perkara yang kita suka, In Shaa Allah berbaloi. Moga-moga. Ameen.
Petang semalam dekat office, dah habis waktu bertugas. Tetiba aku ada baca pasal boleh dapat [dot] my secara percuma terhad kepada 2,000 blogger Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun. Aku sesaje apply. Tak dapat takpe ... kalau dapat kena bayar pun oke je. RM20.00 je setahun. Harga yang munasabahkan?
Sebelum apply [dot] my nie, aku google sana sini cari info. Baik buruk. Cara nak tukar. Kesannya. Dan macam-macamlah. Bila semua aku puashati baru aku apply beli [dot]dom nie. Itupun bila permohonan dah berjaya aku tak terus tukar url. Masih fikir-fikir lagi. Habis fikir dan nekad baru aku tukar url. Tapi kalau korang linkkan ke url lama sekalipun, ia tetap akan terus ke url baru nie. Jangan risau.
Link kat nuffnang pun aku dah ubah dah. Harap lebih nie, nuffnang bagi CPUV dengan banyaknye. heeee
Pastu bila settle tukar url. Hati pulak meronta nak tukar template blog nie kepada yang lebih suci murni. Cheewah. Tahun baru. Wajah blog pun biar barulah sket. Baru semangat nak blogging. he he he. Ini pun tadi, aku bleh rindu semacam dekat blog nie. Rasa tak puas tatap wajah baru. But, sekarang baru ada masa nak tulis blog. Ada-ada je aku neh!!
Lepas nie tak tahulah apa lagi kemajuan blog nie. 13032013 nie akan genap usia blog nie 3 tahun! Paling lama bertahan berbanding blog yang dulu-dulu. Moga terus bertahan. Ameeen ;=)
Korang .... macam mana? Jom la bertukar kepada [dot]my ..... tapi fikir habis-habis dulu yek!
CK : Moga usaha ini ada kejayaannye. Ameen.
patutlah akak nmpk cantik je..
ReplyDeletesemuanya dah bertukar ye..
akak pun suke :)
hehehhe...time kasih kak. azam tahun baru kak....tukar kasi habis.
ReplyDeletetingin nak tukar ke dot.com tapi tak reti hiksss
ReplyDelete[dot] my pun oke je. senang jugak la...tp kena rajin google cari ilmu. sy tukar [dot]my nie guna asiahost. murah sket byaran setahun.
ReplyDelete