Friday, January 4, 2013

GASTRIK LAGI!

Assalamualaikum ...





Tahun baru nie aku cam memalaskan diri je nak bercerita kat belog kedaung nie. Apa punya bloggerkan? Mood tak berapa nak merajin walau idea ada. Tambahan pulak cam penat pun ada juga. *Alasan sangatlahkan!*. Entry yang aku hadapkan kat korang pun ntah pape kan?? Kalau korangbaca entry sharing is caring tu ... ada 2 makna, satu aku malas nak menaip ... kedua, entry tu memberi kepada diri aku dan aku nak share kebaikan di dalamnya. Ada faham ... he he he


Okeh, back to the tajuk aku hari nie, pada yang dah tahu ... hujung tahun lepas, yang baru 4 hari lepas aku kena gastrik yang hamat hamat kritikal. Tak pernah kene lagilah seteruk tu sejak umur nie dah 3 series terlampau nie. Ingatkan kejadian tu takdelah berulang lagi. Cam ambil iktibarlah jaga makan sebaiknya. Huuu huuuu .... but, walau kita berusaha yang terbaik, ada masanye kita tersasar dari rasa berusaha berkenaan atas dasar kau memang pelupa ... atau disebabkan masa.


Nak dijadikan cerita, start je 1 Januari 2013 ... aku bangun lewat sangat-sangat sebab aku tidur 5am akibat keletihan berniaga di malam Ambang Tahun Baru 2013. Bangun tido 10.30am pada 1/1/2012 --- bagusnye anak mak!! Lepas bangun duduk kejap sebab bangun dalam keadaan terkejut, tengok-tengok langit dah cerah kan. Matahari dah dekat nak tegak kat kepala weh. Anak dara hape neh ... kalau dulu, mak aku dah ketuk-ketuk penyapu dekat dinding bilik suruh cepat bangun ... walhal time tu baru kul 8am. 


Bila bangun lambat, tiadalah istilah breakfast ke hape ke kan ... 10.30am sedar, duduk hujung katil lagi dah kul 11.00am. Pastu perut lapar nak kena masak pula. Cuti camnie best dok rumah, masak le senang. Nak masak pun ambil masa. Nak senang aku buat ajelah cucur jagung udang, buat alas perut dulu orang tua-tua kata. Siap masak dalam 12.30pm dan aku pun makan la. Orang tengahari makan nasi, kalau diet makan sup ayam ... disebabkan kepenatan, malas la nak diet haritu. Itu yang beriya sangat wat cucur jagung udang tuh. 


Habis melantak cucur jagung udang, aku start masak nasi ... buat mee suah dan ikan gelama sambal. Beras plak tinggal sket je pun, cukup la utk aku sorang. Nasi!! Rindu giler kat nasi neh. Lepas siap masak nasi dan lauk pauk dalam jam 4.30pm. Bleh plak time tu aku ngantuk + penat lagi! Hadus ... terus, kul 5pm aku masuk tidur. Cover tidur yang tak cukup tuh. Nasi ngan lauk tu aku biar je kat dapur. *best ar jadi orang bujang, jadi isteri orang buat lagu ni, mahu kene leter dek suami. heheheh*.


Aku tidur dari jam 5pm sampai 7pm .... Dekat Maghrib baru bangun, sampaikan BFF aku call minta tulun dia pun aku tak dengar dah. Sian June, kete takleh start ... call sampai 22 kali, tapi kawan dia nie tidur mati!! Hu hu hu ... sorry ye June!! Bangun tidur, settle solat bagai ... kul 8.30pm baru aku makan nasi yang aku masak petang tadi.


Akibatnya, start 2hb -- 3hb -- aku kena gastrik! Nasib baik tak seteruk yang sebelum nie. Aku malaslah nak ke klinik. Selagi rasa boleh tahan dan boleh ok bila makan makanan tertentu, so ... hati pun malas la nk jumpa doktor. Gastrik aku cuma teruk sket je bila aku makan popia yang adik aku bagi. Dah la gastrik, pastu pi makan popia yang dalamnya inti taugeh! Taugehkan angin .... so, mendapatlah!! Satu badan aku angin. Habis krim panas aku lumur satu badan, sebab dah sakit-sakit badan angin nyucuk!!


Alhamdulillah, hari nie dah makin ok ... dah boleh makan dan dah ada selera nak makan. Kalau tak semalam, si teman suruh makan nasi pun aku tak nak. Bukan sebab aku nak pertahankan diet aku, tapi mulut aku rasa loya nak muntah je manjang. Hari nie, badan dah okey ... cari energylah sket. Bantai makan nasi beriani separuh dengan seketul ayam masak merah! Wallllaaaaaaaaaaaah, sedaplah sangat. *padanlah ramai orang beratur panjang dekat cafe aku ... nasi beriani dia sedap sangat bg tekak aku, tapi cuma jual hari Jumaat jew. Bolehke aku cheat setiap Jumaat pasnie??*


Orang bercerita pasai azam dan wishlist 2013, aku dengan bangga bercerita pasai gastrik yang berulang!! Takmodah .... tapi kalau dia datang lagi, tadah ajelah ... huk huk huk







CK : Mengantuklah pula, semalam siapkan bhn popia dan masak merah. Tidur kul 3am plak tuh. Okeh nk pi tdo jap!

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!