Tuesday, January 8, 2013

KENAPA DIA?

Assalamualaikum ...





Antara sebab aku menerima dia kembali dalam hidup aku ... ruang dan peluang. 
Kesilapan boleh dibetulkan. Asalkan niat hati ikhlas untuk berubah kepada lebih baik.


Kasih sayang dia tetap seperti dulu malah berlebihan aku rasa. 
Paling penting, dia lebih matang dari sebelumnya. Alhamdulillah ..

.
.
.
.
.

Dan antara sebab aku dan dia masih bersama .... walau pelbagai dugaan melanda dalam silatur-rahim kami.


Aku banyak menerima dia seadanya sebagai kawan dan sahabat. 
Walau dalam masa yang sama dia adalah kekasih hati aku selain daripada family aku sendiri.

Aku meletakkan dia banyak sebagai sahabat semoga kasih sayang kami dapat berpanjangan sampai bila-bila. Kami pernah bergaduh. Gaduh teruk. Tapi kami kembali semula atas nama sahabat sebelum memilih untuk beri peluang kepada diri masing-masing berkasih sayang buat kali kedua.



Sehinggalah dia betul-betul serius merancang masa depan kami kepada yang lebih HALAL!



#doakan kami bahagia dunia dan akhirat! Thanks ...








CK : Persahabatan cukup indah .... dalam persahabatan susah ada benci, tapi dalam percintaan benci datang selalu!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!